Kesan kerinduan ini sepertinya bertali arus...bila kisah penderitaan anakanda Faris Nur Daniel yang menderita kanser darah... sama seperti penyakit ALLAHyarham anakanda SyafiQ... ramai sahabat2 FB berterusan menyebarkan maklumat dan info untuk membantu Faris yang terlantar koma dikatil wad....aduhaiiii, sayunya rasa hati... penyakit yang menyerang tanpa mengenal pangkat darjat dan batas usia. Kesannya mama menjadi terlalu perasa... mata sentiasa berkaca...demam yang telah sedia ada menjadikan suhunya meningkat tiba-tiba. Tiada lagi makanan yang sedap pada selera.... Semuanya pahit dan kelat....
Saat mama benar-benar tidak lagi bermaya.... anakanda Faris juga dipanggil pulang oleh maha PENCIPTA.. Luluh hati menatap gambar disaat2 akhirnya... Airmata yang mengalir dipipinya... Airmata ayah dan ibunya.. Terbayang betapa tenangnya raut wajah ayahnya ketika datang kerumah baru2 ini... Mengenakan kain pelikat abah dan bersolat dibilik Asyraf... Dia diuji dengan begitu hebat... Kini anakanda Faris mungkin sudah berbahagia dengan dunia barunya bersama anakanda Shafiq yg kembali kesisi yang ESA pada 11/6/2011......
إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ
dan...
bila rindu tak boleh dibasuh....
bila rindu melekat dihati...dirasa...
airmata tidak mungkin dapat menghilangkannya
akhirnya mama terpaksa menghadapi pasa yang baru.mama terpaksa dirawat....
paras BP mama yang terlalu rendah 80/50...
Iinilah saja menu yang mama jamah ....
No comments:
Post a Comment