Wednesday 23 May 2012

~~ FIRDAUS.. hilangmu sekelip mata~~

Panggilan dari sahabat baik Hashimah sangat mengejutkan... tragedi yang meragut nyawa dn menghilangkan wajah ceria sahabat baik kita Sharifah... Mohd. Firdaus, anak muda lemah lembut yang selalu ringan tulang dalam membantu IBU tiba-tiba dijemput pulang kepangkuan ILAHI... 

 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه



 الله أَكْبَر  الله أَكْبَر  الله أَكْبَر




Benarlah bukan mudah menerima kehilangan yang tiba-tiba ini.... seperti direnggut segala bahagia. Kemalangan yang menimpa petang Isnin 21hb MEI 2012, melumatkan hati ayah ibumu... kata-kata ramalan Doktor 50-50 sudah cukup membuat hati ibu berkecai... bacaan Yasin dan solat hajat maghrib 22hb Mei... dan tngahmlm... FIRDAUS, kau pergi jua akhirnya. Pergi yang tidak akan kembali.... mengikuti jejak ALLAHyarham anakanda Shafiq... Hancur luluh hati ayah ibu menangisi kehilangan yang terlalu cepat ini.. Tapi siapalah kita untuk menidakkan apalagi mempertikaikan perancangan ALLAH... teringat  kesungguhan FIRDAUS bertanding dalam acara menghias kek.. dan satu2nya peserta lelaki yang berani mencuba... 




anak sebaik FIRDAUS dan SHAFIQ sudah menghampiri pintu syurga... YA ALLAH... ENGKAUlah sebaik-baik tempat kami mengadu disaat ini.. AL- FATIHAH....



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers