Sunday, 19 February 2012
~~*Untukmu anak-anak Solehahku*~~
Tips Memilih Calon Suami Yang Baik (◕‿◕)
••► Kuat Agamanya
bila orang lain sibuk mencari cinta dia sibuk mencari agama.
••► Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.
••► Tegas Mempertahankan Maruah
••► Amanah
bila dia berjanji dia menepati,
••► Tidak kedekut
tidak kedekut dalam menyampaikan ilmu
••► Terbatas Pergaulan
apabila dia terlihat aurat wanita (bukan mahram)dengan pantas dia mengalihkan pandanganya...apabila dia melihat wanita dia sentiasa menundukkan wajahnya.
••► Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
••► Bertanggungjawab
iaitu memberi isteri dan anak2 pakaian islam.
••► Tenang Wajah
mulut yang berzikir,mata yang tidak pernah jemu melihat Al-Quraan . Tangan yg tidak pernah penat dalam melakukan kebaikan...air mata yang jatuh kerana taubat.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya. InsyaALLAH..
Friday, 17 February 2012
~~DISAAT KeKeLiRuAn~~
*.:Ketika Hati Menangis:.*
TUHANku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….
TUHANku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMU tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMU
syahdu malam tak terasa sunyi..
TUHANku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…
TUHANku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
Kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam
Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan pil berlebihan
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…
TUHANku Yang Maha Pengasih
rahmatMU tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku KAU terima…

**PUTERI EZIANA**-- LAA TAHZAN.....
Thursday, 16 February 2012
~~PERKENANKANLAH YA ALLAH~~
- اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya ALLAH...bantulah aku untuk selalu mengingatiMU,
bersyukur kepadaMU dan perbaiki ibadahku...
Ya ALLAH...
kami mohon hati yg sentiasa takut melakukan dosa walaupun bersendirian dan berkesempatan....
kami mohon mata yang menangis kerana dosa padaMU
kami mohon jiwa yang sentiasa cukup dengan rezeki pemberianMU
kami mohon rasa yg tamak untuk perbanyakkan ibadat padaMU...
kami mohon rasa syukur atas segala takdir dariMU...
kami mohon kaki yang sentiasa melangkah lurus kejalanMU...
kami bersyukur atas kurniaMU kerana menutupi aib-aib kami...
kami bersyukur atas hidayahMU yg berterusan ini...
YA RAZAQ YA LATIFF..
bantulah kami untuk terus berani...AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR...
Aamiinn Ya ALLAH..Ya Robbal Aalaamiinn...

Monday, 13 February 2012
~~*SOLAT ITU TIANG AGAMA*~~
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
SEKSAAN BAGI ORANG YG MENINGGALKAN SOLAT.
Seksaan Semasa Hidup di Dunia
1) Umurnya tidak berkat.
2) Akan dihapuskan tanda2 orang soleh dari mukanya.
3) Tiap2 amal yg dikerjakannya tiada diberikan pahala kepadanya.
4) Segala doanya tiada diperkenankan oleh ALLAHswt.
5) Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6) Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang2 soleh.
Seksaan Ketika Hendak Mati
1) Mati dalam kehinaan.
2) Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3) Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehinggakan jika dtuangkan ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga.
Seksaan di Alam Kubur
1) Kuburnya disempitkan.
2) Dinyalakan api, yang mana dia akan membalik-balikkan dirinya dalam bara api itu.
3) Allah mengarahkan ular yang besar, dinamakan "Shajkul Akrak", utk menyeksa si mayat. Ular itu akan berkata,"Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur, sebab engkau sia2kan waktu Zuhur; dipukul pula hingga Asar, sebab engkau sia2kan wktu Asar..."Begitulah seterusnya setiap hari, siang dan malam, sehingga hari kiamat.
Seksaan di Hari Kiamat
1) Allah memerintah malaikat azab menghela mereka orang yang tidak solat itu ke dalam neraka.
2) Allah menilik pada orang yang tidak solat dengan tilikan yang murka.
3) Allah akan mengira orang yang tidak solat itu kiraan yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagimana firman-NYA yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka mnjawab, "Kami tidak solat"
Sumber Buku: Ensiklopedia Solat (Terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd)
Akulah AKULAH seorang pemburu, yang kehilangan rimba persis seorang perantau, yang sesat di kota...
akulah seorang nelayan, yang kehilangan perahu
persis sepasang kaki, yang kehilangan sepatu...
akulah seorang penyair, yang kehilangan ilham
persis sebatang pena, yang kehilangan kalam...
Semoga aku tidak kehilanganMU dalam simpuh dan tunduksujudku
hambamu yg kerdil... mendatangiMU dalam payah dan KAU menghulur sejuta berkah...
Sunday, 12 February 2012
- اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Ya ALLAH...Bantulah aku untuk selalu mengingatiMU, bersyukur kepadaMU dan perbaiki ibadahku...
... Laa Tahzan Innallaaha Ma’anaa لا تحزن ان الله معنا
... kebahagiaan itu akan datang bila kita tersenyum menyambut kesulitan
... kita tenang disaat api dan angin kemarahan sedang membuak diingatan
...kita pasrah dengan yang hilang dari pandangan
... kita berlapang dada dengan segala takdir Tuhan
...lalu kita bersyukur dengan hadirnya rasa ketaqwaan
...betapa bertuahnya kita dilahirkan dalam cahaya keISLAMan....
~~*KeLeBiHaN SOLAT SuNaT*~~
❤ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤
KELEBIHAN SOLAT-SOLAT SUNAT.
SOLAT fardhu itu wajib dilaksanakan dalam apa keadaan sekali pun selagi kita waras berfikir. Disamping amalan wajib yang mesti dikerjakan, agama Islam menggalakkan umatnya untuk menambah kebajikan dengan melakukan amalan sunat yang lain seperti melakukan solat-solat sunat mengikut kemampuan masing-masing. Antara solat sunat yang disyariatkan adalah seperti solat tahajjud, solat Dhuha, solat sunat yang mengiringi solat fardhu (qabliah dan ba'diah), solat istisqa, solat istikharah dan solat sunat Tasbih.
Solat-solat ini jika dilakukan akan menambahkan pahala dan menampung kekurangan pada solat wajib yang kita lakukan sehari-hari. Ada kemungkinan amalan wajib yang kita lakukan tidak cukup sempurna seperti tidak kusyuk', bacaan tidak sempurna dan sebagainya. Maka kekurangan itu dapat diperbaiki melalui amalan sunat yang dilakukan.
Menurut Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Perkara pertama yag dihitung ke atas seorang hamba pada hari Kiamat adalah solatnya. Jika ia baik, maka dia telah berjaya dan cemerlang da jika buruk, maka dia telah gagal dan rugi. Jika terdapat kekurangan pada amalan fardhunya, maka ALLAH 'AZZA WAJALLA berfirman : "Lihatlah jika hamba-Ku ada melakukan perkara sunat". Maka ia pun menyempurnakan apa yang kurang pada amalan fardhu. Demikianlah yang terjadi ke atas amalan-amalan lain". (Hadith sahih Riwayat At-Tirmidzi dan Daud).
Ingatlah...Setiap solat sunat yang dilakukan mempunyai kelebihan tersendiri dan kesemuanya disukai oleh Allah s.w.t. Sebagai hamba yang mempunyai banyak kelemahan, sudah pasti kita tidak dapat melakukan kesemuanya. Namun, cubalah sedaya upaya menambah pahala amalan wajib dengan membanyakkan amalan sunat. InsyaAllah, semoga hati kita tidak akan selalu berasa bimbang dengan hal-hal keduniaan dan segala urusan kita akan dijaga oleh Allah Yang Maha Esa. Mudah-mudahan kita digolongkan dalam kalangan orang mukmin yang diterima amalannya di sisi Allah s.w.t InsyaALLAH..

~~*Kesejahteraan dan kebahagiaan*~~
~* Sepuluh jenis kesejahteraan dan kebahagiaan*~
Kebahagiaan ada sepuluh jenis. Lima di dunia dan lima di akhirat.
Lima jenis kebahagiaan didunia adalah:
1. Kesejahteraan ilmu.
2. Ketenangan ibadah.
3. Rezeki halal yang diberkati
4. Sabar menghadapi bencana.
5. Syukur menerima nikmat.
Lima jenis kesejahteraan di akhirat adalah :
1. Malaikat pencabut nyawa datang dengan kasih sayang dan lemah lembut.
2. Kedatangan Malaikat Munkar dan Nakir di kubur nya yang tidak menakutkan.
3. Ia aman ketika terjadi huru hara besar.
4. Keburukan nya di mansuhkan dan segala amal baik nya di terima.
5. Ia melintasi titian shirat secepat kilat dan masuk syurga dengan selamat.
(Al-Hadith).

Subscribe to:
Posts (Atom)