Thursday, 8 March 2012

~~* KELEBIHAN ISTIGHFAR *~~


Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.

Ia merupakan tradisi ritual Islam yang sangat fundamental sebab dalam Istighfar itu mengandungi beberapa elemen rohani, sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Qur’an mahupun Sunnah Rasulullah saw.

Sejumlah ayat tentang Istighfar banyak terdapat dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw, misalnya :

"Mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera ingat akan Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya...(QS. 3:135).

"Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha penerima Taubat." (QS. 110:3)

"...dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar." (QS. 3:17).

"Maha Suci Engkau Wahai ALLAH, Tuhanku! Dan dengan segala puji bagi-Mu Ya ALLAH,  Tuhanku, ampunilah aku! Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, lagi Maha Pengasih." (HR. al-Hakim).

"Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka." (HR. Abu Dawud dan Nasa'i).

"Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku beristighfar seratus kali setiap hari." (HR. Muslim).

"Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal 'Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya)." (HR. at-Tirmidzi).

Terjemahan Istighfar: "Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung"

Istighfar memiliki dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan ALLAHswt. Semoga selama ini yg kita sebut istighfar mencapai akan makna-maknanya.

Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu ALLAHswt sangat menyukai hamba-hambaNYA yang terus beristighfar. Kerana tidak ada satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita, agar ALLAHswt mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi segala aib-aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta kepada ALLAHswt, memohon kepada ALLAH, amat sangat, agar ALLAHswt memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita berasa nikmat dalam ibadah dan sentiasa khusyuk, menjadikan akhlaq kita bertambah mulia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: 

“سبحانك اللهم وبحمدك، اللهم أغفر لي، إنك أنت التواب الرحيم...”

Yang bermaksud: “Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan 

aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku 

Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang.”


Tuesday, 6 March 2012

~~*ADUHAI..CePaTnYa MaSa BeRLaLu*~~



Sedar tak sedar... hari nii, hari terakhir Ain dengn mama kan... sedihnya nk lepaskan AIN pada yg hak... pagi nii flight mak....bermakna malam tadi malam terakhir Ain bersama mama.... akan sunyilah makan tengah hari mama...tak kan ada lagi keseronokkan menemani Ain makan dilewat malam tika Ain balik brkerja...huhuhu ..pasti mama akan rinduuu dn senyum ingatkan mulut Ain yg tak pernah putus-putus ucapkan terimakasih......sayangnya nak lepaskan  semua nii pergi dari hidup mama....


Mama mohon maaf kerana tak seperti mana diharapkan layanan mama pada Ain... mama tak pandai nak mengambil hati,  yang mama ada cuma rasa berbesar hati kesudian Ain tinggal dengan mama.... mama sangat simple dalam segala hal.. Ain tahu kan.. tapi mama cukup teliti dalam kasih sayang... TAMAKnya mama kan... 


Mama harapkan Ain tak kan pernah serik untuk sesekali bertandang dan bermalam dirumah mama lagi...
AIN.. maafkan mama kerana melukakan hati Ain... mama tak bermaksud untuk itu...tapi demi masa depan Ain.... mama akan terus mendoakan yang terbaik buat AIN.. sampai kehujung usia..mama takkan pernah melupakan AIN.. . nama AIN akan terus terpahat dihati mama... diri AIN akan terus melekat dalam ingatan mama... maafkan mama menghampakan segala harapan.... selalu mama ingatkan... sedar diri, sedar ruang... dan mama mohon maaf atas semua kekurangan dan atas keterpaksaan ini... sayang mama pada AIN tidak akan ada yang mengerti..... biar mama simpan kemas dalam lipatan hati mama....aduhaiiiiii...

Monday, 5 March 2012

~~*salam kasih sayang bonda*~~




Sebaknya hati bonda bila menyambut kedatangan anak-anak yang dikasihi, Awi dan Faris petang semalam..... nampak tenang kan wajah bonda... tapi jauh disudut hati... bonda menahan rasa rindu pada hari2 semalam yang indah...rindu melihat kamu semua berkumpul diteratak bonda...riuh, bergelak ketawa... Rasa terharu sangat2 bila Awi dan Faris sudi datang kerumah menjenguk bonda walaupun tanpa Asyraf... kebetulan kan, bila bonda sedang melayani suara buah hati yang seorang tuu... aduhaaiii nyeerrrr punnnn... kalaulah rindu ini boleh dibasuh...


terubat rasa rindu pada Asyraf .... maaf tak seberapa layanan bonda, tapi bonda amat berbesar hati menyambut kehadiran Awi dn Faris... happy sangat2.... maafkan bonda... banyaknya yg bonda tanya pd Awi dan Faris... dengan hujan yg lebat mencurah...seperti memahami...sejuknya hati bonda menyambut kedatangan anak2 yg dikasihi... rasa sayang nk lepaskan kamu semua balik... nanti Asyraf balik, bonda akan masakkan yg istimewa untuk kamu semua bersantai diteratak bonda... tak sabar rasanya....aduhaiii sakitnya rasa rinduuuu....


Awi bonda tahu rindumu yang membuak pada ALLAHyarhamah mak MASHITOH kan... إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ


  kesedihanmu yg selalu ditutup dengan gelak tawa bila bersama kawan2.... tenangnya wajah Awi... cemburunya bonda melihat kekuatanmu...sedangkan bonda sendiri selalu tewas pada kerinduan...


~~**Whenever you feel weak
remember those who made you strong
Whenever you start doubt yourself
remember those who believe in you**~~

Perlu diingat, ujian juga adalah tanda kasih dan cinta Allah terhadap kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ∙“Daripada
Anas, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah cinta kepada
suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa reda menerima ujian itu,
Allah reda pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak reda),
maka Allah murka ∙∙kepadanya.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tarmizi).




Faris... ceria Faris mengingatkan bonda pd Asyraf... Semoga ukhuwahfillah antara kamu sampai ke JannahNYA..
rindunya bonda nak mendengar keriuhan suara gembira seperti dulu...rindunya bonda saat semalam yang riang.. dulu Asyraf kuat dengan SAFF nya...
S~ ShaFIQ
A~ Asyraf
F~ Firdaus
F~ Faiz
Semalam bonda mencari SAFFnya yang hilang... 
dan saat ini bonda rasa Asyraf dah jumpa saff nya kembali...
S~ Saufi
A~ Asyraf
F~ Faris
W~Wawi 
A~ Amer
N~ Najib
SAFWAN ~ bermaksud bersih dan ikhlas .... leganya rasa hati bonda... Alhamdulillah...

Awi, Faris, Najib dan Amer....terimakasih sekali lagi kerana selalu hadir dengan semangat disaat Asyraf jatuh...



Monday, 27 February 2012

~~BiLa SeSeKaLi PeNyAkiT MeNyApA~~

Minggu yang bermula dengan berita sedih dan menyebakkan... seawal pagi Ahad dapat panggilan dr Asyraf.... jangan lupa ya mama.. doakan selalu.. ALLAH selalu makbulkan doa mama... aduhai...tingginya kau letakkan mamamu... siapalah mama untuk selalu terpilih... tapi satu yg selalu mama ingatkan adalah keYAKINan ketika berdoa... jangan berputus harap... kesayuan itu bertali arus rupanya....rindunya mama padamu hanya ALLAH yang tahu. Tiada siapa dapat mengganti tempatmu...


Kesan kerinduan ini sepertinya bertali arus...bila kisah penderitaan anakanda Faris Nur Daniel yang menderita kanser darah... sama seperti penyakit ALLAHyarham anakanda SyafiQ... ramai sahabat2 FB berterusan menyebarkan maklumat dan info untuk membantu Faris yang terlantar koma dikatil wad....aduhaiiii, sayunya rasa hati... penyakit yang menyerang tanpa mengenal pangkat darjat dan batas usia. Kesannya mama menjadi terlalu perasa... mata sentiasa berkaca...demam yang telah sedia ada menjadikan suhunya meningkat tiba-tiba. Tiada lagi makanan yang sedap pada selera.... Semuanya pahit dan kelat....



Saat mama benar-benar tidak lagi bermaya.... anakanda Faris juga dipanggil pulang oleh maha PENCIPTA.. Luluh hati menatap gambar disaat2 akhirnya... Airmata yang mengalir dipipinya... Airmata ayah dan ibunya.. Terbayang betapa tenangnya raut wajah ayahnya ketika datang kerumah baru2 ini... Mengenakan kain pelikat abah dan bersolat dibilik Asyraf... Dia diuji dengan begitu hebat... Kini anakanda Faris mungkin sudah berbahagia dengan dunia barunya bersama anakanda Shafiq yg kembali kesisi yang ESA pada 11/6/2011......

 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ





dan... 
bila rindu tak boleh dibasuh....
bila rindu melekat dihati...dirasa...
airmata tidak mungkin dapat menghilangkannya
akhirnya mama terpaksa menghadapi pasa yang baru.mama terpaksa dirawat....

paras BP mama yang terlalu rendah 80/50...
Iinilah saja menu yang mama jamah ....

Sunday, 19 February 2012

~~*Untukmu anak-anak Solehahku*~~


Tips Memilih Calon Suami Yang Baik (◕‿◕)

••► Kuat Agamanya
bila orang lain sibuk mencari cinta dia sibuk mencari agama.

••► Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.

••► Tegas Mempertahankan Maruah

••► Amanah
bila dia berjanji dia menepati,

••► Tidak kedekut
tidak kedekut dalam menyampaikan ilmu

••► Terbatas Pergaulan
apabila dia terlihat aurat wanita (bukan mahram)dengan pantas dia mengalihkan pandanganya...apabila dia melihat wanita dia sentiasa menundukkan wajahnya.

••► Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

••► Bertanggungjawab
iaitu memberi isteri dan anak2 pakaian islam.

••► Tenang Wajah
mulut yang berzikir,mata yang tidak pernah jemu melihat Al-Quraan . Tangan yg tidak pernah penat dalam melakukan kebaikan...air mata yang jatuh kerana taubat.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya. InsyaALLAH..

Friday, 17 February 2012

~~DISAAT KeKeLiRuAn~~



*‎.:Ketika Hati Menangis:.*
TUHANku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

TUHANku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMU tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMU
syahdu malam tak terasa sunyi..

TUHANku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

TUHANku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
Kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan pil berlebihan
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

TUHANku Yang Maha Pengasih
rahmatMU tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku KAU terima…

**PUTERI EZIANA**-- LAA TAHZAN.....

Thursday, 16 February 2012

~~PERKENANKANLAH YA ALLAH~~

  • اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
     Ya ALLAH...bantulah aku untuk selalu mengingatiMU, 
      bersyukur kepadaMU dan perbaiki ibadahku...

Ya ALLAH...
kami mohon hati yg sentiasa takut melakukan dosa walaupun bersendirian dan berkesempatan....
kami mohon mata yang menangis kerana dosa padaMU 
kami mohon jiwa yang sentiasa cukup dengan rezeki pemberianMU 
kami mohon rasa yg tamak untuk perbanyakkan ibadat padaMU...
kami mohon rasa syukur atas segala takdir dariMU...
kami mohon kaki yang sentiasa melangkah lurus kejalanMU...
kami bersyukur atas kurniaMU kerana menutupi aib-aib kami...
kami bersyukur atas hidayahMU yg berterusan ini... 

YA RAZAQ YA LATIFF..
bantulah kami untuk terus berani...AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR...
Aamiinn Ya ALLAH..Ya Robbal Aalaamiinn...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers