Thursday 19 April 2012

~~* BiLa MiMPimu JaDi NYaTa *~~

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Lama juga tak menyapa... tak meluah kata...hari ini tetiba rasa teringat sangat...rasa bahagia masih lagi seperti tergambar diruang mata... Masa seperti lambat bergerak sewaktu menunggu. Bila abah mula mengira-ngira cuti yang nak diambil, hati bonda bernyanyi riang, tersenyum bahagia... Tak sabar-sabar mahu bertentang mata, memegang tanganmu...Rindu ini tiada  siapa dapat membasuhnya... 4hb.April, 2012 bergerak dari Sg. Petani selepas maghrib dn sampai di KL jam 1.30 pgi... Alhamdulillah, berehat di Sungai Besi. 5hb April bermalam di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota.... dan seawal selepas subuh bergerak ke Port Dickson.. Bonda tahu Asyraf mahu bonda/abah hadir untuk melihat raptai tamat latihan kan... Syukur sangat2, permintaanmu dapat bonda tunaikan.... 



Melihat semua perajurit berjalan masuk kepadang kawad, hati ini terusik. Tak tahu perasaan apa sebenarnya yang bonda rasa... Ya ALLAH, baru raptai..hati sudah tersentuh begini...  Selesai segalanya, . seperti  ada yang berkaca dimata... sedih, meskipun terharu melihat kekuatan mental, fizikal, anak2 bonda... Asyraf, Amer dan Ikmal berjaya mengharungi pahit getir ini... abah bersolat Jumaat di Masjid RAMD Pusasda. Selesai bonda bersolat jamak, bonda/abah mencari kedai makan di Pekan PD.... perut pun terasa lapar , sejak dari subuh belum berkesempatan menjamah apa2. Nasi lemak sotong, dan nasi ayam kukus... Alhamdulillah. .. Selesai, bonda/abah mencari tempat penginapan... GLORY Beach Resort.... Berehat sementara menunggu
keluarga lain sampai... 5.30 ptg.... semua berkumpul...happy.. Wawa, Damia dn Danish tak sabar2 nk mandi kolam... Lepas Isya, beramai keluar menikmati makan malam....Jam satu pagi, Ilyas, Izzan, Aisyah dan Izzati sampai ke resort... dapat lelapkan mata cuma seketika, seawal 2.50 pagi, bangun, mandi dan bersiap. 4 pagi, ramainya keluarga perajurit lain yang akan keluar dn bergerak ke kem seperti bonda... 20 minit prjalanan... tiba di kem.. parking dah banyak yang penuh. Kebanyakkan bermalam ditempat parking... Solat subuh di masjid PUSASDA.. sekali lagi rasa sebak... bila mengaminkan doa yang dibaca Imam dari KAGAT... sayu..


Ribuan ibu bapa dan keluarga, memenuhi tmpat duduk sementara menunggu majlis bermula... Bila melihat perajurit masuk ke padang... ramai yang terasa perasaan sebak...setiap inci dalam hati seorang ibu pastinya rasa yang sama seperti yg bermain dihati bonda... tak tahulah bagaimana rasa ini.... seperti sangat2 terusik melihat semuanya berpanas dalam terik mentari.... Benarlah hanya kekentalan semangat dapat menjalani semua ini dengan berjaya. Bonda bangga dengan Asyraf, Amer dan Ikmal...
Saat yang dinantikan sampai jua.... bersalam dan menggenggam jejarimu.. terasa gugur segala beban rasa dihati bonda... melihat warna kulitmu yg terbakar dik  panahan mentari jua latihan yang keras.. hati rasa hiba dan bangga.... Asyraf telah berjaya membuktikannya, anak tunggal yang manja sepertimu mampu melakukannya.... begitu jua Amer dan Ikmal putera tunggal dalam keluarga....hari ini bila melihat Asyraf, Amer dan Ikmal dapat bergambar bersama...bonda rasa bersyukur pada ILAHI...  ALHAMDULILLAH.syukur YA ALLAH... 
 Hari ini bonda iringkan DOA dan AL-Fatihah buat mengiringi perjuangan dan cita2mu...
 ~~~~~~~~~~AMER~~~~~~~~~IKMAL~~~~~~~~ASYRAF~~~~~~~
                                        KAMULAH PUTERA DIHATI BONDA



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers