Wednesday 23 May 2012

~~ FIRDAUS.. hilangmu sekelip mata~~

Panggilan dari sahabat baik Hashimah sangat mengejutkan... tragedi yang meragut nyawa dn menghilangkan wajah ceria sahabat baik kita Sharifah... Mohd. Firdaus, anak muda lemah lembut yang selalu ringan tulang dalam membantu IBU tiba-tiba dijemput pulang kepangkuan ILAHI... 

 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه



 الله أَكْبَر  الله أَكْبَر  الله أَكْبَر




Benarlah bukan mudah menerima kehilangan yang tiba-tiba ini.... seperti direnggut segala bahagia. Kemalangan yang menimpa petang Isnin 21hb MEI 2012, melumatkan hati ayah ibumu... kata-kata ramalan Doktor 50-50 sudah cukup membuat hati ibu berkecai... bacaan Yasin dan solat hajat maghrib 22hb Mei... dan tngahmlm... FIRDAUS, kau pergi jua akhirnya. Pergi yang tidak akan kembali.... mengikuti jejak ALLAHyarham anakanda Shafiq... Hancur luluh hati ayah ibu menangisi kehilangan yang terlalu cepat ini.. Tapi siapalah kita untuk menidakkan apalagi mempertikaikan perancangan ALLAH... teringat  kesungguhan FIRDAUS bertanding dalam acara menghias kek.. dan satu2nya peserta lelaki yang berani mencuba... 




anak sebaik FIRDAUS dan SHAFIQ sudah menghampiri pintu syurga... YA ALLAH... ENGKAUlah sebaik-baik tempat kami mengadu disaat ini.. AL- FATIHAH....



~~* BaHaGiA di 1 REJAB 1433 *~~

Seawal pagi 1hb. Rejab 1433.... 
bersamaan 21hb MEI 2012... 


Pangggilan dari  Asyraf.... Alhamdulillah... SubhanALLAH, Asyraf minta doa dan restu. Asyraf akan menyertai Tilawah Al-Quran, mewakili unit dan Kor RAJD.... Sebak mama bila Asyraf terpilih. Asyraf anak mama yang baik, bersyukurnya mama bila Asyraf selalu diberi kepercayaan dalam kelompok kawan-kawan yang lain untuk mengazankan dan mengimamkan solat.. 


Asyraf.. semulia namamu... semoga Asyraf terus dewasa dan matang bersama akhlak yang baik, disayangi dan dipercayai... semangat setiakawan yang sangat kuat menjadi pakaianmu.  Surahtul Luqman yang akan dibaca.. 
Gentar juga hati mama seperti gementarnya perasaanmu disana... Namun mama berkeyakinan  Asyraf boleh melakukan... Bukan kemenangan yang diharapkan namun... AL-QURAN itu yang menjadi peganganmu sentiasa dihatimu. Betapapun sukar kehidupanmu, mama berharap dan  berdoa biarlah kalam ALLAH  ini akan tetap dihati Asyraf...


Meskipun cuma hadiah saguhati, cenderahati berupa bingkai kalimah syahadah dan sijil menjadi milikmu, namun mama tetap bersyukur...  yang penting keberanianmu... ASYRAF tetap jadi kebanggaan mama... doa mama dan abah akan terus mengiringi perjuanganmu ...




 ..الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ

Monday 14 May 2012

~~* BILA BERSAHABAT *~~


5 Cara Pilih Sahabat Sejati :

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.








Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .


Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAHABAT… 

Sunday 13 May 2012

~~* HaRi-HaRi AdALaH HaRi IBU *~~



Mama tak tahu nak menulis apa..        
mama tak tahu apa perasaan mama saat ini...                           
yang mama tahu seperti ada perasaan rindu yg mendalam... tak terluah dengan perkataan...


Selamat Hari Ibu Buat MAMA Tersayang  daripada 

anakanda ASYRAF MUZAMMIL- MAMA, I LOVE YOU SO MUCH...


itu pesanan ringkas dari Asyraf untuk mama pukul 11 pg ...terasa sebak.. mama tahu Asyraf tak maksudkan yg lain selain rasa sayang pada mama sebagai IBU...

teringat kata2 USTAZ AZHAR IDRUS.... HARAM raikan hari IBU...

dan tadi... sekali lagi tepat jam 6ptg ...dari kejauhan....nun jauh di MIRI, panggilan dari IKMAL (QAMARUN)-
MAMA - Assalamualaikum mama.. ini IKMAL...mama sihat?? mama buat apa tuu... MAMA selamat hari ibu...
terimaksih mama selalu doa untuk IKMAL..., (MAMA terdiam hilang kata2..terkejut sangat2 dn mata mula berkaca)
mama jaga diri...mama jaga kesihatan.. mama, IKMAL tk bleh ckp lama2.. mama tau kan keadaan IKMAL kat Miri...

... kirim salam untuk abah... ASSALAMUALAIKUM...



dan mama juga sedar... ASYRAF DAN IKMAL ikhlas mengingati mama... kamu berdua selalu ucapkan sayang pd mama sewaktu bersama mama dulu... hari ini masa dan waktu membataskan segala..dan disaat ini jga ingatan melayang pada AMIR..bagaimana keadaan AMIR agaknya..nun dipendalaman...tempat tugasmu tidak mengizinkan untuk dibawa telefon bimbit....




Apapun, niat tak pernah menghalalkan cara.. sambutan hari IBU tetap HARAM buat kita orang MUSLIM...

Wednesday 9 May 2012

~~* KEK KURMA *~~

Hari nii  terasa nak buat kek..dah janji dengan Saripah Sakirah..nak membaking.... bahan semua dah ada cuma rasa bimbang tak ada yang nak habiskan... bila Asyraf, Wawa dan Shafiq dah tak ada, tak teringin langsung nak buat kek......dulu kalau buat kek tak sempat  nak sejuk...terus nk dirasa...aduhaiii nyerrr punn..RINDUnya bonda pada kamu bertiga... tak pe laa cubalah membaking ..mungkin juga ini terapi minda untuk merasa indahnya kenangan semalam... 

~~* KEK KURMA *~~
600 gm buah kurma.
2 cawan tepung gandum. 

1 sudu teh baking powder (diayak brsama tpg gandum)
1 cawan margerine ( 250 gm)
I cawan gula. 

1 sudu teh ovelette
5 biji telur.
Setengah sudu besar soda bikarbonate.
I sudu besar esen vanilla. 

(RESEPI ASAL tak masuk baking powder dan ovelette)


Cara :
1. Larutkan soda bersama setengah cawan air panas. Rendam bersama buah kurma semalaman. 
2. Pukul gula dan margarine sampai kembang. Masukkan KUNING telur satu persatu sambil pukul terus. ( Bahan A)
3. Pukul putih telur dengan secubit garam sampai berbuih..
4. Masukkan ovelette, tepung dan putih telur bergilir-gilir sedikit demi sedikit sampai habis ke dalam bahan A.
5. Lenyek buah kurma hingga hancur. Buang biji nya.
6. Masukkan esen vanilla.
7. Panaskan oven terlebih dahulu...Bakar sampai masak. 

 Putih telur dipukul sampai berbuih....

Majerin dan gula dipukul hingga kembang..
Masukkan kuning telur satu persatu...dan terus diputar...
Masukkan putih telur dan tepung gandum berselang seli...
 Teruslah diputar sehingga bersatu....
Masukkan kurma yang telah dilenyek... 
Sapukan sedikit majerin kedalam loyang dan sedia untuk dibakar... 
Oven warisan....tak pernah mengecewakan... 

 hhmmm.. hasil yang boleh tahan...

 Jom nikmati bersama abah...ulangtahun abah tak ada kek so boleh laa layan KEK KURMA nii....
jo

~~ 8hb MEI.2012- SeLaMaT ULaNgTaHuN AbAnG ~~


8hb.Mei 2012...
SeLaMaT ULaNgTaHuN Abang...
bertambah lagi usia... semakin hari terasa semakin sedikit masa kita...kesibukkan abang menjadikan masa kita agak terbatas..tapi Alhamdulillah kemesraan kita tetap seperti dulu. Cuma hari ini kehidupan kita sedikit sunyi. Apapun panggilan dari Asyraf tadi menjadikan abang sebak. Nampak raut wajah abang... Itu tandanya dia tak pernah lupakan ulang tahun abahnya..

 Balik dari surau kita keluar menikmati 'dinner'.... sedih pun ada.. cuma kita berdua... suatu masa dulu kita jarang keluar berdua..... terkadang dulu kalau makan chicken chop nii abang akan pesan yang paling special...mesti abang dan Asyraf yang sama-sama menikmati sepuasnya.....
  
Hari ini, biarlah dalam penghujung  usia ini kita sentiasa dapat bersama dan mengabdi diri padaNYA... Biarlah kasih sayang kita yang sentiasa disemai ini akan terus subur sehingga kita kembali padaNYA...
Abang... selamat ulang tahun... semoga usia dan kehidupan sentiasa dalam keberkatan ILAHI hendaknya...
Aamiinn Ya Robbal Aalamiinn...  

Monday 7 May 2012

~~*Ayatul Kursi Dan Fadhilatnya*~~

**AYAT AL-KURSI DAN FADHILATNYA**

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulullah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

1.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, Insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman

2.Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3.Salah seorang ulama mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4.Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5.Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6.Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10.Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

(sumber: http://junjungan.wordpress.com/khasiat-ayat-kursi/)

Sunday 6 May 2012

~~ Aduhai...PiLuNya HaTi BoNDa ~~

Semalaman tak dapat lelapkan...
ingatan demi ingatan menyapa rasa...
rindu ini merenggut ketenangan hati bonda. 
Sesekali tangan menyeka mata... 
ada butir jernih seakan bertakung didalamnya...
Aduhai... andaikan rindu ini boleh dibasuh.....


Panggilan darimu menjadikan hati bonda tidak tenang...
lemah suaramu seperti menahan sebak yang teramat sangat...
rindu....rindu....rindu....dan rindu
rindu itu jugalah yang memenuhi ruang dadamu saat ini... 
YA ALLAH.... 
KAU peganglah hatiku saat ini...
biar aku tunduk dan sujud padamu...
jangan biarkan aku mengadu pada yang lain 
biar aku luahkan hanya padaMU YA ROBB... 


   ~~♥ LaNgKaH2 PeRaJuRiT ♥~~

Dalam kita menempuh kehidupan hari ini dan hari-hari mendatang, kita tak kan lepas dari di uji..ada sahaja onak dan duri yang akan kita tempuhi...hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya... kemungkinan ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada..tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur....dan belajar erti menghargai....


hari ini kita berteman........ 
hari esok kita keseorangan...... 
hari ini kita gembira...
hari esok kita terluka........
hari ini kita bertemu....
esok kita berpisah........


Lantaran perpisahan ini .... kita dilambung badai rasa...kesepian dan kerinduan..... 
namun kesepian & kerinduan itu, kadangkala indah, kadangkala membosankan dan...

kesepian itu kini seakan mengajar kita menghargai detik manis yang telah berlalu dalam hidup kita..

Kita menangis.....
Adakalanya dalam hidup ini kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata...kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini.... kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari....

~~♥♥ ketahuilah..

Sesekali kita perlu DERITA 
untuk mengenal erti BAHAGIA... 
Sesekali kita perlu KECEWA
untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
Sesekali kita perlu MENANGIS....
untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...
Sesekali kita perlu TERHIRIS 
untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
dalam jauh sebuah perjalanan,
ALLAH amanahkan sebuah perjuangan..
terimalah dengan kekuatan...
Terkadang sakit yang mendatang..
Terkadang teman tak sehaluan..
Terkadang cemerlang tak kesampaian..
Namun..
kita perlu gah di sisi ALLAH
untuk meneruskan perjuangan ♥♥~~



PUTERAku..
Langkahmu bonda iringkan dengan DOA dan RESTU...

Saturday 5 May 2012

~~ WIYAH.. InDaHnya DeTiK Itu..~~


segalanya bermula dari jemputan di muka buku ...
Assalamualaikum wbt... jemput semua hadir d kenduri abg sy pd hari sabtu 5 hb 5 jam 11 - 6 ptg... d alamat : NO.3195, Lorong 2/6 Taman Lagenda, 09000 Padang Serai Kedah. kalau sesat juga boleh la hubungi tuan rumah d nombor HP +++++++++++


Nur Hidayah Wiyah bonda Rahida Ghazali boleh jer kol bila2 msa skali pon... time subuh pn d jamin wiyah angkat... heeee cyg bonda sgt2... ♥ :


Telah lama kita bersama...berbalas catatan dn pndapat dimuka buku...berbalas mesej dan berbual di telefon... hati bonda sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu Wiyah... Rasa kasih yang mula bersimpuh dihati sering menjadikan bonda mengikat dirimu dengan doa demi doa semoga ALLAHswt memperkenankannya.  Bukan mudah untuk menemuimu... ada saja yang menghalang...tapi bila doa itu menjadi pakaian...ianya sentiasa bersama kita... benarlah DOA itu senjata orang mukmin. 


Meskipun agak tidak meyakinkan tapi seperti ada dorongan kuat serta perasaan rindu pada Wiyah, pagi 5hb.Mei 2012... bonda bertekad... bonda mahu mencuba... Bergerak dari rumah dengan penuh debaran... tanpa plan jalan.. perjalanan  nampak seperti mudah... Sampai di Pekan Padang Serai....bermula pencarian... berpusing-pusing, panggilan untuk Wiyah dan..akhirnya pertemuan dua hati yang lama bercantum... Melihat Wiyah seperti satu anugerah rezeki yg besar buat bonda.... manisnya Wiyah berjubah hitam dan berniqab merah jambu... berkaca mata bonda saat pertama kali Wiyah mencium tangan bonda dan kita berpeluk erat ..seperti terlerai rasa rindu yang selama ini tersimpan...


  الله أَكْبَر  الله أَكْبَر  الله أَكْبَر 


Menjamah makanan yang dihidangkan...sambil ditemani Wiyah....aduhai...indahnya... rasa sayang untuk melepaskan pertemuan yang sekejap ini...  Semoga suatu hari nanti kita dapat bersama lagi .... tak puas rasanya berbual dengan Wiyah, tapi jauh disudut hati bonda sangat-sangat bersyukur... bila DOA ini menjadi kabul oleh ketulusan hati kita... ALHAMDULILLAH...  Terimakasih untuk pemberian cenderahati dari keluarga Wiyah..... 



WIYAH...
terimakasih atas segalanya..
kasih sayang dan ketulusan hatimu...
mengikat tangkai hati 
bonda...


~~♥ KEBAIKKAN itu biarlah bagai pohon yang rendang... sentiasa bermanfaat untuk orng lain... tanpa mengira siapa pun yang berteduh dibawahnya.. 

~~♥ KEIKHLASAN itu biar seperti udara... tidak terlihat dipandangan tapi cukup memberi kesan pada semua yang menyedut ihsannya..


Wednesday 2 May 2012

~~ ULaNgTaHuN PeRNiKaHaN - 1hb. MEI. 2012 ~~

Dalam kesibukkan Karnival sukan KRT Taman Arked... teringat juga panggilan dari abang ...jangan lupa  1 Mei.....berkumpul kat rumah abang... apa lagi....selesai acara di Taman Arked terus kesana biarpun badan rasa tidak selesa dik mandian peluh... Tak paa... pergi dulu.. tunjukkan diri...jangan hampakan harapan abang... Sebenarnya perut kekenyangan dengan menu kari udang, kerang rebus dan ikan kembung rebus bersama airasam tomato, ayam masak kicap, ulam-ulaman dan sambal belacan. Semuanya membangkitkan selera...


Sampai didepan rumah abang dari jauh bau kari ayam yang Tina masak menerjah selera yang telah pun terisi tak sampai setengah jam pun tadi.... melangkah masuk, dah ada menu kat atas meja...Rupa2nya hari ini ulang tahun perkahwinan abang Sabudin dan Kak Nor yang ke 34tahun... tahniah...memang mereka pasangan bahagia...tidak pernah tercalar kasih dan sayang. Semoga kami juga akan mengikutinya... duhai anak-anak, ikutlah jejak abah dan mamamu...selanjur bercinta biarlah cangkul dan tanah yang memisahkannya...


KUNCI KEBAHAGIAAN ITU ADALAH SALING MELENGKAPI... 




SALING PERCAYA.... SEGALANYA DENGAN REDHA...




Doa kami semoga kebahagiaan ini kekal sehingga kehujung usia..
Aamiin Ya ROBB.....

Tuesday 1 May 2012

~~* KaRNiVaL SuKaN JiRaN WANITA KRT TaMaN ARKED *~~

1hb. MEI. 2012

Hari Pekerja....
Cuti.... itu yang bermain diminda kan... tapi buat warga Taman Arked,  cuti begini terisi dengan program yang sihat..kita bersuka-neka  bersama anak-anak... selain dapat menghiburkan hati dapat juga memupuk semangat kejiranan yang tinggi.... sesekali dapat turun padang, bergotong royong (kepujian untuk semua ahli SRS yang tolong masak...kaum ibu siapkan bahannya saja dan tolong hidangkan)....memasak sambil bersukan rakyat... cukup-cukup membahagiakan.... alangkah indahnya silatulrahim antara kita.....Alhamdulillah...

Yang lorek itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Seawal 7.30 pagi, ramai yang sudah turun padang... masing-masing tahu apa yang perlu dibuat tanpa arahan sesiapa... begitu lah kita....indahkan..bila bekerja tanpa perasaan iri.... semuanya ada peranan masing-masing..Gelak riang, usik mengusik cukup untuk menambah keriuhan dan kemesraan... proses menyediakan segala keperluan untuk menu makan tengahari...kaum ibu melakukan dengan senang hati sebab hero-hero Taman Arked sudah bersetuju untuk memasak....


Kari Udang ....menu tengahari....




SUASANA dikhemah pendaftaran.......Puan Hajjah NORIZA dan Puan ROSILAH
SUASANA dikhemah pendaftaran..... 
 ....





Puan Hajjah LATIFAH dan Puan SITI KHATIJAH....
senyum kak Hajjah kita...







CIKGU YASSIN....
kata2nya buat kita tak kering gusi...
depa kata.... bukan saya kata... itulah selalu ayat Cikgu Yassin...







CIKGU YASSIN .... usikkannya sering buat kita ketawa...







CIKGU ABDUL MUTTALIB  dan TUAN HAJI MARZUKI







Tuan HAJI MARZUKI yang pertama  kali menyertai program anjuran KRT Taman Arked  sangat supportive N sporting.... semua acara sukaneka dewasa Tuan Haji join.. cayalahhh..

 


 Pancing apa tuu dik????TIUP adik tuippppp...fuuhhhhh....



 ALAMAKKK....kena ambik duit dengan gigi rupanyaaa....


 BILA CIKGU YASSIN dah bagi arahan.....
hahahahha.... acara untuk "HERO-HERO" Taman Arked bermula dengan tepuk sorak dan gelak tawa anak2.....


CONTOH TERBAIK.... USIA bukan penentu keJAYAan... Terbaikkk untuk Abang ALI....
 CIKGU RAHIM .... penuh semangat.....ffuuhhhhh.... HASNAN....dah surrenderrr...







HASNAN MENANG dengan SENYUMAN




            GAYA JUARA .. PENGERUSI  KRT  Taman ARKED........
            TUAN HAJI AHMAD KAMIL SARAIDIN....
      TUAN HAJI MARZUKI.... tak mau kalah... tapi memang tak kalah pun... JUARA lagii...





balingan JUARA... dari PENGERUSI Jiran WANITA Taman  ARKED- PUAN ROKIAH HASSAN







TEMPAT KE 2 ....Acara bowling padang...hihihihi..




.









HATI-HaTi bang...
OOppppsssss.....



Oohhhh noooo!!!
Menyambut ketibaan Puan Hanita....

Puan Hanita Bt Ahmad dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Muda /Yan.






 CENDERAHATI UNTUK PUAN HANITA





                                                   berbaris ...kesopanan dan kesusilaan





MAKAN TENGAHARI BERSAMA PUAN HANITA...





Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers