Saturday 31 December 2011

~~#~YaNg DiNaNTi Dh PuLaNg~#~~


Cepatnya masa berlalu.. dalam debar menunggu..sedar2 dah seminggu putera bonda kembali ke PD...
Lamanya nak tunggu Asyraf dn Amir balik bercuti lagi... dan disaat ini bonda mula mengira-ngira helaian waktu... 
betullah... terlalu lambat masa berjalan bagi mereka yg menunggu... dan disaat Asyraf dn Amir balik bercuti rasanya seperti terlalu cepat putaran jam... siapalah yg boleh membaca gerak rasa bonda......memujuk rindu dendam bonda pd kamu berdua... seperti ternampak-nampak raut wajah kamu bercerita pengalaman sukar yg terpaksa ditempuhi... aduhai HATI IBU...

Saat ini.. hati bonda benar2 teringatkan kamu berdua... kesedihan raut wajahmu  disaat melangkah kaki meninggalkan bumi SP... bonda tk pasti apa yg ada dihatimu.. yg pastinya bonda nampak jelas matamu berkaca..
masih terasa kuatnya jejarimu menggenggam erat jari-jari bonda.... yang bonda tahu... fikiran bonda kosong saat bonda melepaskan pandangan pada lirik matamu... seperti kosongnya hidup bonda tanpamu...Saat ini sayunya bila melihat kamarmu yg kosong... . rasanya seperti tak terdaya melawan kuatnya resah rindu yg tiba-tiba menyerang kamar hati bonda...  ALLAHU AKBAR..


... 

Sunday 18 December 2011

~~#~Bila ALLAHswt datangkan MuSiBaH~#~~


by RAHIDA GHAZALIi on Monday, December 19, 2011 at 9:29am
Menyuruh orang lain untuk bersabar dengan musibah adalah mudah, namun apabila ujian dan dugaan jatuh terpikul di bahu kita sendiri, hakikatnya ia sungguh payah untuk dilalui.Sebagai hamba ALLAHswt, kita sememangnya tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang terkadang meremuk-redamkan hati kita dengan rasa kekecewaan dan kesedihan yang berpanjangan. Sebagai manusia biasa kita berhak untuk merasa sedih dan kecewa. Lain orang lain cara menanganinya. Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan airmata yang mencurah, ada yang melawan rasa gundah dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati, meskipun bibirnya tersenyum lebar. Apapun kita, siapapun kita, kita sebenarnya hanya hamba yang tidak berhak untuk mempertikaikan segala  dugaan yang singgah menyapa perjalanan hidup kita. Berbaiksangkalah pada MAHA PENCIPTA, yakni ALLAHSWT.

Menangis dan sedih bukanlah beerti kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan. Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNYA  yang lemah dan kerdil. Sesekali menangis, jiwa kita dididik untuk merasa  betapa indahnya rasa sabar, pasrah dan redha... percayalah..bukan ALLAHswt  tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih, tetapi DIA  mahu kita rapat padaNYA, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak lembut untuk beribadat dan bermohon kepadaNYA. SubhanALLAH!

Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, ingatlah kita masih ada sesuatu yang lebih mahal harganya yakni DOA maka banyakanlah berdoa... DOA itu senjata orang mukmin.Tanamkan..suburkanlah sebanyak-banyak  keyakinan dalam diri betapa perancangan dari ALLAHswt adalah yang terbaik untuk kita hambaNYA. Bila kita bersabar kita akan merasa 'sedikit sakit' namun bila kita bersyukur maka kita akan berlapang dada.. Anggaplah dugaan yang datang sebagai kifarah dan pembasuh untuk dosa-dosa kita yang sengaja atau tidak disengajakan. Andainya dugaan yang hadir tanpa kesilapan dari kita ingatlah ALLAswt sedang mengangkat darjat keSABARan dan keIMANan untuk kita. Sedikit musibah yang singgah dalam kehidupan kita adalah tanda kasih sayang ALLAHswt pada kita...percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNYA sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai. Yakinlah dengan qada' dan qadarnya... Kasih sayang dan hidayah ALLAHswt hadir dalam pelbagai cara..  

Yakinlah, ALLAHswt tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.


Wednesday 7 December 2011

~~#~PERASaaN~#~~


..
~~~~Melepasi satu angka usia yg semakin dewasa menjadikan diri semakin pasrah dengan segala ketentuan yg telah ditakdirkan...  Bukan mudah dalam merelakan.. hati seperti tidak mahu melepaskan...  melayan cerita semalam yang semakin jauh kebelakang menjadikan kita terhukum dengan beban yang bukan kepalang..


~~~~Beratnya kenangan ini untuk digalas...mahu dibuang terasa sayang... Betapapun sakit, disini masih ada harapan yang belum pudar. Dakilah walaupun kaki terasa penat... Ayuh hati... bantulah diri tuanmu. Jangan biarkan diri lesu, semangat yang secubit masih boleh menyedapkan harapan. Kalaulah hilang, boleh dicari.. maka carilah... selagi daya..Semalam yang hadir dengan airmata.... hari ini lepaskan perlahan dengan doa...


~~~~

Tuesday 6 December 2011

~~~#~~KATAKANLAH~~#~~~

katakanlah
yang berhati biru itu adalah aku
bersimpuh menyambut cintamu nan ungu
maka tanamilah benih-benih setia
buangkan tajamnya duri-duri kata dusta

katakanlah
angin salju yang merembas tubuhmu
adalah sesejuk kasihku padamu
maka telah kusediakan selimut mesra
membalut litup ruang dadamu
jua telah kuhamparkan ranjang tidurmu 
dengan sejadah setia yang menyala
justru .. ertikanlah 
maksud sayangku..

katakanlah 
orang berkias dan bermadah indah
kasih ibu membawa kesyurga
maka kasihmesraku sampai bebila
dan kini
laut kasih yang aku renangi
menemukan aku pelangi indah
lalu dengarkanlah,
aku enggan keluar dari kemesraan
               yang kita pagut........
meski buih tipis yang aku titi
tiada gentar melanda hati
kemesraan dan setia yang kita dambakan
mengikat kukuh tali kasihku
menghapus soal didalam diri

unggulkah dikau menyimpan cintaku...


Friday 2 December 2011

~~~#~~ TaRiKh KeRaMaT - 3 Disember ~~#~~~

Pertamanya.. syukur Alhamdulillah... diberi kesempatan untuk memegang status isteri kepada seorang lelaki bernama ABDUL MUTALIB YAHYA... lelaki yg terbaik dimana telah pun ALLAHswt rezekikan buatku...syukur Ya ALLAH... CINTA dan KESETIAANmu yg  tak pernah berubah dari hari pertama aku brgelar tunangmu hinggalah kesaat ini.. Segala kebahagiaan yg kita nikmati hari ini adalah sebahagian dari DOA kita yg telah ALLAH swt makbulkan.


Abang... biarpun jalan cerita kita tidaklah semuanya indah namun berkat ketabahan ... kita berjaya jua menempuh semua duri ranjau dikiri kanan sepanjang perjalanan ini. Bukan sedikit airmata yg tumpah dalam merelakan  segala yg terjadi.. Jatuh bangun kita dalam umpat dan fitnah manusia yang tidak mengerti apa-apa ...Kata cemuhan dan ejekkan seperti satu santapan telinga buat kita.. Aduhai insan...teganya kalian... Abang, sesungguhnya kita telah pun lama memaafkan mereka...semoga ini pahala percuma buat kita ya abang...


Kehadiran anak-anak yg ALLAH izinkan buat  menemani kita adalah harga yg tidak trnilai dengan perkataan.
Meskipun saat ini kita terpaksa kembali untuk hidup berdua.. namun kita masih boleh tersenyum bahagia dengan segala yg ALLAH takdirkan.. Jauh disudut hati ... rasa bahagia masih menebal ... rasa syukur masih membuak..  Diri ini tidak lagi mahu menganyam impian yang bukan-bukan selain merelakan segalanya yang telah disuratkan.. 


Abang... maafkan diri ini yang selalu mengharapkan kebaikkanmu berpanjangan. Terkadang diri ini terlupa, kesempurnaan itu hanya milik TUHAN...ALLAH swt.  Dalam serba kekurangan isterimu ini sentiasa belajar untuk membahagiakan kehidupanmu... untuk selalu menjadikan abang TETAMU ISTIMEWA yg semestinya akan dilayan sehabis baik.... namun dalam usaha kecil ini ..selalu benar diri ini terleka.. kekurangan hadir dimana-mana... dalam sedar dan tidak.. maafkan diri ini ya abang...


Sepanjang  hidup bersama, tidak pernah kuharap emas menyalut badan... yg diimpikan cuma kasih sayangmu yg melimpah ruah.  Tidak kuminta harta untuk diwarisi, yang didambakan hanya ketakwaan kepada  ALLAH swt yg semakin bercambah. Bukan kupinta untuk dihormati, yg diinginkan adalah untuk dihargai... Bila melihat ada sebahagian sahabat yang terkandas diperjalanan, hati kecil ini terusik... betapa kita yg serba kekurangan ini masih bisa mempertahankan ikatan meskipun badai yg datang diluar jangkaan...dalam  lautan dugaan kita renangi bersama dengan sekeping papan bernama kesetiaan.. 


Abang.. dengarkan ini  


Amat sukar meneluskan diri 
dalam lubang jarum bahagia
... mari kujahit bajumu abang
meski benang kehidupanku sendiri
reput dan pandak...


Disini, kupintal azam 
untuk terus bernyanyi 
walau dalam duka nestapa...


nanti akan kukalungkan
kebahagiaan ini dilehermu
bila doamu menjadi kabul 
oleh ketaatanku...


Abang.. semoga ulangtahun kita hari ini untuk yang ke25 tahun... cinta yg tertanam dihati kita akan terus subur disirami kasih sayang...biarpun disaat ini kita sama-sama mengumpul rindu yang bukan sedikit pada anak-anak namun biarlah kekosongan ini kita isikan dngn bertandang kerumah ALLAH... Biar kita mengadu sedih dan rindu padaNYA.. 


Abang untuk yang kesekian kalinya.. semoga mahligai ini akan terus kukuh kita pertahankan.. YA ROBB, satukanlah hati kami sebagaimana kau satukan hati kaum Muhajirin dn Ansar...Aamiin Ya Robbal Aalamiin... 

Thursday 1 December 2011

~~~#~~30hb.November 2011~~#~~~






----> 30hb. November Specials...
TING tong..ting tong... trkejut bunyi loceng.. tekan remote .. gate terbuka.. bila pintu dibuka....
. ada insan istimewa memberi salam  
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terkedu.. terperanjat... yg banyaknya perasaan Terharu saye~~~~

الله أَكْبَر)

...

  الله أَكْبَر

 الله أَكْبَر )

 

.. rupanya anak yg mama hormati dn syangi  AIZEELA ISHAK datang dngn beg ditangan.. Ucapan Selamat Ulang Tahun ..dan Ciuman dipipi mama.. betul2 buat mama trgamam.. k.long .. Terima Kasih yang tidak trhingga atas ingatanmu untuk mama IDA.. BIRTHDAY KEK dr k.long ptg tdi.. sngt2 mama hargai... semoga ALLAH memberkatimu sayang..
...

sampai saat ini RAHIDA GHAZALI tk pernah melupakan kenangan trindah dr Sahabat di Lorong 8/2, Taman Arked Sungai Petani yg buat kejutan di Cameron Highlands dulu.. Nyanyian ALLAH slmtkan kamu dn "Happy Birthday" dn sebiji kek..betul2 memeranjatkan DIRI ini.... Ayahanda ISHAK dan IBU JAMILAH.... sampai keujung usia budi dn pengobananmu tk kan terbalas.. Hanya doa yg tidak pernah putus untk kedua2 insan yg trlalu baik ini...
~~Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki oleh ALLAHswt~~ SEMOGA BAHAGIA ... Bahagia Dunia Akhirat... INSYAALLAH.....

( الله أَكْبَر )



 ( الله أَكْبَر )

 


 ( الله أَكْبَر )

 







 




Thursday 24 November 2011

***DEMI MASA***

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
وَالْعَصْرِ (١)إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)
“Demi masa.*. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,*. Kecuali orang-orang yang beriman,
mengerjakan amal shalih, saling menasehati dengan kebenaran, dan saling menasehati dengan kesabaran.” [al-‘Ashr 1-3

Wednesday 23 November 2011

~~#~TERHARUNYA BONDA~#~~

Inilah catatan paling menyentuh hati bonda dilaman "PROUD BE MUSLIM"...
luahan hati anak2 di PBM untuk bonda..  rasa terharu sngt2...
rasa kasih sayang kurniaan ILAHI dari anak2 untuk bonda...
NUR HIDAYAH WIYAH..... NUR CHINTA E'LEEZ.....
kelembutan kamu menyimpul kasih bonda untuk terus bersamamu..


.


‎~ Ikhlas Buat Bonda Rahida Ghazali... Anakanda syg bonda... rindu dan kasihkan bonda... kasih syg bonda yg tulus dan ikhlas sampai ke syurga... i ♥ u bonda... (^_^)



 ·  ·  · about an hour ago

    • Islam Semesta ha..yg ni bru la tuk bonda..he3..^^
      about an hour ago ·  ·  2

    • Nur Hidayah Wiyah heeeee nie tuk bonda sy heeeee^^ bonda tersayang~
      about an hour ago ·  ·  3

    • Mohd Rizal utk anakanda, menantu anda, sahabat anda, x de??
      about an hour ago ·  ·  1

    • Islam Semesta ha3..a.Mohd Mohd Rizal..mcm2 la..^^
      about an hour ago ·  ·  1

    • Nur Chinta E'leez Tuk nur xda kak? Nur nk juga.. Hehe.. Mjuk kang.. ^_^
      about an hour ago via mobile ·  ·  3

    • Nur Hidayah Wiyah ekekeke~
      about an hour ago ·  ·  3

    • Mohd Rizal utk nur puisi di umpamakn matahari.. ^_^
      about an hour ago ·  ·  1

    • Nur Chinta E'leez Hehe.. Ada jer En. Rizal ne..
      about an hour ago via mobile ·  ·  2

    • Nur Hidayah Wiyah heeeee adesssssssssssss :P
      about an hour ago ·  ·  2

    • Mohd Rizal ummi sy de keje nk bwt, ummi & len2 jg group eh, assalamualaikum..
      about an hour ago ·  ·  3

    • Nur Hidayah Wiyah w'slm...
      about an hour ago ·  ·  3

    • Islam Semesta alaikumussalam..^^
      about an hour ago ·  ·  2

    • Rahida Ghazali MASYAALLAH... indahnya ucapan untk bonda yg tk ada apa2 keistimewaan lngsung.... Wiyah buat bonda trharu.. .. disaat2 bonda merindukan sesaorang... Wiyah slalu hadir... kasih bonda untuk Wiyah tk ada sempadan... melimpah ruah... semoga kasih kita hingga kesyurga meskipun tk pasti boleh ke smpai kat pintu syurga...
      about an hour ago ·  ·  3

    • Nur Hidayah Wiyah bg anakanda, bonda adalah ibu yg terbaik! anakanda syg bonda... i ♥ u bonda... bonda jauh d mata anakanda namun dekat d hati anakanda... ^_^ saaaaaaaaaaaaaayang bonda ♥ ♥ ♥
      about an hour ago ·  ·  3

    • Nur Hidayah Wiyah Insya-Allah... Amin... ♥
      about an hour ago ·  ·  2

    • Rahida Ghazali WIYAH.. mata bonda dah basah... terharu sngt2... - - ( الله أَكْبَر ) - ( الله أَكْبَر ) - ( الله أَكْبَر ) ....... ALLAH memakbulkn doa bonda... ALhamdulillah...
      about an hour ago ·  ·  3

    • Nur Chinta E'leez Alaaa.. Kak wiyah,bonda.. Nur pn mw jgk. Ee.. :(
      about an hour ago via mobile ·  ·  3

    • Islam Semesta he3..k.Nur jeles..^^
      about an hour ago · 

    • Rahida Ghazali dua-dua NUR yg dekat dihati bonda...
      about an hour ago ·  ·  3

    • Nur Hidayah Wiyah adesssss bonda jgn la cam tue wiyah xnk bonda sedey2 emmmm nur nie bonda kita bersama2 heeeeeee sy syg sgt2 bonda dan semua ahli pbm nih termasuk la awk nur.... sy syg sgt2... bonda sumber inspirasi sy... saaaaaaaaaaaaaaaaaaayang semua~
      about an hour ago ·  ·  2

    • Nur Chinta E'leez Mst la jeles.. Eee.. Kak wiyah... Mintala Bonda syg nur jgk..
      about an hour ago via mobile ·  ·  2

    • Nur Chinta E'leez Xmw kongsi2.. Xmw! Hehehe..
      about an hour ago via mobile ·  ·  2

    • Nur Hidayah Wiyah adessss nk kna cikgu nih jap nk panggil SFAM taw la nak ajar dia heeeee ^^
      about an hour ago ·  ·  1

    • Nur Chinta E'leez E kak wiyah ne.. Xmw la pgl2 dia. Mlu nur.. Bonda,tgk kak wiyah ne... SFAM tgh kje ke,apa ke tbe2 die sbut pla. Hehe..
      about an hour ago via mobile ·  ·  1

    • Nur Hidayah Wiyah heeeeee xper demi nur dia hentikan kijo heeeee adessss mapu jer~ huuhuu
      about an hour ago ·  ·  2

    • Nur Chinta E'leez Xbaik tw kak wiyah.. Nur kwn jela ngn die.. TEMAN BAIK. Hehe..
      about an hour ago via mobile ·  ·  1

    • Rahida Ghazali Nur Chinta E'leez.... BONDA saaayannnnggggg NUR... hingga kehujung usia...
      about an hour ago ·  ·  2

    • Nur Hidayah Wiyah adessss kak wiyah x kater aper2 pn heeeeee ^^ just seru jer heeeee org tua2 kata klu kita rasa apa yg org x kata itu tandanya org tue suker heeeeee kalu suker kata suker x baik taw tpu2 heeeee ^^
      about an hour ago ·  ·  3

    • Nur Chinta E'leez Mksi bondaku.. Kak wiyahlah asbab nur knl bonda. Mksi kak wiyah kusyg. Alhamdulillah ats smua nkmt kshsyg ne.. Adeh.. Kak wiyah nk sngt tw bonda lw SFAM 2 jd menantu bonda. Bonda nk x? Hahaha..
      about an hour ago via mobile ·  ·  2

    • Rahida Ghazali Bonda trima sapa2 saja jdi mnntu bonda... jnji orng beriman dn bramal soleh dn boleh mnjaga anak2 bonda yg baik2 nii... jngn lpas kawin bwa lari anak2 bonda jauh dr bonda dah laa... nnti bonda nangis rinduuu... tak mo..tak moo...
      57 minutes ago ·  ·  3

    • Nur Hidayah Wiyah heeeee xmungkin sbb dia sygkn bonda juga heeeee ^^
      55 minutes ago ·  ·  2

    • Nur Chinta E'leez Hehe... InsyaAllah bonda. Doakn nur jd solehah dlu bru blh bg bonda menantu y soleh. Bonda.. Nur syg bonda ngn kak wiyah. Lw bonda ada ngn kak wiyah dpn mata ni,hmm.. Nur peluk2 da. Hehe..
      54 minutes ago via mobile ·  ·  3

    • Nur Hidayah Wiyah heeeeee sama2...
      53 minutes ago ·  ·  3

    • Rahida Ghazali suka..suka... dpt peluk anak2 yg ada 'NUR'...
      49 minutes ago · 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers