Saturday, 19 November 2011

~~~#~~BILA HATI TiDaK TeNaNg~~#~~~





‎*Antara Penyebab Hati Tidak Tenang*....
1. Pemarah:
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. Pendendam:
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki:
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil:
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak:
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar:
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego:
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak:diri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

9. Cinta Dunia:
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati...


~~~SaaT Baju kurung dn baju Melayu pemberianmu dipakai~~~


 *Semalam 19.11.2011.... hari brsejarah untuk kak Nurul Hidayah dn Ahmad Yusrie..
Majlis akad nikah di Masjid Taman Intan dan mlmnya mjlis brlangsung di Hotel Seri M'sia Sg. Petani...
Mama dan abah.. mcm biasa cuma ber2... wawa dh tak da...sunyi... 
Mama  pakai baju kurung biru dan abah berbaju melayu warna yg sama                                                      baju nii Asyraf hadiahkan masa hari IBU dn hari BAPA untuk mama dan abah .
ramai tnyakan Asyraf ...smua rindukan keramahan dn budi bahasamu... mama senyum bangga.. 
dlm hati mengumpul rindu yg bukan sedikit.. lambatnya nk tunggu Asyraf balik...


Bila pagi nii  sebelum akad nikah berlangsung... Asyraf cll mama..... ucap slmt ulangthun untuk mama..
Asyraf minta maaf sbb trpaksa wish awal...bimbang tak dpt cll mama bila tiba masa dn tarikh itu ...
rasa happy dan sedih bersilih ganti  dalam hati mama.....
happy dpt dengar suara anak mama yg mama rinduuuu sngt...
sedih sbb berjauhan dngnmu... kerjaya yang Asyraf pilih... 
walaupun berat untuk mama terima namun mama ttp restui....
sebab Asyraf ttp nk jadi tentera...  Terpana mama... terkedu...
saat ini mama rinduu sngt suasana dulu... 
anak2 mama ....kalaulah boleh mama putarkan kembali masanya...
...


.  .
.
...

Friday, 18 November 2011

~~~JaUh DiSuDuT HaTi BoNdA~~~




18hb.November.2011...
selepas Asar... mama lepaskan wawa dengan berat hati...
bukan tak sayang jauh sekali membenci... tapi mama tak mampu....
mama  tau satu hari wawa tetap akan balik pada ayah.....
mama sekadar menumpang kasih.. tapi mama puas.. ALLAH izinkan mama 
menumpahkan segala kasih sayang buat anak sesuci wawa....  mama tak boleh 
tipu diri sendiri...  melihat almari pakaian yang kosong.. hati mama benar-benar
terasa KEHILANGAN... bukan MUDAH....  ALLAHU AKBAR...


dah dekat pukul 3.pagi.. airmata mama tumpah dalam mengizinkan semua ini...
Mama tak boleh tamak.. mama sedar ayah lebih berhak..... satu hari nanti wawa
akan tahu...  biarlah mama korbankan semua perasaan ini....
Mama tetap seperti dulu.. takkan luak kasihsayang mama buatmu... bertahun
mama memintal tali kasih ini didalam hati mama... wawa...wawa..wawa..wawa
mana mungkin mama padamkan nama wawa  dari hati dan fikiran mama...


Andai boleh diputar masa... mama mahu hari semalam yang INDAH....
 .  

Wednesday, 16 November 2011

~~~#~~* YA ALLAH... KENAPA AKU DALAM NERAKA *~~#~~~





Allah , Kenapa Aku Dalam Neraka:
Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.


(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, ”Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku.”


Kakinya tiba-tiba bersuara,‘aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.’


Mulutnya tiba-tiba menyanggah, ’ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber’chit chat’ dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?


Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, “itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.


Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama – sama dengan kami,” kata si iblis dan kaumnya.


Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astaghfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :
“Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.”
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau lara
ngi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.










★ Belajar ilmu agama perlu disertakan dengan FIKIR
★ Belajar ilmu dunia perlu disertakan dengan ZIKIR
★ Sebarkan ilmu agama dan dunia tanpa KIKIR
★ Tanpa ilmu, baik buruk bertukar TAKIR
★ Tak tahu beza mana Islam, mana KAFIR
★ Belajar tidak, menyebarkan pun tidak, kita akan jadi FAKIR
★ Fakir di dunia tak apa lagi, tapi di Akhirat apinya berDESIR
★ Itu yang kita paling KHUATHIR

Tuesday, 15 November 2011

~~~#~~ SEBELUM INNALILLAH ~~#~~~



Alhamdulillah sebelum Innalillah..

Alhamdulillah..
Aku masih mampu mandi sendiri sebelum orang mandikan aku.
Alhamdulillah..
Aku masih mampu pergi ke surau sendiri sebelum orang mengangkatku ke surau.
Alhamdulillah..
Aku masih mampu solat berjama'ah sebelum jama'ah solatkan aku.
Alhamdulillah..
Aku masih mampu solat dibelakang imam sebelum aku disolatkan dihadapan imam.
Alhamdulillah..
Aku masih mampu membaca yasin sebelum orang membacakan aku yasin.
Alhamdulillah..
Aku masih mampu menziarahi kubur sebelum orang menghantarku ke kubur.

~~~*sekadar renungan bersama*~~~

~~~#~~ DARI DaPuR BONDA~~#~~~





~~~* GuLai DaGinG *~~~


1 biji bawang besar
3cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 cawan air*
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar serbuk ketumbar*
1 sudu teh rata serbuk jintan putih*
1 sudu teh penuh serbuk kunyit*
kerisik* , garam secukup rasa
minyak untuk menumis - daun kari
daging*
kentang


Bahan2 untuk dikisar*


12-15 tangkai lada kering
1.5sm halia
1 batang serai
1 sm lengkuas


Cara membuatnya;


1. Panaskan minyak tumiskan bawang besar, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari
2.Masukkan bahan bertanda (*) yg telah digaul bersama bahan2 kisar.
3. Biarkan beberapa minit sehingga berbau wangi dan pecah minyak.
4. Tuangkan air dan renihkan dengan apikecil sehingga daging empuk.
5. Masukkan kerisik dan santan pekat dan kacau. Masakkan anggaran 2-3 minit sebelum memasukkan ubi kentang. Masukkan garam secukup rasa dan masaklah hingga kentang empuk...


~~~~ SeLaMaT MeNjAmU SeLeRa~~
~~

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers