Friday 25 January 2013

~~* SAMBUTAN MAULIDUR RASUL *~~


Salam Maulidur Rasul salaihisolatuwasalam

Semarak cinta Rasul Rahmat seluruh alam
Biodata Ringkas Tokoh Agung Dunia dan Akhirat,

Muhammad Rasulillah Sallallahu alaihi waalihi wasahbihi wasallam ♥

- Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M


-dikenali sebagai tahun gajah

 sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah

- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

- Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

- Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah 


(digelar Ummu Aiman. - Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab LA)

- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah

  (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah.)

- Isteri pertama: Siti Khadijah Binti Khuwailid

- Isteri Kedua: 'Aisyah Binti Abi Bakar

- Umur ketika mendapat wahyu: 40 Tahun

- Sahabat Karib: Abu Bakar (As-Siddiq)




 Salam Maulidur Rasul, MARI BERSELAWAT




sekitar perarakkan dan sambutan 

Maulidur Rasul di Taman Arked Sg. Petani



Monday 21 January 2013

~~* MUHASABAH DIRI & HATI *~~


KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, ALLAH memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN...

Hanya ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN DAN KELEBIHAN...maka,


♥ Itulah KEBAHAGIAAN ♥
 

Monday 7 January 2013

~~* TANDA-TANDA JIWA SAKIT *~~


**TANDA-TANDA JIWA SAKIT**

1) Kurang Sabar Dan Mudah Naik Angin.
Orang yang kotor jiwanya kurang sabar serta mudah melenting walaupun terhadap perkara yang kecil dan remeh temeh. Lebih teruk lagi seseorang
itu akan bersikap panas baran dan bertindak di luar kawalan sehingga boleh mendatangkan kemudaratan terhadap diri sendiri juga pada orang lain.

2) Cepat Berasa Bosan.
Seseorang yang berjiwa kotor cepat berasa bosan terhadap sesuatu perkara yang dilakukannya. Mereka ini tidak istiqamah dalam melakukan
pekerjaan atau perbuatan lebih-lebih lagi melibatkan perkara kebaikan. Apabila rasa bosan melanda seseorang menjadikan dirinya kurang sabar
dan tidak bersemangat serta bertindak meninggalkan perkara tersebut.
Hassan-al-Bana pernah berkata :"Aku paling takut pada tentera aku ialah apabila datangnya sifat bosan.

3) Resah Dan Gelisah Berada Dalam tempat Ibadat Atau Majlis Ilmu.
Menurut Imam al-Ghazali, tanda orang yang sakit jiwanya, apabila dia berada di tempat ibadat atau di dalam majlis ilmu, dirinya sentiasa resah
gelisah ibarat burung yang terkurung di dalam sangkar. Seboleh-bolehnya dia ingin cepat keluar dari tempat tersebut. Orang yang terburu-buru
keluar setelah selesai solat berjemaah tanpa sempat berdoa bersama-sama imam juga tanda dirinya dijangkiti penyakit hati.

4) Suka Kepada Perkara Keburukan.
Orang yang sakit jiwanya lebih terarah kepada perkara keburukan dan jauh dari kebaikan. Ini disebabkan dalam jiwanya diselubungi dengan sifat
-sifat mazmumah dan sering terdorong untuk melanggar peraturan dan perintah Allah s.w.t.

(Ustaz Salahuddin-Majalah al-Iman)

Tuesday 1 January 2013

* SeLaMaT JaLaN 2012 - SELAMAT DATANG 2013 *

Alhamdulillah.... itulah perkataan yang paling tepat untuk dilafazkan setelah tahun 2012 melabuhkan tirainya. Hari-hari terakhir dibulan Disember disalut rasa riang dan bahagia... biarpun ada sedikit airmata rindu yang gugur untuk seorang insan bernama anak. Namun kepulangan mengejut Asyraf dipagi Sabtu 30hb Disember 2012, membawa senyum syukur mama dan abah. 


Memandangkan mama abah ada jemputan untuk kemajlis perkahwinan sepupu mama Amalul, Asyraf setuju untuk turut sama memeriahkan majlis di Pendang. Ramai yg terkejut melihat perubahan Asyraf... Dulu Asyraf masih disekolah rendah jadi semestinya ketara sangat perbezaan fizikal Asyraf...


Sebelum pergi, mama mendapat pesanan ringkas dari sesaorang yang mahu bertemu mama untuk pertama kalinya.. Dari jauh dia datang. Rasa hati berdebar-debar. Balik dari Pendang, mama bergegas masak untuk tetamu istimewa. Tapi lain yang ditunggu lain pula yang sampai dulu... Seperti biasa kawan2 Asyraf yg menghidu kepulangan Asyraf berkunjung kerumah...




Awi, Faris, Najib, Farouq dan Shahrul... dan hampir 9.45 mlm barulah nampak tetamu yang ditunggu2 sampai... YA ALLAH, terharunya saat bersalam dan memeluk dirimu INA....


Terimakasih mama juga buat Ustaz, Junedi, Syazwan, Nuur Cahaya dan anak2 yg lain.... rasa terharu sangat2..
Walaupun segalanya yang mama sediakan cukup sederhana, tapi layanan untuk tetamu sangat istimewa dan walaupun dalam keletihan namun tampak jelas wajah-wajah yang menceriakan...terimakasih juga pada semuanya yang turun kedapur membantu mama...Tak dapat mama lupakan saat2 bila Ina beria-ria menyuapkan nasi kemulut mama. Biarpun pertemuan kita cuma seketika, namun kesan bahagia melekat dihati. Hanya ini yang mampu mama sediakan dalam waktu yang cukup terbatas dn inilah saja baki setelah semuanya selesai menjamu selera...Alhamdulillah.. ..


Indahnya rezeki kebahagiaan yang ALLAHswt hadiahkan buat mama...Tak terlafaz dengan perkataan Dalam menghampiri penutup tahun 2012, teringat mama pada insan2 yang pernah tersenyum bersama, kini telah jauh meninggalkan dunia yang fana ini..sebak seketika mengenangkan kenangan indah bersama dulu..
Semuanya menghembuskan nafas trerakhir selepas terlibat dalam nahas jalan raya... Trajis kepulangan kalian kepangkuan ILAHI.. 

 
ALLAHyarham anakanda FIRDAUS  - 21hb Mei 2012
tiada lagi anak muda yang berani menyahut cabaran sepertimu...



ALLAHyarhamah anakanda SITI ASFARINA - 23hb June 2012

sampai saat ini... hati mama masih kuat merindui dirimu...


ALLAHyarham abang SAFARLY  - 16hb Ogos 2012


kehilanganmu masih kuat dirasai terutama bila mengadakan majlis sambutan atau perayaan....


 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ


Apapun kisah yang menyapa, kehendak takdir mesti diterima dengan redha.
Dan saat ini mama merindui wajah2 ini 


Airmata mungkin tanda kita bersedih, tapi bukan untuk menyesali takdir yang 
satu ini... 

dan kini jendela 2013 sudah pun terbuka luas... 

DOA dan syukur biarlah terus menjadi pakaian kita.

Iman dan takwa menjadi pengikat kasih kita pada ALLAHswt dan RASULULLAHsaw

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers