Tuesday, 6 December 2011

~~~#~~KATAKANLAH~~#~~~

katakanlah
yang berhati biru itu adalah aku
bersimpuh menyambut cintamu nan ungu
maka tanamilah benih-benih setia
buangkan tajamnya duri-duri kata dusta

katakanlah
angin salju yang merembas tubuhmu
adalah sesejuk kasihku padamu
maka telah kusediakan selimut mesra
membalut litup ruang dadamu
jua telah kuhamparkan ranjang tidurmu 
dengan sejadah setia yang menyala
justru .. ertikanlah 
maksud sayangku..

katakanlah 
orang berkias dan bermadah indah
kasih ibu membawa kesyurga
maka kasihmesraku sampai bebila
dan kini
laut kasih yang aku renangi
menemukan aku pelangi indah
lalu dengarkanlah,
aku enggan keluar dari kemesraan
               yang kita pagut........
meski buih tipis yang aku titi
tiada gentar melanda hati
kemesraan dan setia yang kita dambakan
mengikat kukuh tali kasihku
menghapus soal didalam diri

unggulkah dikau menyimpan cintaku...


2 comments:

  1. Hajar..miss you ..lama tk on9... sayang dr bonda...

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers