Sunday 24 June 2012

~~ AnDaiKaN Ini TaKDiRnYa~~

Bagaimana nak mulakan pun mama tak tahu...segalanya jadi serba tidak kena. Takdir yang satu ini cukup pahit untuk ditelan...kehilangan yang tiba-tiba. Ujian hati yang amat berat...tak tertelan dengan rasa, tak terluah dengan kata....Disaat hati mama bahagia menyambut kepulangan Asyraf, satu panggilan seawal 7 pagi seperti mendesak mama untuk mengiakan yang pemanggil tidak tersalah nombor. Namun mama seperti tidak mahu terus berfikir yang bukan2 selain memberikan jawapan salah nombor. Berkali2 diterangkan dan diajukan soalan yg dia tidak tersalah. Akhirnya pukul 10 pagi lagi sekali mama dikejutkan dengan panggilan dari suara yang sama. Kali ini mama bukan lagi bermimpi...Hampir terduduk bila diberitahu musibah yang menimpamu dipagi Selasa 19/6/2012. ... mama diminta untuk datang sendiri melihat keadaanmu yang terlantar dibilik ICU hospital......Lepas solat Jumaat mama, abah, Asyraf dan Faiz bergegas ke hospital. Hanya 2 pelawat dibenarkan untuk sekali masuk...


Tatkala kaki mama melangkah masuk menghampiri katilmu, betapa luluhnya rasa hati... tiada lagi wajah ceria seperti yang pernah menyapa mama. Dengan segala macam wayar dan tiub berselirat dimuka dan tubuhmu...diawasi mesin...segalanya melumatkan perasaan mama dan abah. Berpelukan dengn ibumu, tiada sepatah perkataan yang terucap selain tangisan. Luka parah dikepala dan pendarahan menyebabkan rambutmu terpaksa dicukur.... Jahitan dibelakang kepalamu yang membengkak sungguh memilukan hati untuk terus menatap wajahmu...Aduhai tak sanggup mata mama menatap wajahmu yang sama sekali berubah. Sudah empat hari rupanya CT koma... Mama rasa terpukul. Teringat kali terakhir CT berjumpa mama... seperti ada perubahan yang memberi petanda CT akan tinggalkan mama. Masih mama terasa hangatnya pelukkanmu. Berkali mencium pipi mama ...berkali-kali juga memohon maaf... sepertinya ada melindungi sesuatu dari mama... Masejmu ditengah malam...memohon maaf, benar-benar memberi petanda untuk mama...


Mama kuatkan hati membisikkan salam ketelingamu.. Terlihat ada titis airmata dihujung kelopak matamu... YA ALLAH, dengarkah CT suara mama?? Bacaan Yasin hadiah untukmu yang mama kasihi... Aimata ini berjurai ..lebat gugurnya airmata ini...tak tertepis dngn tangan...malam itu tidur mama dibayangi raut wajahmu. Pagi Sabtu, sekali lagi panggilan dari ibumu....bergegas mama, abah dan Asyraf.  Kami dibenarkan masuk  meskipun bukan waktu melawat.  Nampak semakin kritikal keadaanmu.  Bacaan Yasin dan doa, itu saja yang mampu mama hadiahkan buatmu saat ini. Asar itu mama dan ibumu berjemaah... berpelukkan selepas doa ...
Usai solat, sekali lagi mama bacakan Yasin...doa mengharapkan ada keajaiban. Benarlah...selesai bacaan Yasin untuk kali ketiga...keadaanmu semakin menunjukkan tanda bahawa dirimu akan berpisah dengan kami semua. tekanan BP mu telah pun berhenti....cuma denyutan jantung masih ada.. 
Menurut Dr, pendarahan dlm kepalamu sudah mnjadi selaput pada otak.. bacaan heartbeats amat perlahan & keadaanmu yang semakin kritikal...Memandangkan maghrib semakin hampir, mama mohon untuk berundur.... sebelum melangkah balik, mama bisikkan kata sayang, mama halalkan segalanya dengan harapan akan datang menziarahimu lagi esok... 


Sayangnya, didalam perjalanan pulang, panggilan dari ibumu meremukkan hati...KAU PERGI JUA...Maghrib 23hb June 2012 - Siti Nurul  Asrinawati. segalanya yang didunia telahpun kau tinggalkan. ..Airmata mama laju membasahi pipi... tiada sepatah kata terucap.... sepanjang malam mama mendoakankanmu, menghadiahkan bacaan ayat2 Al-Quran buatmu. Pagi Ahad 24hb June 2012...disaat mama  mengucup dahimu buat kali terakhir.. terasa hati mama kau bawa pergi bersama...airmata mengiringimu ketempat persemadian yang abadi...Rindu hati mama hanya ALLAHswt saja yang tahu...Aduhai, hebatnya ujian hati buat mama  yang menumpang kasih seorang puteri sepertimu...Melihat jenazahmu diusung, sebak dan pilu merenggut tangkai hati mama..




إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ... -



...


.. 

2 comments:

  1. salam takziah...sedih sebenarnya kehilangan org yg tersayang..

    ReplyDelete
  2. hari ini...genap setahun pemergiannya...
    mata ini masih basah
    rindu jua melimpah ruah
    Al-Fatihah....

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers