segalanya bermula dari jemputan di muka buku ...
Assalamualaikum wbt... jemput semua hadir d kenduri abg sy pd hari sabtu 5 hb 5 jam 11 - 6 ptg... d alamat : NO.3195, Lorong 2/6 Taman Lagenda, 09000 Padang Serai Kedah. kalau sesat juga boleh la hubungi tuan rumah d nombor HP +++++++++++
Nur Hidayah Wiyah bonda Rahida Ghazali boleh jer kol bila2 msa skali pon... time subuh pn d jamin wiyah angkat... heeee cyg bonda sgt2... ♥ :
Telah lama kita bersama...berbalas catatan dn pndapat dimuka buku...berbalas mesej dan berbual di telefon... hati bonda sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu Wiyah... Rasa kasih yang mula bersimpuh dihati sering menjadikan bonda mengikat dirimu dengan doa demi doa semoga ALLAHswt memperkenankannya. Bukan mudah untuk menemuimu... ada saja yang menghalang...tapi bila doa itu menjadi pakaian...ianya sentiasa bersama kita... benarlah DOA itu senjata orang mukmin.
Meskipun agak tidak meyakinkan tapi seperti ada dorongan kuat serta perasaan rindu pada Wiyah, pagi 5hb.Mei 2012... bonda bertekad... bonda mahu mencuba... Bergerak dari rumah dengan penuh debaran... tanpa plan jalan.. perjalanan nampak seperti mudah... Sampai di Pekan Padang Serai....bermula pencarian... berpusing-pusing, panggilan untuk Wiyah dan..akhirnya pertemuan dua hati yang lama bercantum... Melihat Wiyah seperti satu anugerah rezeki yg besar buat bonda.... manisnya Wiyah berjubah hitam dan berniqab merah jambu... berkaca mata bonda saat pertama kali Wiyah mencium tangan bonda dan kita berpeluk erat ..seperti terlerai rasa rindu yang selama ini tersimpan...
الله أَكْبَر الله أَكْبَر الله أَكْبَر
WIYAH...
terimakasih atas segalanya..
kasih sayang dan ketulusan hatimu...
mengikat tangkai hati
bonda...
~~♥ KEBAIKKAN itu biarlah bagai pohon yang rendang... sentiasa bermanfaat untuk orng lain... tanpa mengira siapa pun yang berteduh dibawahnya..
~~♥ KEIKHLASAN itu biar seperti udara... tidak terlihat dipandangan tapi cukup memberi kesan pada semua yang menyedut ihsannya..
No comments:
Post a Comment