Tuesday 1 January 2013

* SeLaMaT JaLaN 2012 - SELAMAT DATANG 2013 *

Alhamdulillah.... itulah perkataan yang paling tepat untuk dilafazkan setelah tahun 2012 melabuhkan tirainya. Hari-hari terakhir dibulan Disember disalut rasa riang dan bahagia... biarpun ada sedikit airmata rindu yang gugur untuk seorang insan bernama anak. Namun kepulangan mengejut Asyraf dipagi Sabtu 30hb Disember 2012, membawa senyum syukur mama dan abah. 


Memandangkan mama abah ada jemputan untuk kemajlis perkahwinan sepupu mama Amalul, Asyraf setuju untuk turut sama memeriahkan majlis di Pendang. Ramai yg terkejut melihat perubahan Asyraf... Dulu Asyraf masih disekolah rendah jadi semestinya ketara sangat perbezaan fizikal Asyraf...


Sebelum pergi, mama mendapat pesanan ringkas dari sesaorang yang mahu bertemu mama untuk pertama kalinya.. Dari jauh dia datang. Rasa hati berdebar-debar. Balik dari Pendang, mama bergegas masak untuk tetamu istimewa. Tapi lain yang ditunggu lain pula yang sampai dulu... Seperti biasa kawan2 Asyraf yg menghidu kepulangan Asyraf berkunjung kerumah...




Awi, Faris, Najib, Farouq dan Shahrul... dan hampir 9.45 mlm barulah nampak tetamu yang ditunggu2 sampai... YA ALLAH, terharunya saat bersalam dan memeluk dirimu INA....


Terimakasih mama juga buat Ustaz, Junedi, Syazwan, Nuur Cahaya dan anak2 yg lain.... rasa terharu sangat2..
Walaupun segalanya yang mama sediakan cukup sederhana, tapi layanan untuk tetamu sangat istimewa dan walaupun dalam keletihan namun tampak jelas wajah-wajah yang menceriakan...terimakasih juga pada semuanya yang turun kedapur membantu mama...Tak dapat mama lupakan saat2 bila Ina beria-ria menyuapkan nasi kemulut mama. Biarpun pertemuan kita cuma seketika, namun kesan bahagia melekat dihati. Hanya ini yang mampu mama sediakan dalam waktu yang cukup terbatas dn inilah saja baki setelah semuanya selesai menjamu selera...Alhamdulillah.. ..


Indahnya rezeki kebahagiaan yang ALLAHswt hadiahkan buat mama...Tak terlafaz dengan perkataan Dalam menghampiri penutup tahun 2012, teringat mama pada insan2 yang pernah tersenyum bersama, kini telah jauh meninggalkan dunia yang fana ini..sebak seketika mengenangkan kenangan indah bersama dulu..
Semuanya menghembuskan nafas trerakhir selepas terlibat dalam nahas jalan raya... Trajis kepulangan kalian kepangkuan ILAHI.. 

 
ALLAHyarham anakanda FIRDAUS  - 21hb Mei 2012
tiada lagi anak muda yang berani menyahut cabaran sepertimu...



ALLAHyarhamah anakanda SITI ASFARINA - 23hb June 2012

sampai saat ini... hati mama masih kuat merindui dirimu...


ALLAHyarham abang SAFARLY  - 16hb Ogos 2012


kehilanganmu masih kuat dirasai terutama bila mengadakan majlis sambutan atau perayaan....


 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ


Apapun kisah yang menyapa, kehendak takdir mesti diterima dengan redha.
Dan saat ini mama merindui wajah2 ini 


Airmata mungkin tanda kita bersedih, tapi bukan untuk menyesali takdir yang 
satu ini... 

dan kini jendela 2013 sudah pun terbuka luas... 

DOA dan syukur biarlah terus menjadi pakaian kita.

Iman dan takwa menjadi pengikat kasih kita pada ALLAHswt dan RASULULLAHsaw

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers