Tuesday 24 January 2012

~~#~KaULaH TeMaN, KaULaH SaHaBaT~#~~

sesekali ingin aku jadi sekuatmu...
mengukir senyum dalam hela nafas rindu...
tabah dalam menongkah arus kehilangan
senyap dalam melawan ombak rasa...
dingin dalam menahan rasa amarah...


sesekali terasa ingin berdiri disisimu
menumpang teduh dibawah semangatmu
bersimpuh membilang pedih dengan doa
berjalan seiring cerita duka nestapa
tanpa keluh kesah atau titis airmata...


Yan..meski cerita kita tak sama,
namun dukanya tetap dirasa
ALLAH itu MAHA segalanya
dalam tangismu ada tawanya...
putera puteri selalu bersama
dalam membilang  hari 
pastinya sunyi sesekali datang bertandang
menyapa salam dalam rindu dendam.
saat-saat manis semalam 
semakin jauh meninggalkan...
semoga doa ini takkan pernah padam 
buat ALLAHYARHAM RAZALI DAHU
insan yg penuh limbahan kasihsayang 
untuk seorang isteri setabahmu AZIENku.....




 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ





~~#~ MAKSUD UKHUWAH ITU SEBENARNYA~#~~




SEMANIS UKHUWAHFILLAH, UHIBBUKIFILLAH
 Penulis: miminapis- Jumaat (24 September 2010)
Saya sentiasa mencari makna “ukhuwahfillah”, yang bermaksud “ukhuwah kerana Allah”, dan “uhibbukifillah”, bermaksud “saya sayang kamu kerana Allah”. Tahun lepas sahaja, berpuluh-puluh kali kakak-kakak dan sahabat-sahabat mengungkapkan perkataan itu kepada saya. Secara jujurnya, ada antara perkataan yang diucapkan itu betul-betul menyentuh hati, dan ada juga yang hanya sekadar dibawa angin. Tetapi, apa yang pasti, saya sangat yakin sesuatu ungkapan itu, jika diungkapkan dari hati, ianya pasti menyentuh hati si penerima!

Ada yang mengeluarkan perkataan ’ukhuwahfillah’, tetapi ianya hanya terungkap apabila masing-masing berada dalam kumpulan yang sama. Apabila sahabat ini bukan lagi dalam kumpulan yang sama, hilang sudah ungkapan ‘ukhuwahfillah’ itu. Ada pula ‘uhibbukifillah’ ketika dalam keadaan masing-masing tengah gembira. Apabila sahabat itu bersedih, ‘uhibbukifillah’ itu menjadi suram, sesuram muka sahabat yang sedang bersedih. Semua ini saya perhatikan, langsung terlintas di fikiran saya, “Betul ke ini sebenarnya “ukhuwahfillah”, “uhibbukifillah”?
Tipu!”

Dek kerana pengalaman yang banyak mengajar, sukar untuk saya melafazkan ungkapan ‘uhibbukifillah’, ‘ukhuwahfillah’ itu. Kerana, saya bimbang diri sendiri terjerat oleh lidah yang lancar menuturkan kata-kata. Kata-kata yang keluar tanpa disertakan dengan roh..kerana Allah Ta’alaitu. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sayang pada sahabat-sahabat sekeliling, cuma saya mahu berhati-hati dalam perkataan yang dikeluarkan. Kelak,
lidah ini yang akan disoal oleh Allah SWT, sejauh mana diri ini ‘wallk the talk’.

Perkataan…kerana Allah itu sendiri membuatkan saya bermonolog dalaman. “Berat tu…sebab ianya ‘kerana Allah Ta’ala’…”. Kemudian, saya bertanya kepada diri, “Kenapa kau kata berat?”. Diri menjawab,“Sebab kadang-kadang kita lupa apa yang kita buat tu perlulah di niatkan ‘kerana Allah Ta’ala’..”. Melihat sahabat membuat kesalahan, hati terkadang takut untuk menegur, kerana? Mahu jaga hati. Saya terfikir, “Tak boleh ke sambil jaga hati tu, sambil tu kita jaga juga sahabat kita daripada melakukan sesuatu yang dilarang Allah?”..”Boleh! Cuma perlu lebih mujahadah. Yakin pada pertolongan Allah SWT!”
Apa yang saya faham dengan frasa…kerana Allah Ta’ala tersebut? Saya selalu berfikir tentang frasa tersebut. Saya berpegang pada satu jawapan, “Melakukan sesuatu kerana Allah Ta’ala itu adalah, apabila anda melakukannya, ianya mendapat ganjaran pahala, redha dan keberkatan-Nya.” Itu yang saya pegang.

Macam mana tu?
Masa berjalan, dan semestinya hidup manusia ini penuh dengan ujian dan cabaran. Disebut oleh-Nya dalam Al-Quran, pada Surah Al-Mulk, ayat 2,
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun,”
Sepanjang tahun ini, saya dapat merasakan hampir setiap minggu, Allah SWT menunjukkan kepada saya, apa dan bagaimana “ukhuwahfillah” dan “uhibbukifillah” itu sebenarnya.

Satu hari saya dan sahabat bergurau. Mungkin pada masa itu, saya tidak sensitif dengan keadaan semasa sahabat ini, tanpa sedar, saya telah memerli sahabat ini. Niat saya tidak lebih, hanya untuk bergurau. Tapi mungkin tidak kena tempat. Kemudian, sahabat ini berkecil hati. Dia tidak memberitahu kepada saya yang dia berkecil hati, tetapi, saya sendiri dapat mengagak daripada tingkah laku dan perbuatannya. Sebagai sahabat, sudah pasti saya terasa bersalah. Sungguh, terasa sangat kekok. Kami yang selama ini rapat, tiba-tiba selepas perkara itu, intonasi percakapan menjadi tegas dan tidak lagi mudah untuk bergurau.

Saya mula bersangka-sangka. Astaghfirullahal’azim. Langsung, peringatan daripada Allah SWT tiba,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al-Hujarat , ayat 12)
Terdetik di dalam hati saya, “Allah SWT sedang menguji sejauh mana dahulunya kau kata pada dia, ‘uhibbukifillah’! Zahirkannya sekarang. Jangan hanya pandai bermain dengan kata-kata, menyedapkan bicara, hakikatnya, fitnah semata.”

Ayah pernah berpesan, “Hidup kat dunia ni, kalau sombong dan berlagak, sampai bila-bila orang tak suka.”Jadi, saya jadikan itu sebagai peringatan kepada diri. Lagipun tak salah untuk kita memulakan perbicaraan, mencari titik penyelesaian kepada permasalahan. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mengingatkan diri,“Tegur kerana kau sayangkan sahabat kau, kerana Allah SWT! Jadi, teguran tu kenalah keluar dari hati yang betul-betul ikhlas, untuk membetulkan kesalahan. Bukannya teguran memerli yang akhirnya akan menimbulkan kebencian di hati sahabat.”
Ukhuwahfillah, disandarkan kerana Allah SWT. Pada saya sesuatu yang disandarkan pada Allah SWT itu adalah suatu yang suci, jauh daripada noda dosa. Sekaligus, ia sebenarnya adalah sejauh mana kita mahu bersama-sama sahabat kita dalam mencapai redha Allah SWT, yang akhirnya syurga Allah menjadi tempat tujuan bersama.

Bagaimana saya terinspirasi tentang ukhuwahfillah, uhibbukifillah ini?
Satu hari, seorang wanita berbangsa Jerman, penganut agama Kristian. Dia berkata, “Saya sedih melihat sahabat saya yang tiada agama (atheist). Saya nak mereka tahu tentang kewujudan Tuhan. Saya nak mereka sama-sama masuk syurga!”
Allahuakbar! Saya terdiam mendengar kata-kata itu, langsung memuhasabah diri, sejauh mana saya berusaha untuk bersama-sama rakan-rakan saya, dalam menuju syurga Allah? Sedangkan saya kata, saya sayang mereka kerana Allah.
Alhamdulillah, daripada Allah SWT

!

Kata-kata Nasihat Imam As-Syafie R.A 

1. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasannya, ditutup kekurangannya dan diampun kehinaannya.

2. Sesiapa menasihati saudaranya dengan sembunyi sesungguhnya ia menasihati dan menimbangnya, dan sesiapa menasihati saudaranya dengan terang-terang, sesungguhnya ia telah memalukan dan mencelanya.

3. Sesiapa mendengar dengan telinga ia adalah seorang pencerita dan sesiapa mendengar dengan hatinya ia adalah seorang sedar dan sesiapa memberi nasihat dengan perbuatan ia adalah seorang petunjuk.

Monday 23 January 2012



PERKATAAN JANGAN dalam Islam

JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.-
~~JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
~~JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
~~JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
~~JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
~~JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
~~JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
~~JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang rasa bahagia.
~~JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti kita sombong apabila berjaya dan kecewa bila gagal.
~~JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.-
~~JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
~~JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
~~JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

~~JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama, hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
~~JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN... Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

~~*ALLAHswt lebih tahu. Wallahualam*~~


~~#~SaHaBaT~#~~

"Sahabat yang baik itu adalah seperti pelangi...sentiasa indah pada pandangan, walaupun tidak dapat disentuh namun kehadirannya tetap menceriakan"

"Sahabat yang baik bukan seperti bebayang..jelas kelihatan ditempat yg terang namun semakin menghilang bila dalam kegelapan"

“Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, namun disebabkan rasa  kasihnya ia memberanikan diri menegur seadanya dengan penuh hikmah dan sebaik-baik teguran”

“Sahabat tidak pernah membungkus ciuman dengan pukulan, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan tanpa mendatangkan aib pada sahabatnya”

"Sahabat yang baik bukan yang membenarkan kata-kata kita tapi mengajar kita erti kebenaran"

“Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain.  Selalulah berinisiatif untuk memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabat kita”

“Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabat, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis dan diakhiri dengan hipokrit”

“Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Ramai pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu terluka kerana dikhianati”

“Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita. Ingatlah bilakah kali terakhir kali kita berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping kita??. Siapa yang mengasihi kita saat kita merasa diri tidak diperlukan"

“Hargai dan peliharalah selalu persahabatan kita dengan mereka. Lumrahnya seorang sahabat adalah lebih dekat dari pada saudara sendiri”

"Siapa yang ingin dan selalu bersama kita pada saat tiada satupun yang dapat kita berikan.... maka mereka itulah sebenarnya sahabat kita" 

Sunday 15 January 2012

~~#~MeNgiNtAi Dari TiRai KaMaR~#~~




petang tadi abah ajak keluar ...malas tpi abah beria2 benar...so bonda trpaksa ikut.. 
dlm perjalanan,  abah buka radio Sinar FM... laa lagu yg selalu Asyraf  layan..
**Mengintai dari tirai Kamar**- Ezad 
sebaknya...lagu untuk sesaorang kannn... bonda tahu, hati Asyraf sedih sangat2 
tpi hati orng kita tak boleh paksa kan.....  biarlahhh...

eehh...abah yg sedih tiba2.. abah pulak yg tanya bonda tentang semua nii... macam 
mana ya nk explain kt abah... abah diam jaa..layan lagu Ezad ... kesian anak bonda...
Ada hikmahnya... Laa Tahzan...  selepas Asyraf kehilangan arwah Shafiq... Asyraf 
hilang sidia kannn.. .. perancangan dari ALLAH adalah yg terbaik... Bonda percaya
suatu hari nanti hidupmu akan bahagia bersama doa restu dari bonda dan abah.....
InsyaALLAH....dari dulu bonda selalu ingatkan... berpadalah, agar tak terasa lukanya
Jangan terlalu mengharap sedangkan kita tiada apa2... jadilah dirimu seperti pelangi ..
meskipun tak dapat dipegang..namun tetap dirasakan keindahannya.....
tetap menyenangkan pandangan.....

Jadilah seperti air yang sentiasa mengalir kebawah... 
tetap berguna biar sejuk ataupun panas... 
 sentiasa diam biarpun banyak berjasa kepada insan lain...
ingatlah...sayangilah sesaorang seadanya saja... simpan sedikit untukmu sendiri.....

~~~~#~SiApAkAh ORANGnYa??~#~~~

Siapakah orang yang sibuk? Siapakah orang yang manis senyuman nya? Siapakah orang yang kaya? Siapakah orang yang miskin? Siapakah orang yang rugi? Siapakah orang yang paling cantik? Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Siapakah orang yang mempunyai akal?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.



Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Saturday 14 January 2012

~~~*AMALkanlah*~~~


‎~~~** TUJUH KALIMAT RASULULLAH SAW **~~~

"Barangsiapa menghafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi ALLAHswt dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu..

3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut..

4. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok..

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini..

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah..

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
[tafsir Hanafi]

mudah-mudahan MENJADI AMALAN.....
mudah2an ingat..wlaupun lambat-lambat...

Wednesday 11 January 2012

~~~TIADA LAGI SENYUMMU~~~

suatu masa dulu....
senyummu selalu hadir dalam diam sikapmu...
banyak jawapan 'ya' dan 'boleh jugak' pd setiap pertanyaan..
saat bonda duduk dikerusi ini.... serasa seperti ada kamu dan Asyraf 
sedang memerhati... 
padahal suatu ketika dulu yg duduk dikerusi ini adalah kamu dan Asyraf
bonda cuma memerhati...


sesekali terdengar derai ketawa Asyraf.... 
dan..kamu cuma tertawa kecil tanda hormatkan bonda....
banyak ILMU berguna yg kamu ajarkan pada Asyraf
banyak AKHLAK baik yg kamu wariskan untuk Asyraf
.....kanser darah , deritamu hanya ALLAH yang tahu...
pergimu merenggut tangkai bahagia...
seperti cahaya yang hilang tiba-tiba...
terasa benar kehilanganmu... 
Asyraf patah sebelah sayapnya...
dalam senyum.... luka Asyraf dalam sekali
dalam senyum.... hiba Asyraf tak terhitung dngn jari
matanya selalu berkaca...
kuatnya dia cuma pada pandangan mata
namun jauh disudut hati ....bonda tahu...
Asyraf kehilangan separuh nyawanya.....


saat ini teratak bonda sepi sekali...
takkan ada lagi kelibatmu untuk bertanya kabar
mengusik mesra WAWA
dan saat ini 
semuanya semakin jauh dari hidup bonda
Asyraf juga sudah ada kehidupannya sendiri...

bmenghitung hari2 semalam yang kian jauh dengan rindu yang tidak mungkin dibasuh
mengira-ngira sebak yang semakin bercambah....
aduhai.... 
Masa takkan pernah kembali
yang kembali mengganggu 
hanyalah ingatan dari hati 
sendu yang membuak
rindu yang melambak.....


buat anakanda Shafiq yg dikasihi... 

 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ

ASYRAF dan WAWA
kasih sayang bonda hingga kehujung nyawa...
 لا َحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله (Tiada daya dan upaya kecuali dengan (izin) Allah)..




Sunday 8 January 2012

~~#~DOA UnTuK PUTERA2 BONDA~#~~

sukarnya membuang resah dalam hatiku.....   ALLAHU AKBAR... 
dari maghrib semalam cuba untuk bertahan, memujuk2 hati.... jangan bimbang, jangan risau tapi 
aduhai....payahnya... benar, mudah melafazkan sukar melakukan...
Seawal pagi ini Asyraf, Amir dn Akmal menjalani latihan agak mencabar... walaupun bonda tahu dn bonda yakin putera2 bonda mampu lakukan... namun jauh disudut hati terasa juga akan kepayahan yg akan ditanggung... 
Doa.. Doa.. Doa.... doa ibu amat mustajab.... inilah senjata bonda untuk mengiringimu anak2ku... 


YA ALLAH YA RAHMAN  YA RAHIM

ENGKAU yang maha pengasih lagi maha penyayang...
bantulah putera2ku dngn kekuatanMU...
permudahkanlah perjalanan mereka 
sebagaimana kau permudah rezeki buat mereka...   
Aamiin...Aamiin Ya Rabbal Aalamiin...




Tuesday 3 January 2012

~~~*#1hb.Januari 2012#*~~~

by Rahida Ghazali on Monday, January 2, 2012 at 11:27pm
Syukur Alhamdulillah... seawal pagi tahun baru 2012... 
seawal subuh suami tercinta...Abdul Mutalib dah luahkan harapan untuk terus kuat dan tabah...
dan disaat dhuha baru bermula...Asyraf Muzammil putera tersayang mengucap salam dngn panggilan...
ALLAHU AKBAR... besarnya rahmatMU YA ALLAH... 
sedang aku kerinduan yg teramat diakhir waktu 2011...
sesungguhnya YA ALLAH, malunya aku meminta-minta belasmu,
namun itu saja yg aku punya disaat hati ini cemas dilambung ombak rinduuu...
cepatnya ENGKAU memakbulkan doa hambaMU yg hina dan kerdil ini...
dan hari-hari pertamaku ditahun baru ini seperti satu anugerah yg sangat berharga...
panggilan telefon dr Syazwani.. nak datang kerumah... indah sungguh rezeki dariMU... 
dan tetamu petang yg paling tidak diduga... King Marul dan pelumba basikal... sudi singgah diteratakku...
semuanya anugerahMU yang paling tidak aku sangkakan sama sekali... SYUKUR ALHAMDULILLAH....

 ·  ·  · Share · Delete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers