Sunday 24 June 2012

~~ AnDaiKaN Ini TaKDiRnYa~~

Bagaimana nak mulakan pun mama tak tahu...segalanya jadi serba tidak kena. Takdir yang satu ini cukup pahit untuk ditelan...kehilangan yang tiba-tiba. Ujian hati yang amat berat...tak tertelan dengan rasa, tak terluah dengan kata....Disaat hati mama bahagia menyambut kepulangan Asyraf, satu panggilan seawal 7 pagi seperti mendesak mama untuk mengiakan yang pemanggil tidak tersalah nombor. Namun mama seperti tidak mahu terus berfikir yang bukan2 selain memberikan jawapan salah nombor. Berkali2 diterangkan dan diajukan soalan yg dia tidak tersalah. Akhirnya pukul 10 pagi lagi sekali mama dikejutkan dengan panggilan dari suara yang sama. Kali ini mama bukan lagi bermimpi...Hampir terduduk bila diberitahu musibah yang menimpamu dipagi Selasa 19/6/2012. ... mama diminta untuk datang sendiri melihat keadaanmu yang terlantar dibilik ICU hospital......Lepas solat Jumaat mama, abah, Asyraf dan Faiz bergegas ke hospital. Hanya 2 pelawat dibenarkan untuk sekali masuk...


Tatkala kaki mama melangkah masuk menghampiri katilmu, betapa luluhnya rasa hati... tiada lagi wajah ceria seperti yang pernah menyapa mama. Dengan segala macam wayar dan tiub berselirat dimuka dan tubuhmu...diawasi mesin...segalanya melumatkan perasaan mama dan abah. Berpelukan dengn ibumu, tiada sepatah perkataan yang terucap selain tangisan. Luka parah dikepala dan pendarahan menyebabkan rambutmu terpaksa dicukur.... Jahitan dibelakang kepalamu yang membengkak sungguh memilukan hati untuk terus menatap wajahmu...Aduhai tak sanggup mata mama menatap wajahmu yang sama sekali berubah. Sudah empat hari rupanya CT koma... Mama rasa terpukul. Teringat kali terakhir CT berjumpa mama... seperti ada perubahan yang memberi petanda CT akan tinggalkan mama. Masih mama terasa hangatnya pelukkanmu. Berkali mencium pipi mama ...berkali-kali juga memohon maaf... sepertinya ada melindungi sesuatu dari mama... Masejmu ditengah malam...memohon maaf, benar-benar memberi petanda untuk mama...


Mama kuatkan hati membisikkan salam ketelingamu.. Terlihat ada titis airmata dihujung kelopak matamu... YA ALLAH, dengarkah CT suara mama?? Bacaan Yasin hadiah untukmu yang mama kasihi... Aimata ini berjurai ..lebat gugurnya airmata ini...tak tertepis dngn tangan...malam itu tidur mama dibayangi raut wajahmu. Pagi Sabtu, sekali lagi panggilan dari ibumu....bergegas mama, abah dan Asyraf.  Kami dibenarkan masuk  meskipun bukan waktu melawat.  Nampak semakin kritikal keadaanmu.  Bacaan Yasin dan doa, itu saja yang mampu mama hadiahkan buatmu saat ini. Asar itu mama dan ibumu berjemaah... berpelukkan selepas doa ...
Usai solat, sekali lagi mama bacakan Yasin...doa mengharapkan ada keajaiban. Benarlah...selesai bacaan Yasin untuk kali ketiga...keadaanmu semakin menunjukkan tanda bahawa dirimu akan berpisah dengan kami semua. tekanan BP mu telah pun berhenti....cuma denyutan jantung masih ada.. 
Menurut Dr, pendarahan dlm kepalamu sudah mnjadi selaput pada otak.. bacaan heartbeats amat perlahan & keadaanmu yang semakin kritikal...Memandangkan maghrib semakin hampir, mama mohon untuk berundur.... sebelum melangkah balik, mama bisikkan kata sayang, mama halalkan segalanya dengan harapan akan datang menziarahimu lagi esok... 


Sayangnya, didalam perjalanan pulang, panggilan dari ibumu meremukkan hati...KAU PERGI JUA...Maghrib 23hb June 2012 - Siti Nurul  Asrinawati. segalanya yang didunia telahpun kau tinggalkan. ..Airmata mama laju membasahi pipi... tiada sepatah kata terucap.... sepanjang malam mama mendoakankanmu, menghadiahkan bacaan ayat2 Al-Quran buatmu. Pagi Ahad 24hb June 2012...disaat mama  mengucup dahimu buat kali terakhir.. terasa hati mama kau bawa pergi bersama...airmata mengiringimu ketempat persemadian yang abadi...Rindu hati mama hanya ALLAHswt saja yang tahu...Aduhai, hebatnya ujian hati buat mama  yang menumpang kasih seorang puteri sepertimu...Melihat jenazahmu diusung, sebak dan pilu merenggut tangkai hati mama..




إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ... -



...


.. 

Monday 11 June 2012

~~ BeRTuaHnya BiLa DiSaYaNgi ~~

Seketika  bila segalanya yang menghiburkan hati tiada lagi disisi... sunyinya hati bagai dingin malam yang sepi...
sedang membaca tiba-tiba ada yang menegur dalam msg chat.....  As'salam, mama bz tak esok? tersenyum mama selepas diterangkan segala... InsyaALLAH... itu saja jawapan mama selepas berbincang dengan abah. Pukul 2.30 - 3.00 petang mama pergi jemput.  Cuti sekolah sudah pun berakhir...Nasuha nak balik ke asrama MRSM Jitra... 

Pagi Sabtu, banyak perkara nak diselesaikan... sarapan pagi bersama insan tercinta di Restoran As'shifa...  Lega, bila selesai semua urusan.. Tiba2 dapat msg... 
"As'salam mama, abah dah balik ke? Ain nak mintak tolong ni.. hantar balik ke kolej..takda org nak hntar,  nak balik naik bas sorang ain takut...huhu... Tapi kalau abah busy, takpe laa..."  
Alangkah indahnya bila diri disayangi dan dipercayai... kebetulan jalan yang sama... Semesti ....jawapannya pastilah BOLEH.  Usai solat Zohor, Zura, Suha, dan Ain dah siap menunggu.... JOM kita... Jalan nampak agak sesak. Banyaknya kenderaan kearah destinasi yang sama... MRSM Jitra dan Kolej MATRIKULASI Kedah di Changlun... 5.30 ptg selesai solat asar di surau MRSM dan Suha pun dah naik kebilik... bertolak ke Changlun.... macam tak percaya, Pekan Changlun yg tak seberapa boleh jam....  Berpusing nak mencari makanan untuk bekal N makan malam AIN kt kolej nanti. Alhamdulillah...parking walaupun nmpak penuh, tapi rezeki agaknya...tak perlu pun berpusing2... OK jaa..

Singgah makan dan minum di Restoran Yasmin... bekal untuk Ain dan untuk mak kat kampung. Tepat 7 ptg. sampai kat MATRIK dan terus berpatah balik..singgah rumah mak dan bersolat Maghrib. Adik pun baru sampai petang tadi dari menunaikan umrah.. Masih penuh beg baju dan barangan yang dibawa balik memenuhi ruang tengah rumah mak... Kebetulan adik akan bertukar ke KL  mulai Isnin 11hb June 2012. makan sambil bercerita... Hmmm.. buah tangan dari Mekah... Jubah, kain pasang dan lain2. Terimakasih... rezeki lagi nampaknya... . 9.15mlm, selesai solat Isya'... bertolak balik ke Sg.Petani.... mama, abah dan Zura....11 mlm smpai kat rumah... terasa betapa ALLAH mempermudahkan semua urusan... Apa yang penting, bila diri disayangi dan sentiasa diperlukan... Cukuplah dalam mengisi hari2 sepi....

Pagi Ahad... saat sedang minum pagi bersama Zura... terkejut bila loceng pagar berbunyi... bila pagar dibuka, sahabat lama tersenyum. KAK MIDAH... terasa seperti ada sesuatu, bila bersalam denganmu. Pelukkanmu begitu kuat dan airmatamu yang tiba2... Zura beredar kebilik..memberikan laluan buat mama bersama kak Midah. Tanpa berbelit kata... atau menyusun ayat indah... kak Midah terus meluahkan rasa... "Kak Midah dah tak ada apa2 lagi dengan abang Daniel,  dah setahun lebih dia tak balik... mahkamah dah putuskan kami bukan lagi suami isteri"  Terdiam... terpaku.... tak tahu apa nak dikata... sebak melihat raut wajah sahabat yg penuh dengan kisah luka.... satu demi satu luahan hati dilepaskan tanpa diminta. Benarlah...bila terlalu lama menyimpan luka, bila terluah rasa seperti suatu bebanan terlepas dari hidup. Airmata kak Midah seperti telah kering.... adaketikanya dia menyapu airmata dipipi dengan belakang tapak tangan.  

Makan tengahari dengan menu yang ringkas bersama kak Midah dan Zura.... Alhamdulillah, melihat kak Midah menambah nasi, rasa gembira sangat.... kata kak Midah dah lama tak makan beramai.... Aduhai...
Selesai solat Zohor.... lagi cerita sedih dari kak Midah.. satu2nya anak kesayangan berubah laku... segalanya melebihkan isteri... hati IBU hancur luluh... tatkala kak Midah gambar Asyraf...mulanya dia nampak tenang dan tak henti2 memuji Asyraf dan meluahkan betapa beruntungnya mama namun tiba2 dia menangis teresak2..Zura terkejut kan... tapi itulah dukahati kak Midah... Selepas dipujuk dan ditenangkan...akhirnya kak Midah mula lega....dia  minta dihalalkan segalanya .dan mohon pulang...Saat bersalam dan memeluk.. airmata mama seperti bertakung dikelopak mata.... Aduhaiiii....



 .NUR AIN dan NUR NASUHA....
  doa mama mengiringi perjuanganmu anak-anakku...
  semoga tercapai segala cita2 untuk membela nasib keluarga
  berbakti untuk agama bangsa dan negara....dengan lafaz LILILAHI TAALA...









Thursday 7 June 2012

~~ KiSaH KaYu & PaKu ~~

Pada suatu hari, kayu telah berkata kepada paku, "Kamu telah melukai aku"". Paku membalas, "Andai saja kamu melihat pukulan di atas kepalaku, kamu pasti memaafkan aku".

Kadang kala kita berasa bebanan yang kita tanggung amat menyakitkan namun, kita perlu bersyukur kerana kita masih lagi bernasib baik berbanding insan lain yang terpaksa menanggung segala kesusahan dan penderitaan lebih daripada apa yang kita rasai.

Sungguh indah bila kita saling memaafkan satu sama lain kerana bukan sekadar hati menjadi tenang tapi hubungan sesama manusia juga akan menjadi lebih erat. Semoga Allah membalas yang kita lalui dengan segala kebaikan..

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers