Sunday 18 March 2012

~~BiLa MaSA seperti BeRLaRi~~



Pantasnya masa... seperti berlari... rasanya baru semalam balik bercuti.. jumpa Wawa.... Wawa merayu nak ikut balik... percutian yang dirancang terpaksa dipendekkan...nampak jelas keseronokkan Wawa  bila dibenarkan ikut balik. Seminggu bersama Wawa adalah anugerah ALLAHswt yg amat bernilai...  Kehadiran Danish dn Damia tambah meriah rumah mama... berebut makan bubur kanji yang cukup ringkas... Seronoknya rasa bila Wawa, Danish dn Damia minta tambah dan tambah berulangkali......

Hati jadi hiba bila Wawa minta nak terus tinggal dengan mama dn abah... Aduhaiii...pilunya. tak terucap. Kalaulah Wawa boleh rindu suasana dulu... mama dan abah lebih-lebih lagi merasakan kerinduan ini.. Tak terucap dan tak termampu untuk mengubah hakikat yang sebenar. Mama dan abah terpaksa serahkan Wawa pada yang lebih berhak... mama dan abah cuma menumpang kasih... Abah seringkali berkaca mata... abah juga tak lagi kuat menahan rasa hiba dalam mengizinkan semua ini.  Wawa .. bergelak ketawa, dan melayan rajukmu yang selalu hadir... menjadikan hati mama dan abah tersayat... Wawa seperti berjauh hati bila mama dan abah lepaskan Wawa pada Ayah pada Ummi, pada Tok pada Wan...sedangkan  tangan mamalah yang membesarkanmu, mencurahkan sepenuh kasih dan sayang selama 9 tahun.... Teringat mama, Wawa selalu cakap pada abah, Wawa mahu tinggal terus dngn mama dan abah.... 
Seperti rasa yg mama dan abah pikul disaat Wawa terpaksa meninggalkan mama dan abah dulu... jam 3 pagi mata mama masih tidak dapat lelap... Banyaknya yang mengganggu hati dan rasa.... sayu ...pilu.. sebak dan rindu... bercampur menjadi satu... 


 saat badai melanda hati...
 bila rasa berduri diminda....

. لا َحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله (Tiada daya dan upaya kecuali dengan (izin) Allah)..
...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ


No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers