Sunday, 13 November 2011

~~~RAHSIA AiR TaNgAn IsTeRi~~~


Salah satu pesan orang tua kepada  anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius  melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana  redha suami memang menjadi tujuan  dari perjuangan seorang wanita muslimah.

Maka, betapa ruginya  jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya berbahagi pahala dengan pembantu rumah, malah  menyerahkan semuanya kepada pembantu. Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat  perkembangan kreativiti wanita.
Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka  masa depan wanita tamat.
Namun hal ini berbeza dengan fikiran  wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.
MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana  yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.
Fikirannya  selalu terfikir untuk  menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta.  Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.
Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri. Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.
Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak  itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain. Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.
Siapa pun anda, apa pun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana.  so, mengapa tidak buru- buru memulainya sekarang?
Selamat memburu pahala..
Add caption




Wednesday, 9 November 2011

~~~PeRiHaL SePuCuK SuRaT~~~

Sepucuk surat ini tidak pernah terjawab
kerna isi kandungannya teramat pilu
ada sembilu yang menusuk kalbu..


Sepucuk surat ini adalah robekkan kenangan
yang merebahkan mimpi dijejari malam
pada dinihari yang lewat
seperti sedang menganyam kepedihan ingatan itu
untuk dibawa pulang buat selamanya...


Sepucuk surat ini sesungguhnya
adalah warkah sepi seorang pesakit
terhimpun seluruh kedukaan hidup
sarat digalas membebani hayatnya...










Sepucuk surat ini sebenarnya
adalah titipan sepi dan rindu
membalut hiba bersulam harap
menghimpun api cinta yang membara
dan rindu dendam yang menyala
buat seorang ibu kandung
yang telah sekian jauh melupakan
dihujung bibir yang terketar dan lesu
masih mampu membisikkan namanya
hingga kesaat akhirnya
harapan itu hanyalah menjadi cebisan
mimpi-mimpi luka
seperti sekujur tubuh
terbaring dan terbuang
menunggu mati....


dan...sepucuk surat itu
tidak mungkin terjawab lagi.....

Sunday, 6 November 2011

~~~saat BONDA RiNdUkAn kamu~~~














saat bonda rindukan kamu...
saat bonda rindukan kamu...
saat bonda rindukan kamu...
saat bonda rindukan kamu...
saat bonda rindukan kamu...


TUHAN...
gantikan rindu ini...
biar tertumpah padaMU
biar terlerai resah itu
biar hati tertumpu padaMU...




palingkan harapku pada janjiMU
palingkan sedihku pada restuMU
palingkan rinduku pada syurgaMU
biarku labuhkan tirai rindu ini
terhimpun menjadi satu dalam rasa syukurku...

Thursday, 3 November 2011

~~~#~~SuBuRkAnLaH DiHaTi~~#~~~

Hidup ini biarlah berjasa
Mati pula biar beriman
Berfikir biar berilmu
Berbicara biar berbahasa
Bergaul biar beradab
berakal biar berakhlak
Memberi biar ikhlas
Menerima biar bersyukur



       



Yang miskin usah dihina
Yang kaya jangan mengada
Yang lemah usah dipijak 
Yang kuat jangan terlajak
Yang pandir usah dibuli
Yang pandai jangan meninggi
Yang salah usah dibiar
Yang benar terus belajar
Yang bakhil usah dijaja
Yang pemurah diamkan derma

Yang jahil usah dikeji
Yang alim insafi diri


Yang berkuasa berpada dijunjung
hakikat kehidupan ada penghujung....














..

Wednesday, 2 November 2011

~~#`SeAnDaInYa KiTa MeNgErTi...#~~

~~#~* TaHuKaH KiTa*~#~~

Tahukah kita...
3 kunci kata ajaib dalam rumahtangga. Jika kita jarang mengucapkan  3 kunci kata ini, maka  kita hanya mengujudkan suasana yang kurang nyaman dan selesa dalam didalam mahligai yang kita bina... cubalah
teliti dengan mata hati....

INGATlah...
~~ satu kata keras dan kasar hanyalah akan menguntumkan rasa kebencian
~~ satu kata yang dilontar tanpa berfikir akan membina rasa kekacauan
~~ satu kata tidak sopan dilepaskan akan menjadikan cinta semakin hambar


OLEH ITU ucapkanlah...
~~ Terimakasih/thank you - kerana ia melambangkan betapa kita menghargai pasangan dan ahli keluarga.
~~ Maafkan saya/I'm sorry -  melambangkan kita mampu menawan ego dan boleh menerima kesilapan diri.
~~ Saya sayang/cinta/I love you - melambangkan kita menzahirkan perasan cinta kita kepada pasangan.



HAKIKATnya...
~~ satu kata-kata yang lembut dan tulus akan dapat membuahkan rasa kedamaian buat pasangan kita.
~~ satu kata maaf kita akan mampu melahirkan cinta yang mendalam bagi pasangan kita yang mendengarnya.
~~ satu kata pujian dapat membangkitkan rasa bahagia dan semangat buat pasangan kita yang menerimanya.


JADI BERHATI-hatilah...
SATU perkataan itu boleh menjadi LAKNAT
SATU perkataan itu mampu membawa BERKAT




...Janganlah berkata sesuatu, jika tiada sesuatu yang BAIK untuk diperkatakan...

~~#~~ ANAKKU, BiArLaH~~#~~

Anakku,
biarlah apa orang kata
kerana kita
anak-anak yang telah dewasa
sedang mereka
dari kelompok berputus asa.


Anakku,
biarlah apa orang cela
kerana mereka
mengukur dengan telinga tanpa mata
sedang kita
mengukir kehidupan dengan neraca


Anakku,
biarlah apa orang nesta
kerana mereka
melihat sengketa dan porak peranda
sedang kita
bermatlamat tenang dan bahagia

Anakku,
biarlah apa orang keji
kerana mereka
melihat dari pandangan sisi
sedang kita
mengaut restu ILAHI


Anakku,
biarlah apa orang dusta
kerana mereka
terlupa akan azabnya dineraka
sedang kita
berbahagia dengan pahala percuma

Anakku,
biarlah hatimu terluka
dengan kata, cela, nesta, keji dan dusta
kerana engkau akan tahu
.... erti sebuah kesabaran
     mahalnya harga ketabahan
disini langkah akan bermula
dengan rasa waspada
saat mereka terlupa
kau mengukir bahagia
menginsafi betapa
sebenarnya LIDAH kita
jambatan ke syurga
bukannya titian ke neraka....


.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers