Sunday 23 September 2012


Melihat Erti Kehidupan
Bagaikan Di Medan Peperangan
Pegangan Menjadi Bagaikan
Mengundang Akan Kecelakaan
Seakan Sudah Tiada Lagi
Hak Dan Kebebasan Diri Sendiri

Bila Kuasa Di Genggaman
Bagaikan DIrasuki Syaitan
Hilang Arah Dan Kepercayaan
Maka Dilupakanlah Daratan
Janji Yang Harus Dikotakan
Kini Hanyalah Tinggal Kenangan

Hingga Tiada Kebebasan
Untuk Menyuarakan Pandangan
Bagi Setiap Penentangan
Pasti Dihantui Bebanan
Yang Cuba Memberanikan Diri
Pasti Dibayangi Hukuman Ngeri

Apakah Mereka Terlupa
Kita Punya Rasa,Punya Cinta
Yang Sedang Dalam Kegelapan
Dan Bagai Dalam Kesesatan
Akan Pasti Aku Nyalakan
Api Cahaya Kebebasan

Bukan Melancar Peperangan
Hanya Berjuang Keadilan
Berilah Aku Kebebasan
Kehidupan Yang Diinginkan

PERJUANGAN
INI BAGAIKAN
PETEMPURAN
PEPERANGAN

PERJUANGAN
KEBEBASAN
KEADILAN
KAN KU TERUSKAN

Buat anakanda Asyraf Muzammil, selamat ulang tahun dari mama dan abah...
Semoga langkahmu diberkati..
Perjuanganmu dirahmati....
Perjalananmu dilindungi oleh ILAHI...

..الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ — with Asyraf — at Di Dalam Hati Mama

Tuesday 18 September 2012

~* DOA Dari SEORANG SAHABAT bernama TOK LELA*~

Ya Allah…...Ya Ghaffar..Ya Qahhar.... Ya Rahman Ya Rahim....

Ya Allah Kau Pancarkanlah Sinar Keimanan Kepada Yang Membaca dan Yang Menulis.

Ya Allah Kau Terangilah Hari-Hari Mereka Dengan Cahaya Islam.

Ya Allah Kau Pandulah Jalan Mereka Menuju SyurgaMu.

Ya Allah Kau Jadikanlah Kami Semua BerJumpa dan BerPisah KeranaMu.

Ya Allah…...Ya Ghaffar..Ya Qahhar.... Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu 

untuk mereka sahabat-sahabatku...

sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya,

sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.

Tetapkanlah untuk mereka, beratkanlah timbangan kebaikan mereka.
 
Mantapkanlah iman mereka, tingkatkanlah darjat mereka, terimalah solat mereka
 
dan ampunkanlah dosa-dosa mereka.
 
Ya Allah, aku bermohon untuk mereka kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga.
 
Ya Allah perkenankanlah permohonan hamba Mu ini.
آمِيّنْ..آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ




hati benar2 rasa tersentuh..rasa sebak

rasa kehilangan yang amat sangat...


Buatmu sahabat bernama TOK LELA

Semoga ALLAHSWT memberkati perjuangan  suci ini 

dirahmati kehidupan disisi insan2 yang disayangi

semoga segala ILMU yang dikongsi akan menjadi amal jariah buat menemanimu nanti..


INsyaALLAH.... Aamiin Yaa ALLAH...

~KeJuTaN DeMi KeJuTaN~


Minggu yang paling mencabar perasaan.... minggu yang penuh dengan pelbagai rasa. Tak dapat nak luahkan untuk sesiapa ...kecuali dengan insan yg paling dicintai tapi abah diluar kawasan minggu nii.. Abah dah dua minggu out-station. Bukan mudah nak balik untuk  menggenggam jari mama seperti selalu, memberi kekuatan ...sedang segala yang mengganggu minda hanya kita yang rasa. Aduhaii... apapun mama bersyukur anak-anak mama, masih setia menemani meskipun tak tahu jalan cerita yang sebenar... Alangkah payahnya memimpin hati mama untuk bersabar.. airmata mama laju bagai hujan...dada berombak menghempas minda rasa...

Panggilan ditengah malam - Ahad 9hb. September 2012...
tersentap jantung mama... menggigil ketakutan... yang ada cuma rasa hiba, sebak, pilu..takut semua bersimpul.....bercampur aduk... saat insan lain dibuai mimpi indah.. mama ditemani airmata... tak tahu kat mana mahu mengadu. Apapun mama bersyukur kekuatan dari DIA yang maha ESA. Dihadirkan rasa tabah yang entah dari mana datangnya...mama masih kuat untuk hubungi abah... minta abah bersabar dan tenang...

hingga kepagi..mama langsung tak dapat lelapkan mata... disaat hati bergelut dengan masalah diri yang meruncing masih ada anak2 lain hubungi mama minta nasihat pelbagai...
orang yang tenang menasihati... tanpa kalian sedar sedang menangis sendirian saat ini 
FAUZAH... terimakasih temankan mama ..meskipun diri tak sihat  dan ZU, terimaksih temani mama hingga kesubuh... walaupun cuma dengan panggilan telefon.. mama jadi kuat... cerita ini bukan mudah untuk dikongsi. Kita yang tempuh, kita yang rasa.....dan bila  ALLAH yang izinkan terjadi..tandanya DIA tahu kita mampu... 

YA ALLAH...
Andainya doa hambaMU yang teraniayai ini tiada hijab...angkatlah doaku ini..
lepaskanlah dia dari kezaliman yang panjang... berilah untuknya kekuatan sebongkah batu...



Monday 17 September 2012

~~*KeBaHaGiaaN RuMaHTaNgGa*~~



Petua Untuk Keharmonian Suami Isteri
Kekal Hingga ke Akhir Hayat

1. Pastikan cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukkan dan kucupan.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk be
rtanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari kerana pastinya tiada gangguan dari anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


Monday 10 September 2012

~~TERHaRunya BONDA ~


ANTARA KASIH SAYANG TANPA PERTEMUAN....

by DIANA YUSOF on Wednesday, 15 August 2012 at 13:19 ·
DIARI HATI SEORANG ANAK...

ASSALAMUALAIKUM....
Bulan ramadhan tahun ni membuatkan aku rasa betol2 kehilangan...kosong...20 tahun aku hidup atas pendirian hidup aku sendiri...tak kan susahkan orang lain selagi aku mampu...tapi sekarang aku bagaikan jatuh ditimpa tangga,,kosong yang aku hadapi tak menampakkan sebarang cahaya....gelap...aku tak mampu luahkan dengan kata-kata terhadap apa yang aku tanggung....terasa bebanan yang sangat berat...terlalu berat....Sesungguhnya aku tak mampu....berulang alik ke sana ke mari....merantau....merantau ke tempat orang dari satu tempat ke satu tempat....tiap kali kaki ni melangkah ke rumah Allah terasa aku tersangat kerdil....tersangat-sangat kerdil....kehidupan yang dulu jarang sekali aku menundukkan kepala untuk bersujud kepada-Nya membuatkan aku rasa begitu terhina dimata semua....aku pelik melihat orang berpusu2 ke masjid bila azan berkumandang....sedangkan kaki aku tak terasa nak melangkah bersama mereka...Betul ada pepatah ni..."bapak borek anak rintik".... sekarang aku faham apa pepatah tu....tersangat faham....bagaimana aku di didik,,itulah aku sekarang....mencari jalan menemui Tuhan....Tuhan yang menciptakan makhluk yang lambat berbakti kepada TUAN sendiri....Sebak hati ni tak terkata...di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ni aku dihadiahkan sepasang pasangan yang terlalu menyanjungi & menyayangi makhluk yang bernamaANAK....aku di hadiahkan bonda RAHIDA dan abah MUTALIB yang sangat baik budi pekerti mereka...penyayang... walaupun sebak hati ni tak terkata bila aku berbuka puasa, aku dihadiahkan lagi dengan mesej dari bonda....SELAMAT BERBUKA PUASA SAYANG....walaupun hanya sebaris ayat,ia membuatkan aku berasa begitu benilai....tersangat bernilai....aku yang dulu susah mengalirkan air mata...tapi sekarang,,hanya dengan mesej dari bonda....air mata aku tiba-tiba mampu mengalir di pipi....dihadapan rezeki yang aku jamah walaupun hanya seorang diri aku rasa begitu bertuah...
Kalau nak cerita tentang bonda & abah,,,aku tak mampu karang tiap pengorbanan walaupun belum bersua muka...tapi aku sebagai anak...aku rasa diri aku lebih dihargai...airmata yang sentiasa mengalir di pipi membuat aku terasa sangat lembut hati terhadap sesuatu....mak...ayah...bonda...abah...kalau hari raya nanti diana x balik....maafkan diana dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala salah silap terkasar bahasa....restuilah setiap perjalanan anak mu....Assalamualaikum keluarga tercinta...ikhlas dari hati anak mu...  diana 
DIARY HATI SEORANG ANAK....

Hati bonda amat tersentuh.. serasa ALLAH sedang mengabulkan doa bonda... kehilangan CT dan kehadiran DIANA... besarnya RAHMATMU  YA ALLAH... Alhamdulillah...atas segala kurniaan ini... 

Saturday 8 September 2012

~* BiLa TaKDiR TaK SeINDaH ImPiaN *~




Seringkali kita berharap, tiap yang kita lalui adalah cerita  yang membahagiakan. Bila segala yang dibuat mengikut jalan yang benar, semestinya akan ada kejayaan menanti kita dihadapan. Ada ketikanya yang dirancang sudah terletak cantik pada tempatnya. Bila ada yang mencorak jalan cerita, tentunya lakaran itu adalah lakaran indah belaka. Namun siapalah kita untuk menidakkan segala takdir ILAHI... Sesungguhnya amat berat untuk menerima hakikat yang baru menyapa diri. Tidak perlu mencari dimana yang silap dan siapa yang salah. Yang pasti takdir ini bakal mengusung sedikit duka.  Bila ALLAHswt tidak mengizinkan segala perancangan, pastinya ada sesuatu yang sedang DIA aturkan.

Takdir ini juga membuat minda mula berfikir. Perlukah menyesali segala kejadian. Kuatkah untuk memujuk diri betapa perpisahan ini bukan satu noktah tapi satu permulaan. Mungkin selama ini kita menjadi terlalu yakin akan penghujung yang baik tanpa berusaha memperindahkan laluan. Kita terlupa dalam perjalanan yang panjang pasti ada halangan... duri dijalanan bila-bila masa boleh kita temui. Badai taufan juga boleh menyergah tanpa amaran. Dalam tenang rupanya ada yang bergelombang. Tanpa sedar ada butir jernih bertakung dikelopak mata. Semestinya itu lumrah pada yang menerima musibah ini secara tiba-tiba.

Hakikat ini terlalu payah untuk difahami. Rasa sempit ruang jiwa... dalam merelakan hati gundah seketika. Banjir kolam hati dengan pelbagai persoalan.  Bagaimana harus berdepan dengan insan disekeliling yang telah siap dengan pelbagai  pertanyaan. Bagaimana mahu disusun ayat jawapan agar hati sendiri tidak terasa keperitan. Yang melihat cuma sinis memahami namun hati yang menanggung menangis dalam meredhai. Rasa duka yang hadir tiba-tiba cukup untuk mengoyak parut lama.  Apapun cubalah bangkit ..Muhasabah diri, mungkin selama ini kita kurang berdoa dan kalau sudah berdoa mungkin kita kurang bersungguh didalam doa. Peganglah pada janji ALLAH... Perancangan dariNYA adalah yang paling indah... biarpun ini  satu musibah tapi pujuk hati untuk terus percaya betapa pelangi yang cantik selalunya akan  muncul selepas hujan berhenti.  Lepaskanlah dengan redha segala yang telah terjadi...INGATLAH,  BILA TAKDIR TAK SEINDAH IMPIAN....

belajarlah buangkan rindu dan pedih, cubalah kikiskan rasa hiba....  
anggaplah saja andai dulu dia kekasih , biarlah kini menjadi saudara....

BUAT ANAKKU YANG SEDANG BERDUKA SAAT INI... BERSABARLAH...

Tuesday 4 September 2012

~*LaRian MaSa DaN TaRiaN HiDuP*~


Sedar tak sedar rupanya agak lama tak mencatat sesuatu disini... belum bersawang tapi sedikit sunyi... Sebulan lebih tumpuan pada indahnya RAMADHAN menjadikan hati tidak tergerak bertandang didiari bonda... Hhmmm.....banyaknya kisah menyapa diri, sekadar luahan sepi dan rasa keinsafan dalam diri...

Sama agaknya apa yang kini berada diminda... terpaksa imbas kembali segala kisah yang datang menjengok kehidupan...bukan susah mengingatkan semua kerana kisah tak sehebat mana. Namun sejak dua hari lepas hati tiba2 gundah gulana... fikiran seperti dipacu dengan panahan tajam... benarlah hati IBU.... dalam senyum rindu mama makin terasa... Nada suara Asyraf, menyentuh tangkai hati mama dan abah...  kehidupanmu bertukar sama sekali... dari anak manja yang tak pernah disentuh dan diajar dengan kekerasan kini melalui hari-hari yang amat mencabar. Hidup Asyraf berdepan dengan segala macam ujian fizikal dan mental, begitu juga buat Amir dan Ikmal... Perit yang diharungi  tak ramai yang tahu.... Sukarnya untuk menjadi seorang perwira.... NAWAITU yang baik untuk berbakti pada agama, nusa dan bangsa seperti hampir terhakis bila ada tangan dan kaki-kaki yang ganas mengambil alih urusan... Ada rakan yang menghilangkan diri setelah separuh jalan semata-mata tidak tahan dengan deraan yang melampau. Kalau kekejaman ini dianggap satu pengajaran... luluhnya hati seorang IBU dan hancurnya hati seorang ayah dalam merelakan semua ini...


















AMIR... IKMAL dan ASYRAF.... sepanjang menjalani ibadah puasa, saat segala amalan dilipat ganda... Asyraf, Amir dan Ikmal tetap berdepan ujian. Cabaran yang meruntun jiwa dan naluri insan bernama ibu... Tapi semangatmu kuat dan kental, meski keringat dan airmata terkadang mengalir deras namun jiwamu tetap tabah menghadapi segala duri ranjau semampu dan sedaya yang mungkin... Alahaiii.... pilunya hati mama...mama dan abah tak kan pernah putus berdoa untuk kesejahteraan hidup dan perjuangan sucimu... Sesekali waktu terluang, panggilanmu meredakan sunyi dan rindu mama.. begitu juga pesanan sms dan panggilan dari Ikmal dan Amir...  sesuatu yang amat membahagiakan hati seorang ibu..




Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan. Segala macam rezeki ALLAHswt limpahkan..Sesekali bila ada tetamu berbuka puasa dirumah....rasa gembira tak terucap...bahagia benar meraikan tetamu... Walaupun makanan yang dihidang tidak seberapa dan ada yang dibeli namun layanan pada tetamu tetap jadi keutamaan... terimaksih Bangchik  dan Ain... 



Kesibukkan abah juga tak terkira...selalu saja ada undangan diluar...terkadang abah keluar dengan rupa yang manis...




















Teringat ..bagaimana janji untuk menjemput Fauzah berbuka dirumah.. disaat Fauzah sudah melangkah kaki keatas bas, abah terpaksa batalkan rancangan menjemput Fauzah kerana jemputan yang tidak dapat dielakkan... kesian Fauzah..mama siapkan untuk Fauzah puding jagung dan juga aiskerim jagung kesukaan Fauzah.. Petang itu abah  melangkah kaki dengan berat beserta raut wajah yang kelat... letih dan hampa menerjah hati abah. 



.Menitis airmata mama bila berbuka .. tak sangka semua ini terpaksa ditempuh....  terkadang naluri mama berbisik sesal, walau redha namun tetap rasa sedih dan sebak... tapi Fauzah ingat kan mama....
            benarlah kata Fauzah .. perancangan ALLAH lebih baik...



Abah sampai dirumah jam 11 malam...pagi Khamis 16hb Ogos 2012,  ketika masih nyenyak tidur nada pesanan telefon bimbit abah agak mengejutkan...  AS'SALLAM.... Saudara SAFARLY meninggal... terkejut tapi masih berfikir saudara kepada sahabat kita...bukannya abang SAFARLY sendiri yang pergi mengadap ILAHI.  Tak lama, SMS kedua diterima.... Abang SAFARLY meninggal - kemalangan... terus tersentak..seperti tak percaya....
 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ  .  
   
Benarlah ALLAHswt  tak izinkan kedatangan Fauzah, rupanya DIA mengatur masa mama dan abah untuk bersama sahabat yang baik buat kali yang terakhir... disaat menatap raut wajah ALLAHyarham abang SAFARLY buat kali terakhir, ada titisan jernih mengalir dipipi... sebak melihat isteri yang tiba-tiba hilang suami, anak-anak yang menangisi kehilangan ayah sedang Syawal hanya tinggal 3 hari lagi... Ramainya sahabat handai mengiringi jenazah kepusara....ketika mengimbas  indahnya kenangan manis bersama abang Safarly yang ringan tulang..hat-hati insan yang ditinggalkan penuh dengan kepiluan menangisi kehilangan yang tak pernah dijangka sepantas ini....

dan petang Khamis ini juga menjemput Zu di perhentian bas Sg Petani.. ... Dengan izin family Alhamdulillah ...sempat mama berbuka dan bersahur bersama zu...Pagi Jumaat  17hb Ogos 2012  jam 6 pagi, Asyraf sampai untuk pulang beraya bersama mama abah...Bersyukur sangat Asyraf dipermudahkan jalan... Ada pegawai ditempat Asyraf bertugas sudi menumpangkan Asyraf untuk balik beraya..  8.30 pagi menghantar Zu balik ...ALHAMDULILLAH... Dan petang Jumaat sesaorang yang selama ini mama kenal dialam maya,.. hadir didepan mata... seperti tak percaya bila pertama kali memeluk DIANA, betapa  cantiknya Diana...... kecil molek..dan hadiah tudung dan butang baju melayu pemberian Diana buat bonda dan abah... Terimakasih sayang.... 


Jam 4 pagi kita bertolak ke kampung... bersahur di Restoran PELITA Sg. Petani...berbaris panjang mengambil makanan.... bahagianya untuk pertama kalinya bersahur bersama Asyraf tahun ini..Semua juadah  yang Asyraf suka mama dapat siapkan... . 












Apapun, mama masih teringat hangatnya pelukkan Asyraf, mencium tangan mama dan abah dipagi Syawal 1433 bersamaan 19hb Ogos 2012...  kita beraya dan bersolat sunat Aidilfitri di kampung. Kebahagiaan jelas terpancar diwajahmu...apalagi dihati mama dan abah.. Baju melayu berwarna kuning menjadi pilihan ... Segak dan tampan anak mama berbaju melayu...






 terimakasih ZU dan family sudi kerumah... dan ketupat berserta gulai daging... walaupun hati teringin nak merasa sambal ayam airtangan mak Zu...tak ada rezeki kali ini...



Kesibukkan selepas Syawal agak ketara... ada saja tetamu...tapi tetamu itu pembawa rezeki buat tuan rumah.. seronok dan tetap bersyukur meskipun agak penat melakukan kerja rumah bersendirian..   dan beberapa undangan terpaksa dihampakan kerana ada tetamu dirumah...  menu terakhir untuk kawan2 Asyraf... Awi, Amir, Faris dan Farouq ...Kuewtiaw goreng dan roti jala... 

 buah tangan kiriman anakanda yang dikasihi  - WAN MARNIZA...dari Lumut Perak...terimakasih sayang..






dan pastinya syawal kali ini tiada lagi kelibat dan raut wajah penuh keriangan...
sepasang kurung biru..
dipagi raya bersalam denganmu...
jauh disudut hati mama RINDU CT...



  إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ


apapun...buat semua salam aidiltri maaf zahir dan batin...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers