Tuesday 13 November 2012

~~*LiKu-LiKu PeRJaLaNaN*~~

Cepatnya masa berlari... tanpa sesiapa dapat menahan, November 2012 sudah pun dipertengahan. Dalam meniti masa, segala macam peristiwa menyapa diri... berbelit dengan rantaian dugaan..Perjalanan anak-anak diuji hebat memaksa diri yang bergelar ibu untuk turut berduka. Terkadang rasa seperti tidak percaya, ujian demi ujian buat mereka.... Hampir saban hari diuji hebat dengan mental dan fizikal...


Panggilan yang tiba selalu membawa kabar duka... hati abah dan mama seringkali diusung pilu. Dengki khianat manusia seperti tiada berkesudahan.  Bila Asyraf balik hujung minggu, terkejut mama...senyum mama dan abah menyambut  kepulangan. tapi malam itu juga membuka segala cerita. Asyraf sakit tiba-tiba.. merangkak dari ruang tamu keruang makan... terlalu sakit.... tanpa berfikir panjang bergegas ke klinik  dan rawatan kecemasan diberikan.  Gastrik menyerang tiba-tiba.

4hb Oktober,  Asyraf balik ke Melaka... sekali lagi diuji.... Asyraf dimasukkan ke hospital ATM... dengan kesakitan demi kesakitan. Penganiayaan terus berlaku. Hancur luluh hati mama dan abah. Abah juga diluar daerah untuk tempoh seminggu... Namun keperitan Asyraf memaksa abah untuk balik. Jam 2 pagi  9hb.Oktober abah, mama dan wawa bertolak ke Melaka...  bermalam di Hotel Mawardah..nampak keceriaan hati Asyraf bila pihak atasan membenarkan Asyraf bersama mama, abah dan  Wawa.


Asyraf diberi cuti  sehingga 17hb Oktober. kita bertolak balik.. dan singgah di Bangi menjengok Tok...beria-ria tok nak ikut balik... Abah bercuti lagi untuk bersama keluarga... setiap saat bersama rasa amat berharga. Sedar tak sedar dah tiba masa Asyraf balik semula ke Melaka... Setiap kali balik ada saja kabar yang kurang selesa... Aidil adha kali ini abah mahu turun beraya di Melaka. Nekad untuk bersama Asyraf.. Alhamdulillah... 24hb Oktober bertolak selepas solat Asar. Pagi 25.Oktober, minum bersama Kopral Syukur... Asyraf ada tugasan tapi bingka roti yang mama bawakan untuk Asyraf sempat Asyraf jamah..masih tak jemu-jemu Asyraf dengan bingka kesukaanmu ini...sebak hati mama melihat Asyraf makan dengan penuh selera....

Nampak benar keletihan pada raut wajah Asyraf...... malam raya Asyraf terpaksa bertugas dari pukul 6.30 petang sehingga 6.30 pagi... Tak apa..berkhidmat untuk negara. Mama abah berbangga.  Dan malam hari raya korban...panggilan dari Ikmal... sayunya rasa hati mama. Getar suara cukup untuk membuat airmata mama bertakung dikelopak mata.. Panggilan dan masej dari Wiyah, Fauzah, Zura,  Amir, Umairah, Nur Iza Sumaiyyah, Heri dan Diana  menemani malam raya mama.. segalanya menyentuh hati mama.. terimaksih anak2ku..Malam raya  makteh dan pakteh sampai dari KL...makan bersantai di kedai pekan Sg. Udang... Pagi raya sekali lagi panggilan dari Wiyah...  Asyraf, tiap detik kita bersama adalah saat yang bahagia, tak terluah dengan perkataan...dan malam itu kita bersantai lagi menikmati keindahan bandar Melaka diwaktu malam. Saat bahagia bila dapat bersama insan yang disayangi ....Syukur YA ALLAH....

                                         الله أَكْبَر  الله أَكْبَر  الله أَكْبَر
















                 27hb.Oktober sempat kita ke Muar bersama family Maksu..

bermalam di Muar dan menikmati dingin angin malam di persisir Sungai Muar...

Bertolak balik ke Melaka dan seharian kita brjalan ....menikmati keindahan pantai ..melihat indahnya layang2 berterbangan diudara.. brjalan menyedut angin Pantai Puteri...bersolat di Masjid Tengkera...













Selepas solat maghrib menghantar Asyraf ke kem...kita makan lagi...tapi Asyraf tak berselera langsung sekadar minum segelas milo ais. Asyraf cuma membeli burger untuk dimakan dibilik nanti. Sampai dikem, Asyraf melapor diri masuk dan ada pegawai yang bertugas malam tuu mencadangkan mama abah untuk bermalam saja di teratak... tertunda lagi dan setelah OC juga menghantar msg meminta abah untuk berehat sebab jauh perjalanan untuk balik ke utara dan malam itu mama, abah dan wawa bermalam di teratak.. 


malam itu Asyraf bersama abah... seperti dua sahabat baik.... bahagianya rasa... mama tahu beratnya hati Asyraf untuk melepaskan mama dan abah...




bukan mudah melepaskan detik-detik bahagia bersamamu... seawal pagi bangun bersiap untuk bertolak balik masih sempat bersarapan pagi dan juga makan tengah hari bersamamu... Menghantar Asyraf pulang semula ke dalam kem... dapat mama rasakan betapa  beratnya hatimu melepaskan mama, abah dan wawa..mama kuatkan hati meski ada airmata bergenang dikelopak mata ini...InsyaALLAH, mama yakin ALLAH akan bersamamu ..bersama hambaNYA yang sabar dan ikhlas..dan petang Jumaat 2hb. November dapat berita Asyraf diarahkan berpindah kebilik seorang Ustaz... ALHAMDULILLAH YA ALLAH, doa seorang ibu. Airmata bahagia... semoga disini ketenangan menemanimu...
 

1 comment:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers