Thursday 6 December 2012

~~*BaNYaknYa KiSaH*~~

Sepatutnya semua kisah telah lama tercatat...namun atas kesilapan teknikal, semuanya terpaksa disimpan dan diselamatkan....betullah, banyak yang masih perlu dipelajari... Terimaksih yang tidak terhingga buat CIKGU REHANIS HANIE yang memberikan cadangan... 

macam tak percaya... banyak kisah yang tak diduga berlaku....kebetulan yang penuh keriangan...pertemuan dua sahabat baik dimalam menyambut awal Muharram 1434... sayangnya tak ada gambar diambil untuk kenangan bersama...terasa sedikit RALAT

Usai solat asar, dapat panggilan dari Laili...(kebetulan kami bertemu semula sewaktu menyambut aidil adha di Melaka pada 26/10/2012) ... tak langsung menyangka... dan Laili berjanji nak hubungi bila dia dan famili  sampai di Sg Petani pd 14/11... Terkejut bercampur bahagia.. tapi masa sangat-sangat tidak mengizinkan untuk terus berjumpa Laili saat itu. Jawapan Lali yang suaminya masih dalam perjalanan balik dari Bukit Kayu Hitam, melegakan hati...apapun Laili, kakcik terpaksa menunggu suami balik dari pejabat. Tak disangka sepupu yang baru kehilangan suami akibat kanser setahun yang lalu, telefon dan mahu bermalam dirumah... Dan seperti biasa jiran baik akan mengadakan jamuan doa selamat selepas solat Isya'...seperti selalu jiran yang lain akan bergotong royong menyediakan menu..
Apapun kekalutan doa akhir tahun tetap tak dilupa......



dan selesai doa untuk solat maghrib ..bacaan doa untuk awal tahun dipohon, smoga tahun baru yg tiba akan sentiasa dalam rahmat dan berkat ILAHI


Alhamdulillah selesai perintah ALLAH yang satu, bergegas kestesyen bas menanti sepupu....
la
mbatnya terasa menunggu... 9mlm baru bas sampai..
Azien..bibirmu tak pernah lekang dengan senyuman ...
  
    Apapun semua perancangan nampaknya berjalan lancar.
balik kerumah dan siapkan juadah buat tetamu..terus solat isya' sebelum melangkah kaki kemajlis doa selamat. Terlambat sedikit tapi semuanya telah sedia maklum akan kelewatan ini. Terpaksa juga hadirkan diri walau sesibuk manapun jadual... tetiba teringat kan Laili... YA ALLAH.... hampir terlupa dik kesuntukkan masa, terus call Laili. Alhamdulillah, Laili masih belum tidur...masih dikedai dobi walaupun dah pukul 10 malam.. Bergegas ke Park Avenue tempat penginapan Laili dan family... Berdebar juga kerana terpaksa menyusahkan Laili menunggu. Tentu Laili dan suami keletihan kerana menempuh perjalanan yang jauh dari Melaka ke utara.. apapun janji tetap dikota. Mujurlah suami cukup sporting untuk menemani ..begitu juga suami Laili, setia menemani Laili untuk berjumpa kami berdua..  SUBHANALLAH... maha suci ALLAH, tanpa diduga suami kita adalah sahabat baik yang terpisah lebih 32 tahun...mereka sama2 menuntut di MPSI dahulu... Apalagi.. panjangnya cerita malam tu... pelbagai kenangan antara mereka berdua dapat kita ketahui kan Laili...hampir 2 pagi baru kita bersurai...

Pagi tahu baru, sebelum bertolak ke Perak bersama sepupu Azian untuk majlis perkahwinan saudara, sudah ada tetamu bersama buah tangan dari kampung. IDAH, terimaksih, selalu jaa ada buah tangannya bila balik dari kampung... semoga rezekimu bertambah dan diberkati...
.  Alhamdulillah manggis ..buah yang paling disukai...




Balik dari Perak, terus tunaikan kewajipan...dah pukul 5.30ptg....dan belum pun hilang lelahnya, sudah ada tetamu, bunyi loceng sudah mngejut mata yg hampir2 mahu terlelap...tetamu datang bersama sijil-sijil... untuk dicop dan disahkan beserta tandatangan.... ohh..tanda tangan BERHARGA dari En.suami...
Sementara menunggu masuk waktu maghrib berbual-bual sambil2 melayan keletihan dengan snek ...


trasa seperti anak-anak sekejap.... 
Sekali lagi tersentak dengan msg... "AS'SALAM, bonda, malam ni bonda  ada kt umah tak? Nak dtg ha kalo bleh..ngan awi ,njib.."  Msg dari FARIS...so terus tanya abah, macam mana.., abah kata terpulang la.. dan brtanya nak masak apa...abah syorkan untuk beli jaa kat kedai ... hmmm, rasa tak best pulak kan...selesai solat maghrib, macam lipas kudung ... Alhamdulillah..siap juga juadah yang ala-ala jaa... terimaksih Farouq yang tolong snap gambar nii dan postkan untuk bonda...
.

kamu semua dihati bonda.. terimaksih kerana sudi menziarahi bonda biarpun tanpa Asyraf disini.. Terharu sangat perasaan bonda dan abah...

                                     AWI, FARIS, NAJIB, FAROUQ dan AMER

Indahnya menyambut AWAL MUHARRAM 1434...
penuh REZEKI... rezeki pertemuan, rezeki pemberian dan rezeki tetamu kasayangan... ALHAMDULILLAH...






No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers