Tuesday, 4 September 2012

~*LaRian MaSa DaN TaRiaN HiDuP*~


Sedar tak sedar rupanya agak lama tak mencatat sesuatu disini... belum bersawang tapi sedikit sunyi... Sebulan lebih tumpuan pada indahnya RAMADHAN menjadikan hati tidak tergerak bertandang didiari bonda... Hhmmm.....banyaknya kisah menyapa diri, sekadar luahan sepi dan rasa keinsafan dalam diri...

Sama agaknya apa yang kini berada diminda... terpaksa imbas kembali segala kisah yang datang menjengok kehidupan...bukan susah mengingatkan semua kerana kisah tak sehebat mana. Namun sejak dua hari lepas hati tiba2 gundah gulana... fikiran seperti dipacu dengan panahan tajam... benarlah hati IBU.... dalam senyum rindu mama makin terasa... Nada suara Asyraf, menyentuh tangkai hati mama dan abah...  kehidupanmu bertukar sama sekali... dari anak manja yang tak pernah disentuh dan diajar dengan kekerasan kini melalui hari-hari yang amat mencabar. Hidup Asyraf berdepan dengan segala macam ujian fizikal dan mental, begitu juga buat Amir dan Ikmal... Perit yang diharungi  tak ramai yang tahu.... Sukarnya untuk menjadi seorang perwira.... NAWAITU yang baik untuk berbakti pada agama, nusa dan bangsa seperti hampir terhakis bila ada tangan dan kaki-kaki yang ganas mengambil alih urusan... Ada rakan yang menghilangkan diri setelah separuh jalan semata-mata tidak tahan dengan deraan yang melampau. Kalau kekejaman ini dianggap satu pengajaran... luluhnya hati seorang IBU dan hancurnya hati seorang ayah dalam merelakan semua ini...


















AMIR... IKMAL dan ASYRAF.... sepanjang menjalani ibadah puasa, saat segala amalan dilipat ganda... Asyraf, Amir dan Ikmal tetap berdepan ujian. Cabaran yang meruntun jiwa dan naluri insan bernama ibu... Tapi semangatmu kuat dan kental, meski keringat dan airmata terkadang mengalir deras namun jiwamu tetap tabah menghadapi segala duri ranjau semampu dan sedaya yang mungkin... Alahaiii.... pilunya hati mama...mama dan abah tak kan pernah putus berdoa untuk kesejahteraan hidup dan perjuangan sucimu... Sesekali waktu terluang, panggilanmu meredakan sunyi dan rindu mama.. begitu juga pesanan sms dan panggilan dari Ikmal dan Amir...  sesuatu yang amat membahagiakan hati seorang ibu..




Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan. Segala macam rezeki ALLAHswt limpahkan..Sesekali bila ada tetamu berbuka puasa dirumah....rasa gembira tak terucap...bahagia benar meraikan tetamu... Walaupun makanan yang dihidang tidak seberapa dan ada yang dibeli namun layanan pada tetamu tetap jadi keutamaan... terimaksih Bangchik  dan Ain... 



Kesibukkan abah juga tak terkira...selalu saja ada undangan diluar...terkadang abah keluar dengan rupa yang manis...




















Teringat ..bagaimana janji untuk menjemput Fauzah berbuka dirumah.. disaat Fauzah sudah melangkah kaki keatas bas, abah terpaksa batalkan rancangan menjemput Fauzah kerana jemputan yang tidak dapat dielakkan... kesian Fauzah..mama siapkan untuk Fauzah puding jagung dan juga aiskerim jagung kesukaan Fauzah.. Petang itu abah  melangkah kaki dengan berat beserta raut wajah yang kelat... letih dan hampa menerjah hati abah. 



.Menitis airmata mama bila berbuka .. tak sangka semua ini terpaksa ditempuh....  terkadang naluri mama berbisik sesal, walau redha namun tetap rasa sedih dan sebak... tapi Fauzah ingat kan mama....
            benarlah kata Fauzah .. perancangan ALLAH lebih baik...



Abah sampai dirumah jam 11 malam...pagi Khamis 16hb Ogos 2012,  ketika masih nyenyak tidur nada pesanan telefon bimbit abah agak mengejutkan...  AS'SALLAM.... Saudara SAFARLY meninggal... terkejut tapi masih berfikir saudara kepada sahabat kita...bukannya abang SAFARLY sendiri yang pergi mengadap ILAHI.  Tak lama, SMS kedua diterima.... Abang SAFARLY meninggal - kemalangan... terus tersentak..seperti tak percaya....
 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ  .  
   
Benarlah ALLAHswt  tak izinkan kedatangan Fauzah, rupanya DIA mengatur masa mama dan abah untuk bersama sahabat yang baik buat kali yang terakhir... disaat menatap raut wajah ALLAHyarham abang SAFARLY buat kali terakhir, ada titisan jernih mengalir dipipi... sebak melihat isteri yang tiba-tiba hilang suami, anak-anak yang menangisi kehilangan ayah sedang Syawal hanya tinggal 3 hari lagi... Ramainya sahabat handai mengiringi jenazah kepusara....ketika mengimbas  indahnya kenangan manis bersama abang Safarly yang ringan tulang..hat-hati insan yang ditinggalkan penuh dengan kepiluan menangisi kehilangan yang tak pernah dijangka sepantas ini....

dan petang Khamis ini juga menjemput Zu di perhentian bas Sg Petani.. ... Dengan izin family Alhamdulillah ...sempat mama berbuka dan bersahur bersama zu...Pagi Jumaat  17hb Ogos 2012  jam 6 pagi, Asyraf sampai untuk pulang beraya bersama mama abah...Bersyukur sangat Asyraf dipermudahkan jalan... Ada pegawai ditempat Asyraf bertugas sudi menumpangkan Asyraf untuk balik beraya..  8.30 pagi menghantar Zu balik ...ALHAMDULILLAH... Dan petang Jumaat sesaorang yang selama ini mama kenal dialam maya,.. hadir didepan mata... seperti tak percaya bila pertama kali memeluk DIANA, betapa  cantiknya Diana...... kecil molek..dan hadiah tudung dan butang baju melayu pemberian Diana buat bonda dan abah... Terimakasih sayang.... 


Jam 4 pagi kita bertolak ke kampung... bersahur di Restoran PELITA Sg. Petani...berbaris panjang mengambil makanan.... bahagianya untuk pertama kalinya bersahur bersama Asyraf tahun ini..Semua juadah  yang Asyraf suka mama dapat siapkan... . 












Apapun, mama masih teringat hangatnya pelukkan Asyraf, mencium tangan mama dan abah dipagi Syawal 1433 bersamaan 19hb Ogos 2012...  kita beraya dan bersolat sunat Aidilfitri di kampung. Kebahagiaan jelas terpancar diwajahmu...apalagi dihati mama dan abah.. Baju melayu berwarna kuning menjadi pilihan ... Segak dan tampan anak mama berbaju melayu...






 terimakasih ZU dan family sudi kerumah... dan ketupat berserta gulai daging... walaupun hati teringin nak merasa sambal ayam airtangan mak Zu...tak ada rezeki kali ini...



Kesibukkan selepas Syawal agak ketara... ada saja tetamu...tapi tetamu itu pembawa rezeki buat tuan rumah.. seronok dan tetap bersyukur meskipun agak penat melakukan kerja rumah bersendirian..   dan beberapa undangan terpaksa dihampakan kerana ada tetamu dirumah...  menu terakhir untuk kawan2 Asyraf... Awi, Amir, Faris dan Farouq ...Kuewtiaw goreng dan roti jala... 

 buah tangan kiriman anakanda yang dikasihi  - WAN MARNIZA...dari Lumut Perak...terimakasih sayang..






dan pastinya syawal kali ini tiada lagi kelibat dan raut wajah penuh keriangan...
sepasang kurung biru..
dipagi raya bersalam denganmu...
jauh disudut hati mama RINDU CT...



  إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ


apapun...buat semua salam aidiltri maaf zahir dan batin...

Tuesday, 31 July 2012

~~♥ MuHaSaBaH DiRi ♥~~

Allahuma Rabbi yassir wa laa tu'assir.
Ya Allah, mudahkanlah jangan dipersulitkan..
Aamiin Ya Robb.



Merajuk atau patah hati???
dalam kita bergurau terkadang ada kata menyentuh rasa...
mungkin tutur bicara, gurau senda biasa pada dia...tapi luka bagi  kita yang menerima tempiasnya....Sememangnya,  hati cuba menepis, cuba berbaik sangka, namun ada waktunya kita tidak  mampu membohongi hati sendiri.  seperti ada hirisan pada luka....pedih sangat rasanya... Mungkin senyuman itu mampu kita ukir buat hiasan pada yang memandang tapi jauh disudut hati pastinya rasa terkilan bersarang diminda. Itulah kita... hambaNYA yang paling lemah dalam membelai rasa. Bukan semua kita punya hati yang kuat dan tabah. Terkadang hati mahu meluahkan tapi naluri menahan...JANGAN... biarkan saja...


Menyimpan segala yang terbuku samalah seperti menyimpan lahar...bila-bila masa boleh meledak keluar. Bahaya benar andaikan semua perasaan ini kita biarkan menghuni dihati. Tapi kita kan manusia biasa, lemah... tersangat lemah... Ada waktunya kita diuji serentak.... Saat hati kita dihimpit hiba dengan lain cerita duka, ada yang datang menyapa dengan gurau yang menyentuh rasa.  Maka hati yang sakit akan bertambah parah lukanya... Beruntung pada mereka yang boleh berbagi cerita pada semua tapi bukan semua antara kita mampu melakukan begitu.  Kita lebih senang menyimpan sendirian. Pengalaman dikhianati mungkin menjadikan kita  lebih berhati-hati.

Atau kita sememangnya sukar berkongsi dengan sesiapa kerana kurang yakin pada  diri. Lebih baik menyimpan dan perlahan-lahan belajar mencari jalan keluar. Samada jalan penyelesaian itu berhasil atau tidak, yang pasti kita tahu semua rahsia hati kita tidak kemana. 

Apapun sangkaan orang pada kita tidak sama dengan sangkaan yang membelit hati kita bukan?  Kita pamerkan yang baik buat menutup garis-garis calar dijiwa. Kita senyum pada semua mungkin kerana naluri mendidik untuk yakin itulah perintah ALLAH yang ESA. Senyum itu sebagai satu sedekah. Betapapun tawarnya hati  kita dipermainkan dengan gurau yang menyakitkan rasa, tapi janganlah perkara yang kecil kita perbesarkan. Mungkin semua yang diucapkan tanpa sengaja, dia juga seperti kita ada waktunya tersasar dari landasan yang tersedia. Mudah bukan untuk memujuk hati... jadi pujuklah segera, jangan biarkan hati kita dikawal nafsu kecewa, nafsu amarah yang sesekali bertandang bisa membuat hati kita keluh kesah.  Istighfar segera....

استغفر الله العظيم...استغفر الله العظيم...استغفر الله العظيم...

Kita selalunya senang memujuk orang lain untuk bersabar. Tapi perkara paling sukar adalah memujuk hati sendiri untuk melakukannya. Kita tak sepatutnya  melepaskan semua kesedihan dan amarah pada semua orang. Andai kita yakin dengan janji ALLAH, kita tidak akan terlalu bersedih saat hati diuji. Hari ini, sakit kita cuma rasa diminda, tapi fikirkan ada insan lain yang lebih malang...diuji mental dan fizikal. Ada insan lain yang lukanya lebih parah dari yang kita lalui. Ada yang saban hari mengutip kenangan indah semalam, sedang dirinya takkan  mampu lagi untuk melangkah balik kebelakang.  Tidak punya sebarang kesempatan bagi mengubah keputusan. Ada yang terkoyak dadanya saban masa mengharungi  ujian yang hampir  membenam semangat.  Ada airmata mereka tumpah dalam lautan keringat.  Ujian hati yang cukup berat bila perjalanan yang benar diambil kesempatan oleh mereka yang mati hatinya. Dizalimi dalam kebenaran, yang kita diluar tidak pernah berkesempatan melaluinya...

 الله أَكْبَر      الله أَكْبَر      الله أَكْبَر

Kata Saidina Ali :
Beruntunglah Siapa yang Bila Bercakap Dia Berzikir
Bila Diam Dia Berfikir
Bila Pandang Dia Ambil Iktibar
Bila Bergerak Dia Perhambakan Dirinya Kepada Allah


kebahagiaan itu akan datang bila kita tersenyum menyambut kesulitan
kita tenang disaat api dan angin kemarahan sedang membuak diingatan
bisikanlah selalu....


لا َحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله



Sunday, 29 July 2012

~~# ... JauH DiSuDuT HaTi... #~~

Ada ketikanya masa seperti berlari....
Ada ketikanya masa seperti berjalan...
Ada ketikanya masa seakan berhenti....

Sedar tak sedar agak lama tak singgah diteratak BONDA... sejak CT pergi, terasa jauh hati ini berlari.... mengejar bayangan wajahmu yang pastinya tak kan lagi dapat  ditatap...aduhaii... rindu mama pada  msg 
yang selalu dkirim... *SOWIE MAMA...CT , itu dan ini... * ...yang pasti, rindu ini tiada yang mengerti...

~~♥ RiNDuuu ♥~~



 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ
Ini saja hadiah yang mampu mama kirimkan buatmu sayang...

Sesungguhnya dalam hidup penuh aturcara dan agenda... dalam menangisi kehilangan, kepulangan anak yg selalu  dirindu tetap tak boleh dipermudahkan... segala rasa sedih, terpaksa disimpan, disorok jauh2 agar Asyraf tak terasa diabaikan... cuti Asyraf pun cukup terhad....permintaan untuk menjamu sahabat2nya tetap dilayan... melihat kelibat anak2 yang meriah dengan gelak tawa, terasa terhibur hati.... Wawi,  Najib,  Faris, Faiz, Din, Amer dan lain-lain... meriah teratak bonda dengan keriangan ini. BBQ... ayam percik atas permintaan semua....





.... meriah sungguh... Mee dn kuewtiaw goreng...semua habis jadi santapan...







dan sebelum balik  sempat lagi Najib, Faris, Faiz dan Din  merasa *homemade*  aiskerim jagung mama... ....dapatlah merasa sorang sikit baki yang ada..... 






Demam bola juga memaksa Asyraf banyak habiskan malam diluar..menonton bersama Faris, Awi, Najib dn Amer... tak kisah laa..cukuplah mama tahu dimana dan siapa disisi anak mama... dalam sibuk-sibuk melayan  semua nii, diri sendiri juga ada tanggungjawab... mesyuarat Agung Pakatan Wanita dah hampir... satu apapun tak siap lagi... tiap kali nak buat, ada saja yang mengganggu hati... Panggilan Wawa dan tangisan Wawa selalu jadi duri yang menikam hati.
Wawa berkeras tak mahu lagi berpisah...Wawa nak balik kepangkuan mama dan abah... Aduhai...sayu rasa hati...
Selasa - 26June 2012... sempat kita bersama  menikmati hari cuti...KENANGAN manis di Muzium Padi ...  hmmm, ada yang akan menyimpan kenangan MANIS nii... dah lama tak singgah disini...






masih seperti dulu, cuma tak ramai pengunjung....rasa selesa...lepas solat Zohor kita  terus balik ke kampung...nak jumpa WAWA. Seperti diduga, Wawa menangis dan berkeras nak ikut kita balik...  Puas dipujuk, akhirnya ponteng sekolah juga laa Wawa untuk 2 hari (Rabu dan Khamis).  Nampak sungguh keceriaan WAwa bila dapat balik rumah mama/abah... tak mau keluar mana pun..   
Hari Khamis badan mama rasa tak sedap sangat..demam dah mula menyerang... tapi janji terpaksa dikota... nak bawa Wawa ke Penang... dan rasa bahagia mama/abah bila ada anak2 dalam kereta macam dulu... Asyraf memandu. Lega abah bila Asyraf ada, Asyraf yang ambik alih tugas memandu... singgah menjemput *seSAORANG*.... atas izin mak/ayahnya...  Makan minum ditepi pantai...kenangan biasa ..tapi mungkin kenangan indah buat anak2ku...



Petang Jumaat ..Faiz jga nak ikut menghantar WAWA balik dan bermalam di kampung... Wawa tak mau berenggang.. tidur malam bersama mama/abah... pagi Sabtu, Wawa mula buat perangai....airmata laju membasahi pipi saat mama/abah dan along  nak bergerak balik. Abah sendiri sudah mula nampak sebak... dalam kereta abah kata tak sampai hati nak biar Wawa menjeruk rasa... Setiap malam, Wawa telefon nak bercakap dan merayu minta ditukar balik tinggal brsama mama... Ahad Wawa kesekolah dan deman mula menyerang..... Guru kelas kata, Wawa seperti ada tekanan perasaan... Selepas segala perbincangan dibuat, akhirnya WAWA balik semula kepangkuan mama dan abah.  Alhamdulillah... 
benarlah.... ~♥~♥~♥~♥~ ~♥~♥~♥~♥~kasih sayang dari hati, akan jatuh jua kehati... ~♥~♥~♥~♥~ ~♥~♥~♥~♥~

Masa Asyraf untuk bersama mama/abah semakin tinggal sedikit...cuti Asyraf pun dah nak habis.... mama juga sudah ada tugas baru... bila Wawa bersama, tumpuan mama untuk pelajaran Wawa tetap jadi keutamaan.  Masa juga seperti mula berlari..cepat... dah nak Mesyuarat... banyak lagi yang belum mama buat... rasa seperti  sedikit tertekan...  asyik keluar masuk dengan segala macam aktiviti. Malam Selasa 3 Julai 2012...mama masak nasi dan lauk kesukaan Asyraf...menghantar Asyraf balik ... rasa sebak menerjah tangkai hati




 ... rasa sunyi ..rasa sayu melihat lambaian tanganmu... hati IBU...sampai bila2 akan merasa seperti ini... aduhai...  

4hb  dan 5hb  Julai...masa untuk bertungkus lumus siapkan minit Mesyuarat... tiba2 dapat panggilan dari sahabat tersayang nak jumpa ....  NURASAINA NZA ....Nur ke Langkawi dan akan singgah untuk berjumpa dalam perjalanan balik ke Pahang. Cadangkan untuk Zura.. ikut sekali berjumpa... Zura bagi persetujuan... hmmm...bestnya...
Akhirnya, malam Rabu 5hb Julai  kawasan R & R Gurun telah menyaksikan pertemuan dua sahabat dialam maya.... kita berpelukkan penuh syukur... ....            




NUR, TERIMA KASIH ...atasegalanya... .terimaksih atas persahabatan ini  ~♥~♥~♥~♥~ ~♥~♥~♥~♥~NUR..terimaksih atas kiriman berupa pemberian telekung yang cantik bersulam buat diri ini dan Nazura serta kain pelikat buat suami..

kain pelikat untuk suami dan telekung bersulam benang coklat buat diri ini..





 telekung bersulam merah jambu buat NAZURA..





Balik dari  Gurun, singgah makan dan terus kerumah Puan Che Olah untuk siapkan lapuran... diberi kepercayaan.. . tanpa disemak, tugas jadi semakin banyak... balik terus menaip....hahahahha..kerja LAST MINute....hhmmm... petang Khamis menghantar Zura balik kerumah.. Dan malam, bermula episod sibuk..membinding...sambil menonton rancangan *SEMANIS KURMA*... 


Tetiba hati tersentak dan tersentuh mendengar bunyi hp... tercatat perkataan CT... ingatan terus menerjah hati... panggilan dari mama CT menjemput kemajlis tahlil pada malam esok (JUMAAT 6/7/2012) .  sekali lagi berkacamata mendengar bisikkan hati ibu kandung yang kehilangan anak gadisnya sekelip mata .... mama sendiri diburu rasa rindu yang menebal...sebak seringkali menerjah rasa... mata ini jga seringkali berkaca saat mmndengar bunyi nada msg dihp...Ct lah paling kerap mnghantar pesanan rindu buat mama.. aduhaiii... teringat msg terakhir dari CT jam 3. pagi . 3hari sebelum Ct meninggalkan kita semua... HATI: Sabarlah, jangan menangis lagi...

Mata mula rasa penat..tidur dengan kertas... Seawal pagi mula menyambung kerja... bernekad tahun ini nak lepasan  jawatan.. cukupla biarlah diberi peluang pada orang baru yang masih muda... 

Petang JUMAAT 6hb Julai 2012 -  3.00 petang ...perjalanan mesyuarat berjalan lancar... cuma hati rasa terkilan bila cadangan untuk memilih bagi jawatan Setiausaha ditolak...  Cadangan Puan NOR Azian Abdul Majid - Saya cadangkan kekalkan orang lama...dan semua ahli bersetuju sebulat suara atas cadangan...    Puas merayu... akhirnya dengan berat hati, FAIL2 ini akan balik juga ketangan RAHIDA..
Amanah yang terpaksa dipikul sekali lagi.. Cenderahati dari Pengerusi buat semua AJK.




.. Jemputan dari mama Ct tak dapat dipenuhi. Ada tetamu...  kak Ani, anak2  dan juga cucu-cucu singgah dirumah dalam perjalanan ke KL. 
 batrisya yang keletah 



 Makan malam pulut kuning gulai ayam yang dibawa....  tuan rumah benar-benar kesuntukkan masa... MAAF banyak2 yaa .... selalu kalau tetamu ada... sibuk memasak untuk dijamu...  tapi kali nii betul2 tak mampu...dan malam ini juga dapat pemberian yang cantik dan unik....
dari MOKCIK KARIPAP SUTUN -  



Selasa - 10hb Julai...padat aktiviti pagi... dan petang menghantar Zura balik.... cuti semester dah habis. Zu dah mula menyambung balik study... Raut wajah Zu nampak kesedihan... tapi tanpa usaha dan ujian perpisahan...kejayaan tidak akan diraih..RINDU ini adalah ujian hati... belum sempat berehat, sekali lagi ada tetamu ..jam  dah hampir pukul 9.30 malam...bunyi loceng, mengejutkan..kakak ipar sudi kerumah, menghantar rambutan dan buah kedondong ..hmmm..kesibukkan, membuat kita  jarang kerumah abang...tak baik macam nii kan.... TINA dan anak2..meriah rumah.. Amirul. Amirah dan Atikah... tetamu yang hadir adalah rezeki buat kita 



Alhamdulillah, kasih sayang itu juga adalah rezeki yang mahal nilainya...


11hb Julai 2012... WAWA dengan rasminya melangkah kaki kesekolah baru disini.. Nampak keceriaan diwajahnya.... dan bermulalah hari-hari mama menanti WAWA balik sekolah... makan tengahari kita bersama lagi...


  
Sesuatu yang tak disangka... 
seringkali mendatangi kita ...
itukah suratan dalam kehidupan..
atau sekadar satu kebetulan..

Apapun syukurlah Alhamdulillah...sesungguhnya DOA itu senjata orang mukmin...maka perbanyakkanlah berdoa... 
dan pastinya Ramadahan tahun ini mama dan abah diizinkan ALLAH untuk bersama dengan seorang anak seperti dulu. 
Meskipun Asyraf jauh dari mata..namun hati mama akan selalu dekat denganmu...


ASYRAF...Menunggumu kembali..terasa masa seakan terhenti...










Thursday, 12 July 2012

~~ لا تحزن ان الله معنا ~~




KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukakan hati kita..tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat MENGUBAT HATI yang telah terluka..KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang benar-benar suci adalah umpama PISAU BEDAH yang boleh membuang segala PARUT LUKA emosi..



Rasa gembira yang menyapa kita tidak akan  kekal selamanya.. begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita....jangan sesekali kita LUPA, betapa ALLAHswt sentiasa ada untuk kita..... لا تحزن ان الله معنا..♥♥

Tatkala menjenguk keluar jendela kehidupan, pasti terlihat jalan yang keliru dan seandainya hati merasa ragu mohonlah petunjuk dari Dia Yang Maha Penentu agar dilindungi bersama rahmat-Nya sepanjang jalan yang hendak dituju, Insya'ALLAH.

UCAPKAN SELALU betapa SAKIT yang dirasa ini biarlah menjadi PENAWAR kepada dosa-dosaku...

Air tak selalu jernih begitu jua dengan ucapanku...
kapas tak selalu putih,begitu juga hatiku....
langit tak selalu biru,begitu juga hidupku....
jalan tak selalu lurus,begitu juga langkahku....
jika MAAF itu bisa terucap hari ini....
untuk apa menunggu hari esok...
MAAFkan aku...
mengalah tak semestinya salah....


لا تحزن ان الله معنا



Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers