Sesuatu yang perlu diingat dan diberi perhatian ialah perasaan kecewa ini boleh mendorong individu melakukan sesuatu diluar batas norma kemanusiaan. Ada yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat pada hal masalah yang dihadapi tidaklah sebesar mana. Ramai remaja yang putus cinta merasakan dunianya sudah gelap sedangkan dihadapannya penuh dengan warna-warna kebahagiaan. Golongan dewasa juga tidak kurang yang gagal menangani masalah dengan baik apalagi melibatkan hutang dan boleh menyebabkan sesaorang itu hidup dalam kemurungan.
Bangkitlah dan fikirkan sejenak betapa masalah ini sebenar adalah guru terbaik kita. Kecewa itu adalah sebagai benteng pertahanan untuk kita.Jangan sesekali membiarkan masalah menguasai minda dan perasaan sedih kita. Carilah jalan dengan kembali kepada fitrah yakni maha pencipta..ALLAH, DIA yang mengizinkan semua berlaku dalam dairi kehidupan kita.
TERIMALAH KENYATAAN.
Kita hanya mampu untuk merancang tapi takdir Tuhan adalah ditanganNYA. Segala ketentuan ILAHi wajib kita percaya tanpa mempertikaikan mengapa terjadi pada diri kita. Bila kita berlapang dada dan redha dengan
bentuk ujian yang didatangkan untuk kita pasti kita merasa bersyukur kerana ALLAH sedang memerhatikan kita. Kita akan menjadi lebih insaf dan menerima dugaan malah masih mampu tersenyum.
BERFIKIR
Berfikirlah secara pro dan kontra disaat anda mahu membuat sesuatu keputusan, supaya bila terjadinya sesuatu yang diluar jangkaan kita masih boleh menerima. Biarkanlah dia datang dan tempuhi.
BERFIKIRAN POSITIF
Belajarlah dari pengalaman silam. Memang agak sukar untuk berfikiran secara positif disaat kita berdepan dengan tragedi. Seberat mana pun kesedihan kita diwaktu itu tentunya tidak akan dapat mengubah tragedi.
Apa yang perlu kita buat adalah berfikir dengan rasional tentang kekuasaan ALLAH dalam meletakkan takdir itu untuk kita. ALLAH tidak pernah kejam pada hambaNYA.
LUAHKAN
Memendam perasaan kecewa dan sedih adalah sesuatu yang amat membahayakan. Sesaorang yang selalu berkongsi rasa dengan individu yang lain akan merasakan kurang perasaan sedih. Tekanan perasaan yang keterlaluan menjadikan individu mengalami kemurungan. Bagi pasangan suami isteri sikap menerima dan mmeberi adalah jalan terbaik bila berdepan dengan tekanan. Bagi remaja pula hargailah ibu bapa anda dan keluarga. Tidak ada ibubapa yang akan menghukum anak mereka seandainya sianak meluahkan persaan secara jujur dan mengaku kesilapan. Nasihat dan dorongan akan dapat dirasai bila kita meluahkan rasa sedih dan kecewa pada individu yang betul.
BERIKAN TUMPUAN
Usahalah untuk mencapai matlamat dan tempuhi cabaran dengan hati terbuka. Fokuskan pada sesuatu yang menarik. Buangkan jauh-jauh segala perasaan remeh yang boleh menjadikan kita terdorong untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah. Selalu fikirkan kita tidak pernah BERSENDIRIAN...
No comments:
Post a Comment