Sunday 9 December 2012

~~* TAMAN ARKED - JASAMU DIKENANG *~~

Rentetan msg dari Puan Latifah selaku S/Usaha Jiran WANITA Taman Arked..."Assalamualaikum dan salam perpaduan...Diminta semua AJK Jiran Wanita untuk menghadiri mesyuarat dirumah Puan Pengerusi pada pukul 5.00petang 26hb November 2012... Kedatangan adalah diwajibkan..." 

Syukurlah semua AJK sangat prihatin walaupun ada AJK yang tidak dapat bersama dalam mesyuarat tergempar ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun kedatangan sangat memberangsangkan. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk  mengadakan majlis
* Penyerahan CEK Tuntutan Insuran Kematian AJK RT/PERONDA SRS Untuk Daerah Kuala Muda/Yan*.... Arahan dari Jabatan Perpaduan Negara Daerah KMY agar Jiran Wanita KRT Taman Arked menjadi tuan rumah untuk majlis ini dan membuat persiapan tempat dan juga menyediakan jamuan minum petang. Majlis akan berlangsung pada hari Isnin 3hb.Disember 2012
ALAHAMDULILLAH semua tugasan yang diamanahkan telah berjaya disempurnakan oleh semua AJK Jiran WANITA juga  bantuan ahli SRS.KRT Taman Arked

2.30 petang - kehadiran tetamu jemputan dan keluarga penerima Sumbangan Cek.


AJK JIRAN WANITA KRT TAMAN ARKED BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PEN. PEGAWAI PERPADUAN PUAN HANITA AHMAD SEBELUM MAJLIS DIMULAKAN

Majlis yang telah dirasmikan oleh
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ENCIK MOHD SAIDI BIN MIDIN turut dihadiri bersama Pegawai Perpaduan PUAN JIM CAROLINE, Penolong Pegawai Perpaduan PUAN HANITA BT AHMAD  serta Tuan Haji AHMAD KAMIL SARAIDIN bin SHAMSUDIN Pengerusi KRT Taman Arked Sungai Petani Kedah.

Ketibaan Tuan Pengarah JPNDIN ENCIK SAIDI BIN MIDIN serta PUAN JIM CAROLINE disambut oleh Pengerusi KRT Taman Arked Tuan HAJI AHMAD KAMIL




Wakil Adun Bakar Arang, Puan Hanita, Puan Jim Caroline, En Mohd Saidi b Midin, Tuan Hj Kamil Saraidin dan Tuan Haji Yusuf Ahmad

Puan Rokiah @ Azah selaku Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Arked bertindak sebagai Pengacara Majlis

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Yusuf bin Ahmad


Ucapan alu-aluan dari PENGERUSI KRT Taman Arked                                                     Tuan Haji Ahmad Kamil Saraidin

UCAPAN yang ditunggu2...
Ucapan dari yang Berbahagia TUAN PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTERGRASI NASIONAL NEGERI KEDAH                       ENCIK MOHD SAIDI BIN MIDIN


PENERIMA SUMBANGAN CEK TUNTUTAN INSURAN KEMATIAN AJK RT/PERONDA SRS 

balu ALLAHYARHAM SAFARLY  B. HAMID peronda SRS serta  AJK KRT Taman Arked 




balu ALLAHYARHAM SHAHIDAN  B MOHAMMAD anggota SRS KRT Taman Semarak



balu ALLAHYARHAM AZIZAN B. ABU AJK KRT Kariah Masjid Setar YAN.


Bergambar kenangan penerima sumbangan dan PEGAWAI JPNDIN


Encik Mohd. SAIDI bertanya kabar pada balu ALLAHyarham

TEMUBUAL DARI WARTAWAN AKHBAR HARIAN METRO DAN SINAR HARIAN




Menjamu SELERA 


SENYUMAN MANIS PUAN HANITA AHMAD -                                                         PEN PEGAWAI PERPADUAN



WAJAH-WAJAH CERIA


INTAN, KAK NORIZA, SITI KHATIJAH, SITI AISYAH, NAZURAH

 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers