Thursday, 6 December 2012

~~*BaNYaknYa KiSaH*~~

Sepatutnya semua kisah telah lama tercatat...namun atas kesilapan teknikal, semuanya terpaksa disimpan dan diselamatkan....betullah, banyak yang masih perlu dipelajari... Terimaksih yang tidak terhingga buat CIKGU REHANIS HANIE yang memberikan cadangan... 

macam tak percaya... banyak kisah yang tak diduga berlaku....kebetulan yang penuh keriangan...pertemuan dua sahabat baik dimalam menyambut awal Muharram 1434... sayangnya tak ada gambar diambil untuk kenangan bersama...terasa sedikit RALAT

Usai solat asar, dapat panggilan dari Laili...(kebetulan kami bertemu semula sewaktu menyambut aidil adha di Melaka pada 26/10/2012) ... tak langsung menyangka... dan Laili berjanji nak hubungi bila dia dan famili  sampai di Sg Petani pd 14/11... Terkejut bercampur bahagia.. tapi masa sangat-sangat tidak mengizinkan untuk terus berjumpa Laili saat itu. Jawapan Lali yang suaminya masih dalam perjalanan balik dari Bukit Kayu Hitam, melegakan hati...apapun Laili, kakcik terpaksa menunggu suami balik dari pejabat. Tak disangka sepupu yang baru kehilangan suami akibat kanser setahun yang lalu, telefon dan mahu bermalam dirumah... Dan seperti biasa jiran baik akan mengadakan jamuan doa selamat selepas solat Isya'...seperti selalu jiran yang lain akan bergotong royong menyediakan menu..
Apapun kekalutan doa akhir tahun tetap tak dilupa......



dan selesai doa untuk solat maghrib ..bacaan doa untuk awal tahun dipohon, smoga tahun baru yg tiba akan sentiasa dalam rahmat dan berkat ILAHI


Alhamdulillah selesai perintah ALLAH yang satu, bergegas kestesyen bas menanti sepupu....
la
mbatnya terasa menunggu... 9mlm baru bas sampai..
Azien..bibirmu tak pernah lekang dengan senyuman ...
  
    Apapun semua perancangan nampaknya berjalan lancar.
balik kerumah dan siapkan juadah buat tetamu..terus solat isya' sebelum melangkah kaki kemajlis doa selamat. Terlambat sedikit tapi semuanya telah sedia maklum akan kelewatan ini. Terpaksa juga hadirkan diri walau sesibuk manapun jadual... tetiba teringat kan Laili... YA ALLAH.... hampir terlupa dik kesuntukkan masa, terus call Laili. Alhamdulillah, Laili masih belum tidur...masih dikedai dobi walaupun dah pukul 10 malam.. Bergegas ke Park Avenue tempat penginapan Laili dan family... Berdebar juga kerana terpaksa menyusahkan Laili menunggu. Tentu Laili dan suami keletihan kerana menempuh perjalanan yang jauh dari Melaka ke utara.. apapun janji tetap dikota. Mujurlah suami cukup sporting untuk menemani ..begitu juga suami Laili, setia menemani Laili untuk berjumpa kami berdua..  SUBHANALLAH... maha suci ALLAH, tanpa diduga suami kita adalah sahabat baik yang terpisah lebih 32 tahun...mereka sama2 menuntut di MPSI dahulu... Apalagi.. panjangnya cerita malam tu... pelbagai kenangan antara mereka berdua dapat kita ketahui kan Laili...hampir 2 pagi baru kita bersurai...

Pagi tahu baru, sebelum bertolak ke Perak bersama sepupu Azian untuk majlis perkahwinan saudara, sudah ada tetamu bersama buah tangan dari kampung. IDAH, terimaksih, selalu jaa ada buah tangannya bila balik dari kampung... semoga rezekimu bertambah dan diberkati...
.  Alhamdulillah manggis ..buah yang paling disukai...




Balik dari Perak, terus tunaikan kewajipan...dah pukul 5.30ptg....dan belum pun hilang lelahnya, sudah ada tetamu, bunyi loceng sudah mngejut mata yg hampir2 mahu terlelap...tetamu datang bersama sijil-sijil... untuk dicop dan disahkan beserta tandatangan.... ohh..tanda tangan BERHARGA dari En.suami...
Sementara menunggu masuk waktu maghrib berbual-bual sambil2 melayan keletihan dengan snek ...


trasa seperti anak-anak sekejap.... 
Sekali lagi tersentak dengan msg... "AS'SALAM, bonda, malam ni bonda  ada kt umah tak? Nak dtg ha kalo bleh..ngan awi ,njib.."  Msg dari FARIS...so terus tanya abah, macam mana.., abah kata terpulang la.. dan brtanya nak masak apa...abah syorkan untuk beli jaa kat kedai ... hmmm, rasa tak best pulak kan...selesai solat maghrib, macam lipas kudung ... Alhamdulillah..siap juga juadah yang ala-ala jaa... terimaksih Farouq yang tolong snap gambar nii dan postkan untuk bonda...
.

kamu semua dihati bonda.. terimaksih kerana sudi menziarahi bonda biarpun tanpa Asyraf disini.. Terharu sangat perasaan bonda dan abah...

                                     AWI, FARIS, NAJIB, FAROUQ dan AMER

Indahnya menyambut AWAL MUHARRAM 1434...
penuh REZEKI... rezeki pertemuan, rezeki pemberian dan rezeki tetamu kasayangan... ALHAMDULILLAH...






Sunday, 25 November 2012

~~*DETIK-DETIK WAFATNYA RASULULLAHsaw*~~


 DETIK-DETIK WAFATNYA NABI MUHAMMAD SAW ::

Sebelum malaikat Izrail diperintah Allah SWT untuk mencabut nyawa Nabi Muhammad SAW, Allah SWT

berpesan kepada malaikat Jibril. “Hai Jibril, jika kekasih-Ku menolaknya, laranglah Izrail melakukan tugasnya!”

Sungguh berharganya manusia yang satu ini yang tidak lain adalah Nabi Muhammad SAW.


Di rumah Nabi Muhammad SAW, Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam



. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk sambil berkata, “Maafkanlah,


ayahku sedang demam” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah kembali



menemani Nabi Muhammad SAW yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah 



itu wahai anakku?”. “Tak tahulah ayahku, sepertinya orang baru, kerana baru sekali ini aku melihatnya” tutur


Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi



 bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah wahai anakku, dialah yang menghapuskan



 kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut” kata Rasulullah

,

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut pun datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan



kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah



SWT dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan




 suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga

terbuka lebar menanti kedatanganmu” kata malaikat Jibril.


Tapi itu ternyata tidak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang



 mendengar khabar ini?” Tanya Jmalaikat ibril lagi. “Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” 



“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar bahwa Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan 



syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata malaikat Jibril. Detik-detik



semakin dekat, saatnya malaikat Izrail melakukan tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah ditarik

.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul



 maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam



 dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah



pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah,



 dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku” Badan Rasulullah



mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan



sesuatu, Ali mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum (peliharalah solat 



dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)”.

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di



 wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii



, ummatiii! (Umatku, umatku, umatku)”. Dan, berakhirlah hidup manusia yang paling mulia yang memberi 



sinaran itu. Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim.

اللّھُمَّ صَلِّ عَلٰی سَيِّدِنَا وَ مَولَانَا مُحَمَّدٍ وَّ عَلٰی اٰلِہ وَ صَحْبِہ وَ بَارِکْ وَسَلِّمْ



Ya Allah, Berikanlah untuk Muhammad “al wasilah” (darjat) dan keutamaan. Dan tempatkanlah ia di tempat



 terpuji sebagaimana yang telah Engkau janjikan”. Betapa mendalam cinta Rasulullah kepada kita ummatnya,



 bahkan diakhir kehidupannya hanya kita yang ada dalam fikirannya. Sakitnya sakaratul maut itu tetapi sedikit



sekali kita mengingatnya bahkan untuk sekedar menyebut namanya..


اللّھُمَّ صَلِّ عَلٰی سَيِّدِنَا وَ مَولَانَا مُحَمَّدٍ وَّ عَلٰی اٰلِہ وَ صَحْبِہ وَ بَارِکْ وَسَلِّمْ

 .

Aamiin

Tuesday, 13 November 2012

~~*InDaHnYa PeRTeMuaN*~~



Biarpun bukan untuk yang pertama kali...tapi debaran tetap terasa. Bila dapat pesanan ringkas dari Nur..hati ini sangat2 bahagia. NUR ada di Langkawi. Nur berharap kita berjumpa. Ya ALLAH, sukanya hati bila sahabat yg jauh masih sudi menghubungi... berharap untuk bertemu ditempat yang sama... tak kisahlah walaupun cuma di Hentian R & R Gurun... Ahad 4hb.November 2012...cuba hubungi Zu, tapi panggilan tak berjawab. dan Zu tel semula dan mohon maaf tak dapat ikut... talian terhenti tiba2 sewaktu berbual..agak musykil tapi zu kata hujan lebat... teringat pertemuan dulu Zu ikut serta..

Cuba bertolak lebih awal... tak mau kalut, namun sebaik sampai dihentian...banyaknya kenderaan... tempat solat jadi sesak..bilik air penuh... nasib baiklah wuduk belum terbatal lagi...so teruslah bersolat sebaik ada jemaah yang selesai... bergilir sebab tempat parking dah penuh, jadi tak boleh parking sesuka hati...nasib baik ramai yang singgah cuma sekejap.. Hujan masih turun... sekejap lebat sekejap renyai... Alhamdulillah sejuk ...rasa tak sabar sangat.. Msg dari NUR.. haighway sesak teruk..lambat sikit nak sampai ke Gurun... tak kisahlah... 8.30 mlm baru NUR dan rombongan PERKASA sampai..biarkan dulu Nur bersolat hingga selesai... Tiba masanya untuk bersama.. LUCU, bila asyik berbalas tanya...rupanya orang yang dicari cuma jaraknya hanya 4 - 5 langkah saja... geli hati sungguh... bersalam dan memeluk sahabat yang baik hati ini... Syukur Ya ALLAH, KAU izinkan kami bersama... Rezeki terindah... punya sahabat yang cukup memahami...

Ramainya orang..bersesak diruang gerai makan yang tidak seberapa... Nur dan Idah Nai (sahabat baru) beratur mengambil makanan.... kita makan sambil bercerita..sayangnya masa amat terbatas...


rasa nak ulang pertemuan ini... sekejap sangat...
lepas makan sempat bergambar kenangan... Terimakasih ye NUR dan IDAH NAI atas kesudian 






Nur sempat berjumpa Wawa yang masih nyenyak tidur didalam kereta... Terimaksih juga pemberian $$ buat Wawa serta ole-ole dari Langkawi buat kami...


memandangkan kita dah makan bersama ...dan hujan yang lebat berterusan ...cuma singgah digerai burger dan nasi lemak untuk makan malam abah dan Wawa. Abah kata, itu pun dah syukur Alhamdulillah..

semoga kita akan dapat bersama lagi sahabat yang dikasihi  NURASAINA NZA dan IDAH NAI....


~~*LiKu-LiKu PeRJaLaNaN*~~

Cepatnya masa berlari... tanpa sesiapa dapat menahan, November 2012 sudah pun dipertengahan. Dalam meniti masa, segala macam peristiwa menyapa diri... berbelit dengan rantaian dugaan..Perjalanan anak-anak diuji hebat memaksa diri yang bergelar ibu untuk turut berduka. Terkadang rasa seperti tidak percaya, ujian demi ujian buat mereka.... Hampir saban hari diuji hebat dengan mental dan fizikal...


Panggilan yang tiba selalu membawa kabar duka... hati abah dan mama seringkali diusung pilu. Dengki khianat manusia seperti tiada berkesudahan.  Bila Asyraf balik hujung minggu, terkejut mama...senyum mama dan abah menyambut  kepulangan. tapi malam itu juga membuka segala cerita. Asyraf sakit tiba-tiba.. merangkak dari ruang tamu keruang makan... terlalu sakit.... tanpa berfikir panjang bergegas ke klinik  dan rawatan kecemasan diberikan.  Gastrik menyerang tiba-tiba.

4hb Oktober,  Asyraf balik ke Melaka... sekali lagi diuji.... Asyraf dimasukkan ke hospital ATM... dengan kesakitan demi kesakitan. Penganiayaan terus berlaku. Hancur luluh hati mama dan abah. Abah juga diluar daerah untuk tempoh seminggu... Namun keperitan Asyraf memaksa abah untuk balik. Jam 2 pagi  9hb.Oktober abah, mama dan wawa bertolak ke Melaka...  bermalam di Hotel Mawardah..nampak keceriaan hati Asyraf bila pihak atasan membenarkan Asyraf bersama mama, abah dan  Wawa.


Asyraf diberi cuti  sehingga 17hb Oktober. kita bertolak balik.. dan singgah di Bangi menjengok Tok...beria-ria tok nak ikut balik... Abah bercuti lagi untuk bersama keluarga... setiap saat bersama rasa amat berharga. Sedar tak sedar dah tiba masa Asyraf balik semula ke Melaka... Setiap kali balik ada saja kabar yang kurang selesa... Aidil adha kali ini abah mahu turun beraya di Melaka. Nekad untuk bersama Asyraf.. Alhamdulillah... 24hb Oktober bertolak selepas solat Asar. Pagi 25.Oktober, minum bersama Kopral Syukur... Asyraf ada tugasan tapi bingka roti yang mama bawakan untuk Asyraf sempat Asyraf jamah..masih tak jemu-jemu Asyraf dengan bingka kesukaanmu ini...sebak hati mama melihat Asyraf makan dengan penuh selera....

Nampak benar keletihan pada raut wajah Asyraf...... malam raya Asyraf terpaksa bertugas dari pukul 6.30 petang sehingga 6.30 pagi... Tak apa..berkhidmat untuk negara. Mama abah berbangga.  Dan malam hari raya korban...panggilan dari Ikmal... sayunya rasa hati mama. Getar suara cukup untuk membuat airmata mama bertakung dikelopak mata.. Panggilan dan masej dari Wiyah, Fauzah, Zura,  Amir, Umairah, Nur Iza Sumaiyyah, Heri dan Diana  menemani malam raya mama.. segalanya menyentuh hati mama.. terimaksih anak2ku..Malam raya  makteh dan pakteh sampai dari KL...makan bersantai di kedai pekan Sg. Udang... Pagi raya sekali lagi panggilan dari Wiyah...  Asyraf, tiap detik kita bersama adalah saat yang bahagia, tak terluah dengan perkataan...dan malam itu kita bersantai lagi menikmati keindahan bandar Melaka diwaktu malam. Saat bahagia bila dapat bersama insan yang disayangi ....Syukur YA ALLAH....

                                         الله أَكْبَر  الله أَكْبَر  الله أَكْبَر
















                 27hb.Oktober sempat kita ke Muar bersama family Maksu..

bermalam di Muar dan menikmati dingin angin malam di persisir Sungai Muar...

Bertolak balik ke Melaka dan seharian kita brjalan ....menikmati keindahan pantai ..melihat indahnya layang2 berterbangan diudara.. brjalan menyedut angin Pantai Puteri...bersolat di Masjid Tengkera...













Selepas solat maghrib menghantar Asyraf ke kem...kita makan lagi...tapi Asyraf tak berselera langsung sekadar minum segelas milo ais. Asyraf cuma membeli burger untuk dimakan dibilik nanti. Sampai dikem, Asyraf melapor diri masuk dan ada pegawai yang bertugas malam tuu mencadangkan mama abah untuk bermalam saja di teratak... tertunda lagi dan setelah OC juga menghantar msg meminta abah untuk berehat sebab jauh perjalanan untuk balik ke utara dan malam itu mama, abah dan wawa bermalam di teratak.. 


malam itu Asyraf bersama abah... seperti dua sahabat baik.... bahagianya rasa... mama tahu beratnya hati Asyraf untuk melepaskan mama dan abah...




bukan mudah melepaskan detik-detik bahagia bersamamu... seawal pagi bangun bersiap untuk bertolak balik masih sempat bersarapan pagi dan juga makan tengah hari bersamamu... Menghantar Asyraf pulang semula ke dalam kem... dapat mama rasakan betapa  beratnya hatimu melepaskan mama, abah dan wawa..mama kuatkan hati meski ada airmata bergenang dikelopak mata ini...InsyaALLAH, mama yakin ALLAH akan bersamamu ..bersama hambaNYA yang sabar dan ikhlas..dan petang Jumaat 2hb. November dapat berita Asyraf diarahkan berpindah kebilik seorang Ustaz... ALHAMDULILLAH YA ALLAH, doa seorang ibu. Airmata bahagia... semoga disini ketenangan menemanimu...
 

Sunday, 4 November 2012

~~* INDAHNYA AL-FATIHAH *~~

Pada saat membaca surah Al-Fatihah waktu solat, ramai yang membacanya tergesa-gesa tanpa dinikmati setiap ayat yang dilafazkan... 

Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, Allah swt menjawab setiap ucapan kita, 

maka dari itu kita disunatkan berhenti sejenak setiap selesai membaca satu ayat...

Dalam sebuah hadis Qudsi Allah swt berfirman, "Aku membahagi solat menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk hamba-Ku".

Maksudnya tiga ayat di atas, "Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin". Allah swt menjawab, "Hamba-Ku telah memuji-Ku".

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim"...Allah swt menjawab, "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"...Allah menjawab, "Hamba-Ku memuja-Ku"

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”...Allah menjawab, “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhoolliin.”...
Allah swt menjawab, “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (Muslim dan Tirmizi)

Saudara semuslimku yang baik hatinya... berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat... rasakan dan resapi betul-betul jawapan indah dari Allah swt satu persatu, kerana Allah swt sesungguhnya sedang menjawab ucapan-ucapan kita...

Lalu ucapkanlah "Aamiin" dengan penuh harapan dikabulkan, sebab malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

"Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para malaikat, maka Allah swt akan memberikan ampunan kepadanya” (Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Sunday, 21 October 2012

~~* YaNG PeRTaMa *~~


‎1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW





Monday, 8 October 2012

~~* SuCiKaNLaH *~~



Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih

 dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim




Pernah tak kita terfikir...
dalam badan kita ada banyak air.
tapi kenapa bila kulit terluka, DARAH yang keluar?
dalam hati kita ada banyak darah.

tapi kenapa bila hati terluka, AIRMATA yang keluar?


KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukakan hati kita..tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat
MENGUBAT HATI yang telah terluka..KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan tulus dari hati yang nurani, umpama PISAU BEDAH yang boleh membuang segala PARUT LUKA emosi..

BAHAGIA yang menerpa tidak kekal selamanya.. begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita....jangan sesekali kita LUPA, betapa ALLAHswt sentiasa ada untuk kita..... لا تحزن ان الله معنا..♥


Tatkala menjenguk keluar jendela kehidupan, pasti terlihat jalan yang keliru dan seandainya hati merasa ragu mohonlah petunjuk dari Dia Yang Maha Penentu agar dilindungi bersama rahmat-Nya sepanjang jalan yang hendak dituju, Insya'ALLAH.
Semoga sakit yang dirasa ini akan menjadi sedikit PENAWAR kepada dosa-dosa yang ada...



Air tak selalu jernih begitu jua dengan ucapan kita...
kapas tak selalu putih, begitu juga hati kita....
langit tak selalu biru, begitu juga hidup manusia....
jalan tak selalu lurus, begitu juga langkah kita...
jika MAAF itu bisa terucap hari ini....
untuk apa menunggu hari esok...
MAAFkanlah dengan seikhlasnya..
mengalah tak semestinya salah....
لا تحزن ان الله معنا


Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers