Sunday 21 October 2012

~~* YaNG PeRTaMa *~~


‎1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW





Monday 8 October 2012

~~* SuCiKaNLaH *~~



Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih

 dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim




Pernah tak kita terfikir...
dalam badan kita ada banyak air.
tapi kenapa bila kulit terluka, DARAH yang keluar?
dalam hati kita ada banyak darah.

tapi kenapa bila hati terluka, AIRMATA yang keluar?


KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukakan hati kita..tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat
MENGUBAT HATI yang telah terluka..KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang nurani, umpama PISAU BEDAH yang boleh membuang segala PARUT LUKA emosi..

BAHAGIA yang menerpa tidak kekal selamanya.. begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita....jangan sesekali kita LUPA, betapa ALLAHswt sentiasa ada untuk kita..... لا تحزن ان الله معنا..♥


Tatkala menjenguk keluar jendela kehidupan, pasti terlihat jalan yang keliru dan seandainya hati merasa ragu mohonlah petunjuk dari Dia Yang Maha Penentu agar dilindungi bersama rahmat-Nya sepanjang jalan yang hendak dituju, Insya'ALLAH.
Semoga sakit yang dirasa ini akan menjadi sedikit PENAWAR kepada dosa-dosa yang ada...



Air tak selalu jernih begitu jua dengan ucapan kita...
kapas tak selalu putih, begitu juga hati kita....
langit tak selalu biru, begitu juga hidup manusia....
jalan tak selalu lurus, begitu juga langkah kita...
jika MAAF itu bisa terucap hari ini....
untuk apa menunggu hari esok...
MAAFkanlah dengan seikhlasnya..
mengalah tak semestinya salah....
لا تحزن ان الله معنا


Friday 5 October 2012

~~* SaaT DiRi DiUJi *~~

Imam AL-Ghazali mengingatkan::

Pabila kamu mendapati takdir ALLAH sentiasa tidak menyebelahimu pada kenikmatan dunia dan terlampau banyak penderitaan dan bala bencana yang ditanggung, ketahuilah bahawasanya kamu mulia di sisiNYA...kamu punya status yang istimewa di sisiNYA..sesungguhnya ALLAH pada ketika itu sedang meletakkan kamu di atas jalan wali-waliNYA dan hamba-hambaNYA yang terpilih. Sesungguhnya ALLAH sentiasa melihat kamu ketika itu....tidakkah kamu pernah mendengar ayat Alquran yang bermaksud 

"SABARlah dengan ketentuan TUHANmu kerna dikau sentiasa dalam pemerhatian dan pengawasan KAMI"




ALLAH tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru dan mentari selalu bersinar. Tapi ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi pelangi di setiap badai, senyuman di setiap titisan air mata, pahala di setiap ujian dan jawaban di setiap doa.....SubhanALLAH begitu tertib dan cantik takdir yang diberikan ALLAH buat setiap hambaNYA. Tabah itu tidak di capai hanya dgn kata2 yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan dan sikap yang tiada batasnya kerana iman itu akan bahagia apabila di uji..



Ujian daripada ALLAH meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka...jadi tempuhilah ianya dengan penuh kesabaran agar ia dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya .Hidup ini umpama satu perjalanan. Kita bermula dari satu garisan ke satu garisan. Dalam kehidupan, kita akan tempuhi banyak rintangan dan cabaran. Bersabar dan teruslah berjalan. Insyaallah akan ketemu penghujung jalan. Ingatlah  bila dunia ini memberikan masalah yang tidak dapat kita tangani sendiri, alihkan fokus kepada semua hal-hal baik yang sedang terjadi pada diri kita sekarang...pada saat kita mencari rahmat dan kurniaan ALLAH dan kita telah pun diberikan ALLAH anugerah tersebut, maka perhatikanlah bahawa saat ini ALLAH swt sedang menatap kita sekalian... Adalah benar bahawa betapa berat sekalipun mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Ya Allah... mereka katakan aku kuat untuk berdiri seorang, tetapi mereka tidak nampak aku melutut terduduk di depan Mu meminta bantuan...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers