Monday, 13 February 2012

~~*SOLAT ITU TIANG AGAMA*~~


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

SEKSAAN BAGI ORANG YG MENINGGALKAN SOLAT.

Seksaan Semasa Hidup di Dunia
1) Umurnya tidak berkat.
2) Akan dihapuskan tanda2 orang soleh dari mukanya.
3) Tiap2 amal yg dikerjakannya tiada diberikan pahala kepadanya.
4) Segala doanya tiada diperkenankan oleh ALLAHswt.
5) Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6) Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang2 soleh.

 Seksaan Ketika Hendak Mati
1) Mati dalam kehinaan.
2) Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3) Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehinggakan jika dtuangkan ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga.


Seksaan di Alam Kubur
1) Kuburnya disempitkan.
2) Dinyalakan api, yang mana dia akan membalik-balikkan dirinya dalam bara api itu.
3) Allah mengarahkan ular yang besar, dinamakan "Shajkul Akrak", utk menyeksa si mayat. Ular itu akan berkata,"Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur, sebab engkau sia2kan waktu Zuhur; dipukul pula hingga Asar, sebab engkau sia2kan wktu Asar..."Begitulah seterusnya setiap hari, siang dan malam, sehingga hari kiamat.


Seksaan di Hari Kiamat
1) Allah memerintah malaikat azab menghela mereka orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
2) Allah menilik pada orang yang tidak solat dengan tilikan yang murka.
3) Allah akan mengira orang yang tidak solat itu kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagimana firman-NYA yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka mnjawab, "Kami tidak solat"


Sumber Buku: Ensiklopedia Solat (Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd)


Akulah AKULAH seorang pemburu, yang kehilangan rimba 
persis seorang perantau, yang sesat di kota... 
akulah seorang nelayan, yang kehilangan perahu 
persis sepasang kaki, yang kehilangan sepatu... 
akulah seorang penyair, yang kehilangan ilham 
persis sebatang pena, yang kehilangan kalam... 
Semoga aku tidak kehilanganMU dalam simpuh dan tunduksujudku 
hambamu yg kerdil... mendatangiMU dalam payah dan KAU menghulur sejuta berkah...

Sunday, 12 February 2012

  • اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
     Ya ALLAH...Bantulah aku untuk selalu mengingatiMU,  bersyukur kepadaMU dan perbaiki ibadahku...

... Laa Tahzan Innallaaha Ma’anaa لا تحزن ان الله معنا

... kebahagiaan itu akan datang bila kita tersenyum menyambut kesulitan
... kita tenang disaat api dan angin kemarahan sedang membuak diingatan
...kita pasrah dengan yang hilang dari pandangan
... kita berlapang dada dengan segala takdir Tuhan
...lalu kita bersyukur dengan hadirnya rasa ketaqwaan
...betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam cahaya keISLAMan....


~~*KeLeBiHaN SOLAT SuNaT*~~




❤ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤

KELEBIHAN SOLAT-SOLAT SUNAT.


SOLAT fardhu itu wajib dilaksanakan dalam apa keadaan sekali pun selagi kita waras berfikir. Disamping amalan wajib yang mesti dikerjakan, agama Islam menggalakkan umatnya untuk menambah kebajikan dengan melakukan amalan sunat yang lain seperti melakukan solat-solat sunat mengikut kemampuan masing-masing. Antara solat sunat yang disyariatkan adalah seperti solat tahajjud, solat Dhuha, solat sunat yang mengiringi solat fardhu (qabliah dan ba'diah), solat istisqa, solat istikharah dan solat sunat Tasbih.

Solat-solat ini jika dilakukan akan menambahkan pahala dan menampung kekurangan pada solat wajib yang kita lakukan sehari-hari. Ada kemungkinan amalan wajib yang kita lakukan tidak cukup sempurna seperti tidak kusyuk', bacaan tidak sempurna dan sebagainya. Maka kekurangan itu dapat diperbaiki melalui amalan sunat yang dilakukan.

Menurut Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Perkara pertama yag dihitung ke atas seorang hamba pada hari Kiamat adalah solatnya. Jika ia baik, maka dia telah berjaya dan cemerlang da jika buruk, maka dia telah gagal dan rugi. Jika terdapat kekurangan pada amalan fardhunya, maka ALLAH 'AZZA WAJALLA berfirman : "Lihatlah jika hamba-Ku ada melakukan perkara sunat". Maka ia pun menyempurnakan apa yang kurang pada amalan fardhu. Demikianlah yang terjadi ke atas amalan-amalan lain".
(Hadith sahih Riwayat At-Tirmidzi dan Daud). 



Ingatlah...Setiap solat sunat yang dilakukan mempunyai kelebihan tersendiri dan kesemuanya disukai oleh Allah s.w.t. Sebagai hamba yang mempunyai banyak kelemahan, sudah pasti kita tidak dapat melakukan kesemuanya. Namun, cubalah sedaya upaya menambah pahala amalan wajib dengan membanyakkan amalan sunat. InsyaAllah, semoga hati kita tidak akan selalu berasa bimbang dengan hal-hal keduniaan dan segala urusan kita akan dijaga oleh Allah Yang Maha Esa. Mudah-mudahan kita digolongkan dalam kalangan orang mukmin yang diterima amalannya di sisi Allah s.w.t InsyaALLAH..

~~*Kesejahteraan dan kebahagiaan*~~

‎~* Sepuluh jenis kesejahteraan dan kebahagiaan*~
Kebahagiaan ada sepuluh jenis. Lima di dunia dan lima di akhirat.
Lima jenis kebahagiaan didunia adalah:
1. Kesejahteraan ilmu.
2. Ketenangan ibadah.

3. Rezeki halal yang diberkati
4. Sabar menghadapi bencana.
5. Syukur menerima nikmat.



Lima jenis kesejahteraan di akhirat adalah :
1. Malaikat pencabut nyawa datang dengan kasih sayang dan lemah lembut.
2. Kedatangan Malaikat Munkar dan Nakir di kubur nya yang tidak menakutkan.
3. Ia aman ketika terjadi huru hara besar.
4. Keburukan nya di mansuhkan dan segala amal baik nya di terima.
5. Ia melintasi titian shirat secepat kilat dan masuk syurga dengan selamat.
(Al-Hadith
).

Saturday, 11 February 2012

~~*MaMPuKaH KiTa MiLiKi*~~


♥ SeBuAh HaTi YaNg
TaK PeRnAh MeMbEnCi

♥ SeBuAh SeNyUmAn YaNg
TaK pErNaH pUdAr...
...
♥ SeBuAh SeNtUhAn YaNg
TaK pErNaH mEnYaKiTi...

♥ SeBuAh KeJuJuRaN yAnG
tAk pErNaH bErHeNtI...

♥ DaN sEbUaH hAtI yAnG
mUdaH mEmAaFkAn....



ANAKANDA NAJIHA... bonda sayang padamu

Friday, 10 February 2012

~~~*SHaRiFaH HaNiM~Indahnya budimu*~~~


SHARIFAH HANIM....
indahnya namamu...indahnya budimu...indahnya istiqomahmu..
saat ini hati kecil ini berbisik... betapalah kalau saat ini 
diri ini dapat menggenggam erat jejarimu.. 
menatap ikhlasnya lirikkan matamu.
dapat merasa hangatnya pelukkan kasih sahabat syifanya... 
Sharifah HANIM... sepertiga malam ini hati ini terusik...
ingatan kasihku seperti laju mencarimu dalam doaku...

S ~ Sharifah Hanim namamu yang indah
       semenjak mengenalimu.. diingatan ini adalah ikhlasmu.
       sering hadir bersama istiqomahmu... kuatnya semangatmu...

H~ Hatimu luhur dalam menemani sahabat2mu
      Hadirmu bersama sinar pagi dengan salam semangat..
      Hanya yang merasai kasihmu dapat menyimpan budimu

A~ Antara ketegasan dan kelembutan
      Antara senyuman dan tangisan
      Antara yang dekat dan yang kejauhan

R~ Rindunya bila sehari tidak ada bingkisan
      Resahnya hati bila tidak ada sapaan
      Ruang rasa seperti tidak ada makanan

I~  Impianmu..biar para sahabat menjadi kuat
      Indahnya tiap bait-bait kata semangatmu
      Inilah yang menjadikan hati kami terikat....

F~ Fahamilah betapa kasih sahabatmu ini
      Fahamilah betapa rindu sahabatmu ini
      Fahamilah betapa inginnya sahabatmu ini

A~ Andainya diberi pilihan..kupilih dirimu
      Antara berjuta, kau sahabat syifa'ku
      Antara kita ada ikatan kasih..ukhwahfillah yg padu

H~ Hanya yang mengenalimu akan merasainya
      Hadirmu yang sentiasa ditunggu ..dicari bila tiada..
      HANIM... izinkan sahabatmu untuk terus bersimpuh dihatimu.


H~ HANIM..kaulah teman...kaulah sahabat
      Hatibudimu tertanam rasa ikhlas yang kuat
      Hadirmu dngn kata semangat yg jitu dan padat....

A~ Andainya suatu hari diri ini tiada lagi
      Al-Fatihah kirimkan terus ya sahabat
      Akan bahagialah diri jika kita terus diingat

N~ Namamu akan terusku pahat
      Nilai persahabatan yg luhur tercatat
      Nanti tiba masanya kita  pasti bertemu ya sahabat...

I~  Inilahlah rasa hatiku sejak mengenalimu
      Inilah harapan yang inginku semat dihatimu
      Ingin terus disayangi sepanjang usia yg sudah ditentu...

M~Mengenalimu satu anugerah
     Menyayangimu suatu yg indah
     Mendoakanmu itulah yang ingin kuserah ... YA ALLAH.. izinkan aku bersimpuh dihatinya...

SHARIFAH HANIM~~
Izinkan aku bersimpuh dihatimu... IDA...
 

~~*Disebalik DOA DhuHaMU Ya ALLAH*~~


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 الله أَكْبَر  الله أَكْبَر  الله أَكْبَر 

Ya.. ALLAH besarnya rahmatMU.... Ya RazaQ.. Ya Latiff...
seawal pagi rasa kerinduan yg sukar dihurai...  mengapa mesti ada perasaan begini.. 
aduhaii.. tak terlafaz dengan kata...  bacaan Yasin dngn airmata usai solat dhuha...  Alhamdulillah.. terasa lega... jangan dilayan rasa yg entah apa.apa...  merenung potret lama.. sebaknya...  pujuk hati..jom-jom, keluar rumah.. bicara dngn pokok2 ditaman mini yg mekar berbunga ...yaa..benar..ada sedikit ketenangan menyapa sudut hati...

Zikrullah berulang... selawat untuk RasullahSAW tak putus-putus...  lapangkanlah hati yg dilanda keresahan tiba-tiba ini.... الله أَكْبَر  الله أَكْبَر  الله أَكْبَر   air tak ada??? aduhaiii...kesiannya pokok2 bunga yg tk dapat disiram.. tak apalah.. tapi bunga2 yg mekar berkembang tetap seperti tersenyum melihat tuannya yg tidak ketentuan ini..  SubhanALLAH...

tengahari menjadi sedikit panas..dengan air yg masih belum ada.... tak perlulah bersusah masak.. tak ada siapa nk makan pun... sendirian.11.30pagi.. msg dari NUR NAZURA.. Alhamdulillah...  bersama minum petang dgn puteri trsayang..bahagianya rasa... Usai solat maghrib.. sesudah lidah basah dngn bacaan ayat2 suci Al-Quran.. bacaan Yasin lagi...semoga hati terus tenang.... YA ALLAH ....ENGKAU Yang maha pengasih lagi maha penyayang.... deringan telefon... bila diangkat... sayup2 terdengar ucapan ... لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 
mama sihat... rinduuuuu sangat2 kat mama dan abah... ASYRAF MUZAMMIL.... ALLAHswt mendengar keluh kesah mama...dan cepatnya dimakbulkan doa mama .. gugur airmata.. Syukur ya ALLAH...  senyum kembali terukir pada hati mama... 

Cerah dan terang mentari Jumaat 10/2/12... 8.26 pagi...sekali lagi trkejut..ketika wajah masih lagi basah dengan air wuduk untuk solat dhuha...  panggilan dari anak solehah......... NUR HIDAYAH...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
sekali lagi hati dibuai rasa syukur... berkaca mata mendengar suara puteri yg seorang ini... tak sabar mahu memelukmu.. rindunya....  YA ALLAH.. ENGKAU MAHA Pengasih lagi maha Penyayang...  bersarapan diluar bersama abah dngan senyum yg memanjang.... disaat abah sudah melangkah kaki ke masjid untuk solat Jumaat...sekali lgi rasa syukur yg teramat... msg yg masuk...  لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
bonda...NUR rindu bonda sangat2.. NUR CHINTA ELEEZE....  rasa seperti mahu terus sujud syukur.... berkaca mata yg tidak dapat ditahan lagi... aduhai .. YA ALLAH ENGKAU MAHA segalanya...  Usai solat Zohor...dengan syukur dan doa yg berganda... sekali lagi terkejut... bila deringan h/p dijawab...لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
 ....  Ini NOR.. Nor Atau Nur.. dah mula rasa keliru.. NOR..NOR ACMA.. sahabat syifa'ku...yang selalu hadir bersama doa...yg menyimpan kisah duka hati sahabatmu ini...yang amat memahami..YA ALLAH.... rezeki apakah yg sedang kau aturkan dan taburkan untuk hambaMU ini YA RAZAQ.... terharu..benar rasa terkedu... tak terlafaz dengan kata.... ENGKAU yang pengasih.... melimpahkan sebanyak2 rahmat bila DOA itu menjadi senjata...

saat catatan ini dibuat.. azan Asar terdengar dari Surau Al-MUNAWARAH...   syukur YA ALLAH... DHUHAlah.... solat dhuha yg menjanjikan limpahan rezeki yg berpanjangan... ALHAMDULILLAH....    



 الله أَكْبَر......    

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers