Saturday 8 December 2012

~~*JIRAN WANITA KRT TAMAN ARKED - MAJLIS MENGACAU BUBUR ASYURA*~~

Sepatutnya semua kisah telah lama tercatat...namun atas kesilapan teknikal, semuanya terpaksa disimpan dan diselamatkan....betullah, banyak yang masih perlu dipelajari... Terimaksih yang tidak terhingga buat CIKGU REHANIS HANIE yang memberikan cadangan... 


25hbNovember 2012, jam 8 mlm , mendapat msg dari Puan Latifah selaku S/Usaha Jiran WANITA Taman Arked..."Assalamualaikum dan salam perpaduan...Diminta semua AJK Jiran Wanita untuk menghadiri mesyuarat dirumah Puan Pengerusi pada pukul 5.00petang 26hb November 2012... Kedatangan adalah diwajibkan..."

Syukurlah semua AJK sangat prihatin walaupun ada AJK yang tidak dapat bersama dalam mesyuarat tergempar ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun kedatangan sangat memberangsangkan. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk  mengadakan majlis
* Penyerahan CEK Tuntutan Insuran Kematian AJK RT/PERONDA SRS Untuk Daerah Kuala Muda/Yan*.... Arahan dari Jabatan Perpaduan Negara Daerah KMY agar Jiran Wanita KRT Taman Arked menjadi tuan rumah untuk majlis ini dan membuat persiapan tempat dan juga menyediakan jamuan minum petang. Majlis akan berlangsung pada hari Isnin 3hb.Disember 2012.

Mengambil masa yang ada, mesyuarat juga membincangkan untuk mengadakan majlis mengacau bubur asyura seperti tahun-tahun sebelumnya... Cadangan untuk mengadakan pada hari Jumaat 30hb November 2012 bersamaan dengan 16hb Muharram 1434. dipersetujui sebulat suara, memandangkan masa agak terhad. Seperti biasalah...tugasan menyediakan surat kutipan dan jemputan dipertanggungjawab kepadaku... Betul-betul kelam kabut... Mesyuarat petang, malam buat surat dan pagi terus edarkan untuk AJK Lorong..
Kutipan sebelum 28hb Nov....huhuhu....Pantasnya.... 29hb.November, membeli segala barang keperluan dan seawal 7.00 pagi 30hb.November 2012... gotong royong bermula...hahaha... terbaik laa komitmen yang diberi oleh semua yang terlibat... Majlis juga akan dihadiri olah Puan Hanita Ahmad...Pegawai  dari Jabatan Perpaduan Negara dn Intergrasi Nasioanal Daerah Kuala Muda/Yan... 
Kata orang
jiran sepakat membawa berkat. Begitulah yang terjadi. Segala perancangan berjalan lancar..  meskipun semua perancangannya berlaku dalam sekelip mata, namun Alhamdulillah... Gambar-gambar ini menjadi saksi untuk kejayaan untuk semua yang telah dirancang dan disusun atur...

PUAN ROSILAH... bendahari JIRAN WANITA T/ARKED












PUAN ZAHARAH, PUAN ROSMINI, PUAN ROKIAH @ AZAH (PENGERUSI JIRAN WANITA T/ARKED) PUAN NORITA, PUAN LATIFAH DAN PUAN SURIANA

                                                                   Kak Zaharah...tengok apa tuu...


TERIMAKASIH buat MEJAR (B) ABDUL HALIM .... terbaikk laa Mejar 


PUAN ZULINA DIN YATI yang tak LEKANG dengan SENYUMAN
Semua bubur telah diagihkankan pada semua yang hadir dan juga untuk surau. Pastinya paling istimewa untuk anak-anak yatim... 

PADA semua yang terlibat terutama anggota SRS serta penduduk TAMAN ARKED, AJK JIRAN WANITA mengucapkan ribuan terimakasih... 

SEDIKIT RALAT...bila kamera yang digunakan tersalah set tarikhnya.... baru perasan, semua gambar bertarikh 29hb November.2012... aduhainyerr punn...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers