Friday 5 October 2012

~~* SaaT DiRi DiUJi *~~

Imam AL-Ghazali mengingatkan::

Pabila kamu mendapati takdir ALLAH sentiasa tidak menyebelahimu pada kenikmatan dunia dan terlampau banyak penderitaan dan bala bencana yang ditanggung, ketahuilah bahawasanya kamu mulia di sisiNYA...kamu punya status yang istimewa di sisiNYA..sesungguhnya ALLAH pada ketika itu sedang meletakkan kamu di atas jalan wali-waliNYA dan hamba-hambaNYA yang terpilih. Sesungguhnya ALLAH sentiasa melihat kamu ketika itu....tidakkah kamu pernah mendengar ayat Alquran yang bermaksud 

"SABARlah dengan ketentuan TUHANmu kerna dikau sentiasa dalam pemerhatian dan pengawasan KAMI"




ALLAH tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru dan mentari selalu bersinar. Tapi ketahuilah bahawa ALLAH selalu memberi pelangi di setiap badai, senyuman di setiap titisan air mata, pahala di setiap ujian dan jawaban di setiap doa.....SubhanALLAH begitu tertib dan cantik takdir yang diberikan ALLAH buat setiap hambaNYA. Tabah itu tidak di capai hanya dgn kata2 yang disulam oleh al-Quran dan hadis. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan dan sikap yang tiada batasnya kerana iman itu akan bahagia apabila di uji..



Ujian daripada ALLAH meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka...jadi tempuhilah ianya dengan penuh kesabaran agar ia dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya .Hidup ini umpama satu perjalanan. Kita bermula dari satu garisan ke satu garisan. Dalam kehidupan, kita akan tempuhi banyak rintangan dan cabaran. Bersabar dan teruslah berjalan. Insyaallah akan ketemu penghujung jalan. Ingatlah  bila dunia ini memberikan masalah yang tidak dapat kita tangani sendiri, alihkan fokus kepada semua hal-hal baik yang sedang terjadi pada diri kita sekarang...pada saat kita mencari rahmat dan kurniaan ALLAH dan kita telah pun diberikan ALLAH anugerah tersebut, maka perhatikanlah bahawa saat ini ALLAH swt sedang menatap kita sekalian... Adalah benar bahawa betapa berat sekalipun mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Ya Allah... mereka katakan aku kuat untuk berdiri seorang, tetapi mereka tidak nampak aku melutut terduduk di depan Mu meminta bantuan...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers