Saturday 8 September 2012

~* BiLa TaKDiR TaK SeINDaH ImPiaN *~




Seringkali kita berharap, tiap yang kita lalui adalah cerita  yang membahagiakan. Bila segala yang dibuat mengikut jalan yang benar, semestinya akan ada kejayaan menanti kita dihadapan. Ada ketikanya yang dirancang sudah terletak cantik pada tempatnya. Bila ada yang mencorak jalan cerita, tentunya lakaran itu adalah lakaran indah belaka. Namun siapalah kita untuk menidakkan segala takdir ILAHI... Sesungguhnya amat berat untuk menerima hakikat yang baru menyapa diri. Tidak perlu mencari dimana yang silap dan siapa yang salah. Yang pasti takdir ini bakal mengusung sedikit duka.  Bila ALLAHswt tidak mengizinkan segala perancangan, pastinya ada sesuatu yang sedang DIA aturkan.

Takdir ini juga membuat minda mula berfikir. Perlukah menyesali segala kejadian. Kuatkah untuk memujuk diri betapa perpisahan ini bukan satu noktah tapi satu permulaan. Mungkin selama ini kita menjadi terlalu yakin akan penghujung yang baik tanpa berusaha memperindahkan laluan. Kita terlupa dalam perjalanan yang panjang pasti ada halangan... duri dijalanan bila-bila masa boleh kita temui. Badai taufan juga boleh menyergah tanpa amaran. Dalam tenang rupanya ada yang bergelombang. Tanpa sedar ada butir jernih bertakung dikelopak mata. Semestinya itu lumrah pada yang menerima musibah ini secara tiba-tiba.

Hakikat ini terlalu payah untuk difahami. Rasa sempit ruang jiwa... dalam merelakan hati gundah seketika. Banjir kolam hati dengan pelbagai persoalan.  Bagaimana harus berdepan dengan insan disekeliling yang telah siap dengan pelbagai  pertanyaan. Bagaimana mahu disusun ayat jawapan agar hati sendiri tidak terasa keperitan. Yang melihat cuma sinis memahami namun hati yang menanggung menangis dalam meredhai. Rasa duka yang hadir tiba-tiba cukup untuk mengoyak parut lama.  Apapun cubalah bangkit ..Muhasabah diri, mungkin selama ini kita kurang berdoa dan kalau sudah berdoa mungkin kita kurang bersungguh didalam doa. Peganglah pada janji ALLAH... Perancangan dariNYA adalah yang paling indah... biarpun ini  satu musibah tapi pujuk hati untuk terus percaya betapa pelangi yang cantik selalunya akan  muncul selepas hujan berhenti.  Lepaskanlah dengan redha segala yang telah terjadi...INGATLAH,  BILA TAKDIR TAK SEINDAH IMPIAN....

belajarlah buangkan rindu dan pedih, cubalah kikiskan rasa hiba....  
anggaplah saja andai dulu dia kekasih , biarlah kini menjadi saudara....

BUAT ANAKKU YANG SEDANG BERDUKA SAAT INI... BERSABARLAH...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers