Anakku,
biarlah apa orang kata
kerana kita
anak-anak yang telah dewasa
sedang mereka
dari kelompok berputus asa.
Anakku,
biarlah apa orang cela
kerana mereka
mengukur dengan telinga tanpa mata
sedang kita
mengukir kehidupan dengan neraca
Anakku,
biarlah apa orang nesta
kerana mereka
melihat sengketa dan porak peranda
sedang kita
bermatlamat tenang dan bahagia
Anakku,
biarlah apa orang keji
kerana mereka
melihat dari pandangan sisi
sedang kita
mengaut restu ILAHI
Anakku,
biarlah apa orang dusta
kerana mereka
terlupa akan azabnya dineraka
sedang kita
berbahagia dengan pahala percuma
Anakku,
biarlah hatimu terluka
dengan kata, cela, nesta, keji dan dusta
kerana engkau akan tahu
.... erti sebuah kesabaran
mahalnya harga ketabahan
disini langkah akan bermula
dengan rasa waspada
saat mereka terlupa
kau mengukir bahagia
menginsafi betapa
sebenarnya LIDAH kita
jambatan ke syurga
bukannya titian ke neraka....
.
No comments:
Post a Comment