~~* KEK KURMA *~~
600 gm buah kurma.
2 cawan tepung gandum.
1 sudu teh baking powder (diayak brsama tpg gandum)
1 cawan margerine ( 250 gm)
I cawan gula.
1 sudu teh ovelette
5 biji telur.
Setengah sudu besar soda bikarbonate.
I sudu besar esen vanilla.
(RESEPI ASAL tak masuk baking powder dan ovelette)
Cara :
1. Larutkan soda bersama setengah cawan air panas. Rendam bersama buah kurma semalaman.
2. Pukul gula dan margarine sampai kembang. Masukkan KUNING telur satu persatu sambil pukul terus. ( Bahan A)
3. Pukul putih telur dengan secubit garam sampai berbuih..
4. Masukkan ovelette, tepung dan putih telur bergilir-gilir sedikit demi sedikit sampai habis ke dalam bahan A.
5. Lenyek buah kurma hingga hancur. Buang biji nya.
6. Masukkan esen vanilla.
7. Panaskan oven terlebih dahulu...Bakar sampai masak.
Putih telur dipukul sampai berbuih....
Majerin dan gula dipukul hingga kembang..
Masukkan kuning telur satu persatu...dan terus diputar...
Masukkan putih telur dan tepung gandum berselang seli...
Teruslah diputar sehingga bersatu....
Masukkan kurma yang telah dilenyek...
Sapukan sedikit majerin kedalam loyang dan sedia untuk dibakar...
Oven warisan....tak pernah mengecewakan...
hhmmm.. hasil yang boleh tahan...
Jom nikmati bersama abah...ulangtahun abah tak ada kek so boleh laa layan KEK KURMA nii....
No comments:
Post a Comment