Tuesday, 15 November 2011

Rahida Ghazali 


~~~#~~SUNNAH RASULULLAHsaw~~#~~~

Mengapa Rasulullah SAW tidak pernah sakit?


Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. 

Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini kawan2?

Tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini? Garenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.(NAWAITU UNTUK BANGUN BERTAHAJJUD)

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..tapi, kalau tak percaya...kawan2 cubalaa....... 
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.

Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime

Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. 

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Sama2lah kita mengamalkannya.

~~~*dari dapur SaRmiLa RoMLi*~~~

Sarmila Romli resepi ~~APAM POLKADOT~~
bahan2 nya
-3biji telur gred A (dari peti ais tau)
-1 cwn gula
-1 sdt overlate
-1 sdt esen vanila
-250 gm tepung gandum
-3 sdt baking powder
-150 ml susu segar
-filling secukupnya~~bluebery atau srikaya atau choc

Caranya~~
-ayak tepung dan baking powder
-satukan gula,telur,overlate dan esen vanila
-putar dengan mixer hingga kembang dan berkrim
-masukkan tepung berselang seli dgn susu,kacau sebati
-bahagikan beberapa bahagian dan titiskan warna
-masukkan dlm piping bag atau botol sos plastik
-picit adunan 1/2 bahagian dan masukkan inti,picit lagi adunan sehingga penuh cup
-boh dot2 dgn warna kesukaan
-kukus hingga masak

SELAMAT MENCUBA NOO...

~~~~#**ANTARA SEDIKIT dan SiKiT-SiKiT**#~~~



Perbezaan 'SEDIKIT' kita dengan Rasulullah swt
1. Rasulullah saw marahnya SEDIKIT, kita pula SIKIT-SIKIT mahu marah
2. Rasulullah saw tidurnya SEDIKIT, kita pula SIKIT-SIKIT mahu tidur
3. Rasulullah saw makannya SEDIKIT, kita pula SIKIT-SIKIT mahu makan
4. Rasulullah saw hiburannya SEDIKIT, kita pula SIKIT-SIKIT mahu hiburan
5. Rasulullah saw bercakapnya SEDIKIT, kita pula SIKIT-SIKIT mahu bercakap
6. Rasulullah saw hartanya SEDIKIT, kita pula SIKIT-SIKIT mahu harta

Katakanlah Rasulullah saw hidup ketika di zaman kita ini, Baginda berada dekat di kalangan kita, Baginda melihat cara hidup kita sekarang, tidak malukah kita kepada Rasulullah yang begitu sayangkan umatnya? Muhasabahlah  diri kita...



~~~*RESEPI dari SaRmiLA RoMLi*~~~

Sarmila Romli
resepi ..TALAM LAPIS KACANG MERAH...

(bahan a)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
3/4 cwn gula (ikut manis)
3 cwn santan
1 sudu kecil garam
~~bancuh semua bahan a dan asingkan 2 bahagian b dan c
(bahan b)
1/2 cwn kacang merah (rebus dan blender)
pewarna merah
1/4 cwn air
~~masukkan bahan b ke dlm satu bahagian tadi
(bahan c)
1/4 cwn air
1 sudu besar tepung jagung
~~masukkan bahan c ke dlm satu bahagian lagi

~~sapu loyang dgn minyak
~~kukus selapis demi selapis hingga selesai~~
~~tunggu sejuk dan boleh potong~~pastu ngap..
SELAMAT MENCUBA~~



 TERIMA KASIH MILA....
 SARMILA ROMLI - admin in Group Orang Changlun

Monday, 14 November 2011

~~~HaNyA ALLAH yang ESA~~~



~❥❥~Allah Adalah Yang Pertama
✽ Apabila Hujan..Kita perlukan
payung untuk melindungi diri kita
dari basah..☂☂~
✽ Apabila Panas..Kita perlukan
kipas untuk sejukkan badan dari
peluh..☼☼~
✽ Apabila Sedih..Kita perlukan
muzik dan sahabat untuk
hilangkan kedukaan..♫♫~
✽ Apabila Gembira..Kita perlukan
sahabat dan keluarga untuk gelak
bersama2..☺☺~
✽ Tapi..Apabila didalam
kubur..Kita perlukan Allah..Kita
meminta dihidupkan
kembali..agar dapat baiki semula
amalan.. ﺍﻝﻟﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻠﻪ~
❖❖ Bagi mukmin yang
sejati..Dimana pun kita
berada..Yakinlah..Cukuplah Allah
dalam hidupku..Dunia adalah
sekadar persinggahan..Akhiratlah
yang kekal Abadi..Bersama kita mencari cinta
dan kasih sayang dari Ilahi ❖❖
✌ (◕‿◕) ✌ ░▒▓ Mencari
Keredhaan Dari Ilah

Sunday, 13 November 2011

~~~NURAIN AZIZAN~~~



Filem yg ditunggu2 Bulan ini....
Filem : SPM 2011
Genre : SERAM
Tarikh tayangan : 14 N0VEMBER 2011
Penerbit filem : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
... Tiket : FREE ( TINGKATAN 5 sahaja )
Arahan : PENGAWAS PEPERIKSAAN
Tempat tayangan : SELURUH SEKOLAH MENENGAH SEKITAR MALAYSIA

*Good luck buat anakanda NURAIN dn kpd semua yang mengambil SPM tahun ni ^_^

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers