Sunday 16 June 2013

~~* SUBHANALLAH *~~

Membaca keratan akhbar hari ini amat memilukan.... namun disebalik kepiluan itu terlahir rasa betapa bertuahnya insan mulia ini.... Kematiannya penuh dengn tanda2 kebesaran ILAHI ... 
ALLAHU AKBAR.. Terasa seperti Jannah ALLAH itu sudah terbuka luas menanti kepulanganmu ...
SUBHANALLAH... 


**Otak Jenazah Pelajar Tahfiz 'Segar' Seperti Hidup**


Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat Aiman Nurhakim Yahya...


إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة



سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ *اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ

*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ *إٌهْدِنَا


الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ 



~~* SYURGA-SYURGA ALLAH *~~

~~* SYURGA-SYURGA ALLAH *~~

1. SYURGA FIRDAUS

2. SYURGA ’ADN

3. SYURGA NAIM

4. SYURGA MA’WA

5. SYURGA DARUSSALAM

6. SYURGA DARUL MUQAMAH

7. SYURGA AL-MAQAMUL AMIN

8. SYURGA KHULDI


Keterangan:

1. SYURGA FIRDAUS: Syurga yang diciptakan dari emas merah dan diperuntukan bagi

orang yang khusyuk dalam solatnya, menjauhkan diri dari perbuataan sia-sia, aktif menunaikan zakat, menjaga kemaluannya, memelihara amanah, menepati janji, dan sentiasa memelihara solatnya.

2. SYURGA ‘ADN:  Syurga yang diciptakan dari intan putih dan diperuntukkan bagi orang yang bertakwa kepada ALLAH (An Nahl:30-31), benar-benar beriman dan beramal soleh (Thaha:75-76), banyak berbuat baik (Fathir: 32-33), sabar, menginfaqkan hartanya dan membalas kejahatan dengan kebaikan (Ar-Ra’ad:22-23 )

3. SYURGA NAIM:  Syurga yang diciptakan dari perak putih dan diperuntukkan bagi orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada ALLAH dan beramal soleh. Al Qalam: 34

4. SYURGA MA’WA:  Syurga yang diciptakan dari jamrud hijau dan diperuntukan bagi orang- orang yang bertakwa kepada ALLAH (An Najm: 15), beramal soleh (As Sajdah: 19), serta takut kepada kebesaran ALLAH dan menahan hawa nafsu (An Naziat : 40-41)

5. SYURGA DARUSSALAM:  Syurga yang diciptakan dari yakut merah dan diperuntukkan bagi orang yang kuat imannya dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat ALLAH serta beramal soleh.

6. SYURGA DARUL MUQAMAH:  Syurga yang diciptakan dari permata putih dan diperuntukkan bagi orang yang bersyukur kepada ALLAH. Kata Darul Muaqaamah berarti suatu tempat tinggal dimana di dalamnya orang-orang tidak pernah merasa lelah dan tidak merasa lesu. Tempat ini diperuntukkan kepada orang-orang yang bersyukur sebagaimana yg disebutkan di dalam surat Faathir ayat 35.

7. SYURGA AL-MAQAMUL AMIN:  Syurga yang diciptakan dari permata putih. Kata Al-Maqamul Amin menurut Dr M Taquid-Din dan Dr M Khan berarti tempat yang akan diperuntukkan bagi orang-orang yang bertakwa.

8. SYURGA KHULDI:  Syurga yang diciptakan dari marjan merah dan kuning diperuntukkan bagi orang yang taat menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangannya (orang-orang yang bertakwa).

SUBHANALLAH...
Semoga kita dari kalangan hambaNYA yang terpilih untuk menghuni antara lapan syurga dari yang di atas...
Aamiin ya ALLAH.. YA ROBBAL Aalamiin...

Thursday 6 June 2013

Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba ALLAH Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Bermuhasabah Diri, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :


“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Wednesday 22 May 2013

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH ...


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:  Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:  

Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.  Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.   Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.  Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.



SUKA DIINGATKAN


BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Monday 20 May 2013

~* WASIAT RASULULLAH saw *~

Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali...

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:


1) Jujur dalam berkata-kata.


2) Menjauhi segala yang haram.


3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:


1) Merahsiakan ibadahnya


2) Merahsiakan sedekahnya.


3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.



Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:


1) Takut berlaku dusta dan keji.


2) Menjauhi kejahatan.


3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:


1) Mengawasi dirinya.


2) Menghisab dirinya.


3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.



Saturday 4 May 2013



~~♥ ..ADA KETIKANYA.. ♥~~




Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuatkan kita dalam keadaan teruji



Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuatkan kita terkeliru



Ada ketikanya insan yang kita sayang
Selalu membuatkan kita terluka



Ada ketikanya insan yang kita sayang
Semakin membuatkan kita terkilan



Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuat rasa sabar kita kian menipis



Ada ketikanya insan yang kita sayang
Mengguris hati kita hingga menitis airmata



Ada ketikanya insan yang kita sayang
kadang buat sayang kita makin hilang



Namun kita tetap menyayangi dia..???
Benar bukan?
.....kerana APA??
Kerana kita terima dia seadanya..


alangkah indahnya andai dia mengerti perasaan kita.. ♥♥♥

Tuesday 30 April 2013


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.

Ikhlaskanlah hatimu dalam menyampaikan dakwah ini kerana Allah. Dunia adalah pentas, akhirat jua lah tempatnya yang sebenar.


Monday 29 April 2013

**ALLAH TIDAK MELUPAKANmu...**


Seringkali kita terasa terpinggir bila hati dilanda badai kecewa yang meruntun jiwa. Kita merasa semua yang ada tidak lagi menyayangi kita. Segala keindahan walaupun tampak nyata dipandangan namun kita seolah-olah merasa semuanya persis mahu menyindir kita. Setiap detik hati berbisik...Alangkah kejamnya manusia dan dunia kepada kita....Seperti ALLAHswt juga tidak menyayangi kita... Nauzubillahi minzaliq. Semuanya seperti batu besar yang mahu menghempap kita yang tidak berdaya. Segalanya seperti tidak lagi mahu bersama kita disisi.  Waspadalah dengan segala keluhan yang keterlaluan ini. Itulah rasa yang iblis laknatullah bisikkan ditelinga kita...

Disaat rasa kesedihan melingkar diri persoalan ini sering menerjah minda....dosa apakah yang telah kita perbuat sehingga segalanya tidak lagi menyenangkan hati kita. Segala kepahitan datang menghimpit diri satu persatu. Kebahagiaan luruh seperti dedaun kering... Ketenangan menjauh seolah berada dihujung kaki langit. Keindahan alam seperti mentertawakan kita. Semuanya yang datang menerjah minda kita adalah ketidakadilan takdir untuk kita. Betapa bercelarunya fikiran kita....tidak mungkin lagi kebahagiaan menjadi milik kita .... Detik kita menjadi terlalu panjang bila derita. Putaran masa seakan terhenti seketika. Segalanya seperti mahu membiarkan kita mengharungi duka ini tanpa jalan keluarnya.

Hati kita jadi sangsi pada segalanya. Mungkin hati kita tertanya-tanya  sendirian. Kita tidak pernah menganiaya sesiapa. Kita tidak pernah berdengki khianat... namun kita dikhianati. Kita takut untuk mengadu domba, tapi kita dijauhi kerana adudomba orang yang tidak kita sangka.  Kita tidak tahu menabur fitnah segala...tapi kita difitnah dengan perkara yang tidak pernah terfikir untuk kita lakukan... kita diuji dengan rasa kebencian orang lain pada kita lalu kita disisihkan angkara hilangnya rasa sayang orang pada kita. Kita langsung tidak berbuat keburukkan yang nyata... namun dugaan besar tetap menyapa kita. Kita kehilangan sesuatu yang berharga. Kita kehilangan insan yang kita sayang setulus jiwa. Bukan mudah melepaskan insan yang kita sayang... pilu hati kita, duka jiwa kita mengusung rindu yang bukan sedikit. Inilah tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYA. Kita diuji dengan ujian hati yang bukan sedikit. Ujian KESABARAN, ujian KETABAHAN. Bukan mudah untuk redha dengan takdir Tuhan. Kita lemah... selemah-lemah iman. Tapi disinilah ALLAHswt mengangkat darjat hambaNYA. Pujuklah diri untuk tempuh ujian hati dengan berdiam diri, menyambutnya dengan terus bersyukur. Baik sangatkah diri bila langsung tidak merasa sedih??? Itulah persoalan yang melingkari hati... bermain diminda. Laa Tahzan Innallaha Ma'na... bersangka baiklah pada ILAHI. Ganjaran besar menanti pada hambaNYA yang taat dan redha. Itu janji ALLAHswt


Menangis... menangislah semahunya...
Lepaskan semua tangisan  seandainya airmata itu dapat membasuh sedikit duka dihati. Tapi airmata itu lebih mahal kiranya kita menangisi kealpaan kita pada pencipta... disaat tangan menyeka airmata, pandanglah telapak tangan kita, selalukah tangan ini menadah memohon doa?  Dimanakah DIA dimata kita bila diri sedang dilimpah bahagia ... Adakah masih meletak DIA yang maha segalanya dihati kita. Saat kita disinar ceria, sejauh mana syukur kita pada ALLAH Azza Wajjala. Bagaimana batas larangan kita redah tanpa rasa berdosa. Sahutkah kita akan seruanNYA.  belajarlah untuk ikhlas pada diri.... Andainya  kita pernah tersimpang dari jalanNYA... maka menangislah untuk dosa semalam. Tadahlah tangan, sambutlah duka dengan redha. Kita bukan siapa-siapa, dosa kita setiap masa. Menangislah sepuasnya tatkala memohon keampunan.  Tangisan hambaNYA yang berdosa dan menyesali lalu bertaubat akan mendapat tempat dan rahmat dari ILAHI... Istighfarlah...

Bersedih... bersedihlah seADAnya saja....
Segala rasa kesedihan adalah tanda kita masih berjiwa hamba. Mustahil bagi kita yang lemah ini, menyambut kedukaan tanpa rasa pahit dan sakit.  Tersenyum disaat hati dihempas duka itulah tanda kita berjaya dalam taatnya. Tapi kelemahan itulah sifat hamba yang kita punya. Sedih dan pilu akan menyerang kita setiap masa.
Disaat inilah kita akan berfikir betapa kecilnya diri dihadapan ALLAH. Pujuklah diri, DIA tetap memandang kita dengan rahmatNYA. DIA tetap menerima kita dengan belas dan sifat pemurahNYA. Kita diuji kerana sayangNYA DIA pada diri yang mungkin terleka. Bersedihlah kita andai hati kita hilang rasa keimanan. Menangislah kita andai diri kita mati rasa ketaqwaan padaNYA. Anggaplah ujian yang menyapa ini sebahagian kifarah untuk membasuh sebahagian dosa-dosa. Ingatlah, sesuatu yang ditakdirkan untuk kita tidaklah hadir dengan sia-sia. Segalanya pasti terkandung hikmah yang besar dan ganjaran yang melimpah selagi kita redha dan bersyukur.

Apabila kita merasa kecewa,  merasa terpinggir, menanggung beban dosa dan sebagainya, marilah kita belajar untuk bermuhasabah diri dengan mengingati dan kembali kepada ALLAH swt. Tidak akan rugi hamba yang mengadu dan menangis kepadaNYA ....

INGATLAH betapa.

ALLAHswt tidak melupakan hamba-hambaNYA selagi kita tidak melupakanNYA.


مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu.
 

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ

Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.


وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى

Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-NYA kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas lagi redha. 

Surah ad Dhuha 3-5

Wednesday 17 April 2013

RAHSIA KETENANGAN HATI


♥•♥•♥ Mengapa Hidup Tidak Tenang? ♥•♥•♥

Menurut Ustaz Zahazan, ada empat perkara membuat hidup menjadi sukar dan tertekan. Empat perkara itu adalah:

Pertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.

Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: “Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta.” (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).

Kedua: Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

Ketiga: Bersikap iri hati, dendam dan dengki

memmpunyai sikap iri hati sesama manusia serta muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.”

Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.”

Keempat: Berpaling daripada mengingati Allah.

Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.”

Demikian empat perkara disebut ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu, Insya-Allah hidup akan tenang. Wallahua’lam.



Friday 12 April 2013

MUHASABAH DIRI & HATI

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,

setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Doa Nabi Yunus a.s :

"Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim."
Surah al-Anbiya' (21) di dalam ayat ke 87.

Wednesday 10 April 2013

MUHASABAH DIRI & HATI

Pernahkah kita fikirkan berapa banyak nikmat kurniaan ALLAH yang luput dari rasa syukur kita termasuk waktu yang berlalu dengan begitu saja tanpa kita lalui dengan penuh makna dan ikhtiar untuk lebih dekat denganNYA

Selalu benar terdengar orang mendengus...**bosan, tak ada kerja nak buat**...betapa SOMBONGnya kita yang bersifat hamba ini bila selalu merungut kebosanan sedangkan waktu yang terluang ini datang dengan izinNYA. Bersyukurlah, kita diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk memegang AL-Quran dengan selesa..Justru bacalah dengan nama TuhanMU... rawatlah hati kita dengan amalan zikrullah...

Bila merasa tak memiliki apa-apa maka fiikirkanlah lagi betapa kita masih kaya raya, diberi nikmat akal dan kesihatan dengan percuma atas izinNYA jua. .. fikirkan berharganya waktu yang diberikan ALLAHswt bagi kita untuk memperbaiki diri dan menghabiskannya dengan orang-orang yang kita kasihi tanpa rungutan. Tiada kesempurnaan dalam kehidupan, sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik ALLAH.

Berhentilah sejenak untuk kita merenung masa kita yang tertinggal dan berbaki, hutang kita pada ILAHI. Syukurlah pada ALLAH atas kehidupan yang kita lalui ini dan INGATlah jua akan kematian yang semakin menghampiri kita. Belajarlah untuk senantiasa bersyukur atas segala ketetapan-NYA ... itulah salah satu jalan menuju redha ILAHI.

Sunday 7 April 2013

Sering ALLAHswt mengingatkan kita dengan teguran2 kecil yang DIA timpakan.

Sering ALLAHswt memberi berbagai kesempatan kepada kita untuk memperbaiki diri.. 

Namun fitrah kita lebih sering menunda dan mengabaikan berbagai kesempatan yang ALLAHswt tawarkan. 

Maka sering juga menganggap kecil peringatan yang diberikan,

berharap masih ada waktu sedangkan MATI itu datang tanpa diberitahu...

Justru, bersegeralah dalam kebaikan, peliharalah hatimu dari lena yang panjang... 

Pekalah terhadap kesempatan dan peringatan yang telah diberikan olehNYA

Thursday 4 April 2013

REZEKI YA REZEKI

Kadang-kadang  seperti bermimpi...lain yg dirancang, lain yang jadi.  Tak pernah menduga kepergian Asyraf untuk bertugas di Lahad Datu Sabah telah membuka hati seorang sahabat yang istimewa untuk bertemu mama... Selama ini mengenalinya dari jauh.. Alhamdulillah, syukur dengan segala rahmatNYA, mengizinkan pertemuan  ini. 16hb March 2013... HAJJAH NORIYAH ITHNIN ..terimaksih menguatkan semangat ini.... terimaksih sudi mengeratkan lagi silatulrahim ini.. Semoga kasih sayang yang dibina akan subur bersama restuNYA. 


.Bila cuti sekolah bermula, yang pertama bermain dijiwa....WAWA. 

Nak dihantar balik kampung atau tidak. Terus menahan Wawa disini bererti menjarakkan hubungan dua beranak, akan semakin rengganglah  hubungan Wawa dan ayah, apalagi Umi...yang hampir melupakan.... memaksa Wawa balik kerumah Wan dan Tok, mama tau Wawa tak happy. Tapi mama tak boleh tamak.  Mama cuma memegang amanah ALLAH... bahagia sekejap pun sudah cukup memadai.

Khamis 21/3/2013... selepas maghrib bertolak ke kampung. Hampir 10mlm baru sampai dan terus hantar Wawa kerumah Wan dan Tok.  Nanti hujung minggu ayah hantar Wawa balik.  Pagi2 mama dan abah ke Matrik menjemput Ain. Bercadang nak bawa mak keluar bersarapan...tapi tak jadi memandangkan Ain bertiga.  Lepas sarapan ke Jitra mnghantar Ain membeli barang2 untuk jualan bagi projek Minggu Keusahawanan Siswa di Metrikulasi Changlun pagi Sabtu.  Seharian dan hampir kemaghrib baru dapat menghantar  Ain dan kawan2 balik ke Kolej...

Sepanjang hari Sabtu bersama mak hingga kemalam... dapat merasakan mak berat nak lepaskan anaknya ini . Dapat merasa hati mak sunyi berjauhan dengan anak2.  Tapi dalam kesunyian mak tetap berkeras nak bersendirian dirumah pusaka. Tak mahu tinggalkan rumah yang penuh kenangan indah bersama ayah.  Mak tak betah duduk bersama anak-anak... Aduhaiii laa MAK... sukarnya nak pujuk hati mak.. Anak-anak bimbangkan mak...terkadang bukan selalu boleh balik menjengok mak. Semoga ALLAHswt  lembutkan hati mak... itulah doa kami anak-anak MAK...





Tak disangka ...tetiba abah pula terpaksa out station selama 4 hari ke Port Dickson. Abah berkeras nak mama ikut dan temankan abah kali ini. Bermacam alasan dah bagi, tapi abah tetap nak juga mama ikut kali ini... akhirnya mama mengalah....hmmmm inilah rezeki... tetiba dapat berehat dan bersantai...



senyum abah... bila dapat bercuti berdua...

bilik penginapan mengadap kepantai sungguh mendamaikan.... SubhanaALLAH, indahnya alam ciptaan yang ESA



bersendirian bila abah ada tugasan.... Al-Quran kecil dari MEKAH hadiah dari IBU JAMILAH sentiasa menjadi peneman... Terasa ketenangan yang sukar dilafazkan...




Selesai tugasan abah... menanti satu pertemuan... INA, USTAZ  dan SYAZWAN serta baby NANA..
Anugerah untuk mama... rezeki kasih sayang kita... rezeki paling indah ...kebahagiaan yang sukar diucap dengan perkataan.. Sayangnya masa mencemburui kita...
..


beratnya melepaskan saat-saat indah bersamu INA...
INA..jauh kita dipandangan mata
Dalam DOA bertaut rasa...
kasih sayang ini biar bersatu hingga ke JannahNYA... Insya ALLAH.

balik ke Sg Petani...rombongan dari Sebuyau Sarawak menanti...kemeriahan dan kesibukkan bagai bertali arus....dalam kepenatan, teratak mama/abah bersedia menerima tetamu dari jauh....itulah namanya jodoh, biar jauh tetap bersatu bila ada keizinan dari ILAHI... selamat pengantin baru buat AFIFF NAZMI dan DAYANG NORLIZA. semoga bahagia hingga kesyurga...


Apapun hati kecil mama tak pernah melupakan tarikh 28hb March...sesungguhnya dalam ingatan mama nama dan dirimu takkan pernah padam.... dalam rindu yang tak pernah lekang.... SITI NURUL ASFARINAWATI... tahun ini tiada lagi sambutan ulangtahun buatmu.... tiada lagi msg dari mu meminta sesuatu tanda hati dari mama.... tahun ini mama cuma mampu mengenangmu dalam lafaz  

إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ... 


hati mama saat ini menanggung rindu yang bukan sedikit...rindu msg dan panggilanmu.. rindu rajukmu.. rindu kunjunganmu dan rindu pelukkan serta ciuman sayangmu...biar tak pernah mama ucapkan pada sesiapa..namun getus hati mama hanya DIA yang tahu.... CT ...moga rohmu damai bersama para solehin...

Wednesday 13 March 2013

~~* Bila doa itu dimakbulkan *~~

Laa Tahzan.... Laa Tahzan...
Laa Tahzan InnALLAHa ma'na

Bukan mudah mahu memujuk hati saat ini.. Tapi saat ini mamalah insan paling bertuah 

bila doa yang bertahun telah ALLAH angkat dan makbulkan.
Yaa Rahman
Yaa Rahiim
Yaa Razaq
Yaa Raqiib
Yaa Syahid

Yaa Dzal Jalaliwal Ikram...

Alhamdulillah atas segala kurniaan rahmatmu pada kami.  Saat menerima pesanan dan panggilan dari Asyraf, yang berkemungkinan  akan ke Sabah, hati mama berdebar kencang. Segala yang dipegang terasa tidak kena. Serba serbi menjadi tidak keruan. Apalagi sesudah tujuh orang anggota keselamatan telah gugur dimedan juang. dan awal pagi Selasa 12hb March dua orang lagi gugur, kali ini anggota dari pihak tentera ... Buat semuanya yang pergi 


إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ
Mata mama dan abah berkaca tiap masa. Rasanya mahu terus bersujud ...bersujud dan bersujud. Tak mahu tinggalkan sejadah. Murahnya airmata mama. Dalam berbangga, hati cuak ...patutkah mama berfikir yang bukan2 sedangkan segalanya ditangan TUHAN... DIA ALLAH yang punya segala zat...Saat Asyraf bergurau ditelefon...mama, ini betul2 kejadian, bukan cobaan...anak mama nak pergi berperang...Mama menampar2 pipi. Mimpi kah mama...YA ALLAH, ENGKAU lebih mengetahui apa yang tidak kami ketahui. Asyraf terpilih untuk menabur bakti demi mempertahankan kesucian agama, bangsa dan kedaulatan negara... Tak terasa ada air jernih basah dipipi.

Akhirnya, selepas Asyraf berada dibumi Sabah, barulah datang ketenangan tiba-tiba. Rupanya inilah DOA mama yang telah ALLAH makbulkan. Suatu masa dulu disaat seorang anak muda bernama Asyraf menang dalam progam *IMAM MUDA*... namanya menjadi fenomena luar biasa... IMAM Muda ASYRAF. Mama juga menggantung impian, memintal doa... bahagianya ada anak yang selalu didoakan yang baik-baik oleh orang ramai...Mama tak pernah berputus asa, sentiasa mengharapkan, anak mama yang bernama ASYRAF MUZAMMIL ini akan juga didoakan selalu oleh orang ramai suatu hari nanti. Rupanya inilah doa mama yang sedang ALLAH swt angkat dan makbulkan . ALLAHU AKBAR.
Inilah doa seorang IBU yang telah dimakbulkan biarpun nyawamu jadi taruhan. Mama yakin perancangan ALLAH sangat INDAH untuk mama dan abah nikmati hari ini... bahagia hati seorang ibu bila anaknya didoakan setiap detik oleh seluruh rakyat Malaysia... Kamu anak yang baik, kamu berhak mendapat doa yang mahal ini...ALHAMDULILLAH, syukur atas nikmatmu yang tak terperi ini. Mama redha dengan segala pemberian ALLAH... Bertuahnya mama dan abah. Semoga DIA yang memilih, DIA juga yang akan melindungimu...  doa mama juga tidak pernah putus. Saat dirimu tak dapat kupegang, kudakap hatimu bersama doa    
.الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ




Tuesday 12 March 2013

Warkah Dari Wiyah

Segalanya cukup menyentuh rasa... keikhlasan bukan untuk dicerita kerana kita tak pernah kenal ikhlas yang sebenar-benarnya. Tapi kegembiraan, itulah yang paling benar. Bila kita bahagia, kita tak akan dapat menyembunyikan. Inilah warkah dari Wiyah yang membuat hati keibuanku tersentuh.. ALHAMDULILLAH, DIA maha pengasih yang memakbulkan segala keinginan hambaNYA... Pertemuan itu sungguh INDAH...
kasih sayang kita biar sampai ke JannahNYA... InsyaALLAH Aamiin Ya ALLAH....





Kenangan Manis Bersama Bondaku Tersayaaaang...

by Nur Hidayah Wiyah (Notes) on Wednesday, 6 March 2013 at 13:11
Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt buat bonda ku tersayang, semoga diri bonda serta keluarga bonda sentiasa sehat dan dilindungi Allah S.W.T selalu... InsyaAllah, Amen...

Bonda, Nukilan ini wiyah hasilkan khas untuk bonda... tanda ingatan tulus dan kasih syg ini benar2 lahir dr anakandamu yg serba kekurangan namun di terimamu dgn hati yg terbuka... pd tarikh 16 feb 2013 hari sabtu jam lebih kurang 10 pg diri ini sudah bersiap2 mahu bertemu dgn mu wahai bondaku... ternyata apa yg dirancang sudah hampir tercapai, jam lebih kurang pukul 6ptg bonda dgn penuh sabar dn ikhlas menunggu wiyah d perhentian bus sungai petani... masa tue hanya Allah S.W.T jer yg tahu betapa gembiranya hati ini... 1 tahun yg lepas pernah bertemu dlm masa yg sgt singkat tp manis sgt2 dn kini bertemu kembali dn kenangan yg xdpt wiyah nk lupakn smpai bila2 pn... 

Sampai jer d rumah bonda rasa teruja sgt2, kemas, cantik dan rapi... di sekeliling dinding ada hiasan hasil tgn kreatif bonda... (dalam hati berkata2 Subhannallah, Allah memberi bonda segalanya, apa yg org x ada bonda ada, bonda mmg terbaik!!!) ada di satu sudut tue mata wiyah betul2 tertarik dgn 1 hiasan yg sungguh romantis antara bonda dn abah... unik dn begitu menarik mata sape sja yg memandang... Banner bonda dn abah di dapur yg tergantung tue heeee bonda nmpk sweet dn muda sgt2 cun kalah ank dara, heeee wiyah smpai x kenal ingat kn ank dara spe laaa? heeeeeeeeeeee... 


selepas itu tgok2 atas meja bonda dah pn siap kan bubur cha-cha... heeeee bonda mmg suka dan pandai masak... bubur bonda sedap tp wiyah nie pemalu sikit, rasa mcm nk makan jer 1 periuk tue tp malu punya pasal cover jap heeee... ^_^ dah mkn bubur mkn nasi lg byk nya bonda msk... rasa mcm diri nie betul2 disayangi... bahagia sgt2....hari ke 2 pn bonda siapkn makanan yg sgt special, humaira plak aduhhhhhhhhhhhhhhhh!!! aktif sgt2... mujur humaira bg jatuh cawan xpecah... dalam hati punya la doa jgn bg pecah takut sgt2 pecah, geram sgt2 dgn humaira yg aktif nie heeee... wiyah takut brg dlm rumah bonda diusik atau di pecahkn humaira jenuh la tahan takut sgt2 humaira sepahkan... Minta maaf yer bonda sbb xdpt nk tolong bonda buat apa2 di dapur... 

pd petangnya plak bonda dan abah hantar wiyah ke rumah sepupu wiyah di alor star, ingatkan dekat jer dr rumah bonda tp rupa2nya Allahurobbi... jauh jugak... kesian abah balik keje terus hantar wiyah, terima kasih Allah kerna berikan 2 insan yg terbaik dlm hidupku... 

esoknya cadang nak balik tp baju plak basah lg ingat nk duduk sehari jer tue yg bwa baju sehelai 2... heeee... byk juga benda yg wiyah blajar dr bonda, bonda x pernah berputus asa dlm hidup, wiyah kagum ada bonda yg kuat dan cekal serta sabar dgn setiap macam dugaan yg dtg... bonda, wiyah pernah buat salah dgn bonda, penah menitiskan air mata bonda, msa kt rumah bonda tue rasa nk minta ampun dan maaf terus dari bonda, tp hati belum kuat... EGOnya masa tue... hati nk sgt2 peluk dn duduk d kaki bonda rasa nk nagis dn minta keampunan dr bonda... nak ganti balik air mata bonda yg dah mengalir untuk wiyah, tp semua tue x boleh d ganti.... maafkan anakandamu skali lg wahai bondaku... :'( (masa nie teringat saat mula2 kenal dalam fesbuk...)

19 hb 2013 saat untuk berpisah dgn bonda semakin dekat... hati nie rasa berat sgt2 nk berpisah dgn bonda... rasa mcm sesuatu menghalang... yer KASIH SAYANG yg baru di semai, rasa mcm dh lama... bonda.... dirimu begitu bernilai bg semua insan yg bergelar ANAK... sifat santunmu dn kesabaran mu yg menambat hati semua org dn membuatkan semua org sayang pd BONDA... :) SEMOGA DIRIMU SENTIASA DISAYANGI SEMUA MAKHLUK ALLAH...

Byk cenderahati yg diberi bonda pd wiyah... baju, tudung untuk ank2 dn sedikit buah tgn.... TERIMA KASIH BONDA... dan x lupa juga sampul warna merah(isinya bonda wiyah dn Allah jer yg tahu heee..) sumbangan untuk ke mesir... InsyaAllah smpai sna wiyah x kn lupakan bonda... dan yg paling berharga dn paling wiyah syg... SENASKAH YASIN... syukran bonda... dn maaf juga xdpt nk ambil dgn tgn wiyah sendiri sbb errrrr fhm2 jer la yer bonda heeee :D

Jam lebih kurang 11 pg abah balik dn ambil untuk hantar wiyah ke perhentian bus... masa tue betul, hanya Allah yg tahu dlm hati nie rasa mcm nk bwa balik bonda skali heeeee, wiyah nak jer peluk bonda x nk lepas, sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangnya pd bonda tak boleh nk di buat2 atau di ucap pn x boleh... xtahu lah knapa Allah tue beri perasaan mcm nie pd wiyah... Allah adil kn bonda, setiap yg baik pasti semua syg... yg baik d balas baik... wiyah syg bonda... :')

Semoga pertemuan kita bukan hanya setakat disini... semoga kasih sayang ini sentiasa dlm redha-Nya... InsyaAllah... Amen... Doa wiyah sentiasa bersama bonda ALWAYS... I LUV U N I MISS U bondaku Rahida Ghazali... bonda lah yg terbaik di dunia... (Y)

Wassalam.......

Hasil Nukilan : Nur Hidayah Wiyah



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers