Sunday, 16 December 2012

~* SeLaMaT BeRTuNanG NOR FaiZaH*~

Meriahnya.... itulah perkataan yang ada dihati sebaik kaki melangkah masuk kerumah kak Zaharah. Majlis pertunangan anak bongsu kak Zaharah, penuh dengan keceriaan.. penuh warna-warni, dan bila melihat ada pelamin indah diruang tengah.. kak Zaharah terus berbisik pada kawan-kawan. Semua ini 'sponser'. Rezeki Nor Faizah agaknya dapat pakej istimewa. 

Meski kita menetap ditaman perumahan dan bukan lagi dikampung tapi Alhamdulillah hubungan kita masih seperti suasana dikampung. Silatulrahim masih kuat dan erat. Tempat tinggal bukan penentu hubungan mesra akan terjalin tapi rasa ukhwah itulah yang mendekatkan kita didalam mempertahan adat dan syariat. Kita masih lagi mengamalkan gotong royong dalam banyak hal....  bahagianya bila kita berukhwah fillah...
Bergotong royong menyediakan juadah, bergurau senda dan dalam masa yang sama batas susila tetap terpelihara...  melihat juadah, rasa seperti dikampung... sedap menyelerakan

Urap Pucuk paku, sayur keladi, ayam masak kicap, ulam-ulaman, sambal belacan/sambal kuinin, sambal tumis udang dan petai, ikan goreng dan ikan masin serta telur asin... TERANGKAT  SeLeRA..

 

Sebelum tetamu istimewa sampai, sempat kita bergambar kenangan atas permintaan kak Zaharah... berbagai kelucuan menjadi bukti keceriaan... 


 

Cantiknya NOR FAIZAH 

NOR FAIZAH bersama abah dan mama


bersama mama tersayang

Saat-saat INDAH - bila jari disarung cincin....

TERIMA KASIH dari hati atas CeNDeRaHaTi dari kak Zaharah buat kami semua... 

~~* LuRuHkan ego *~~

Paling terbaik dalam setiap perhubungan adalah

berbincang....

cari kesalahan & perbaiki diri..

tetapi jika ada
'EGO' yg menguasai diri...

segalanya menjadi tidak bermakna ...

Janganlah terlalu merasakan kita telah mempunyai


segalanya lalu rasa sombong menghias diri...

sedarlah betapa kita tidak pernah sempurna

sesungguhnya kesempurnaan itu milik ALLAHswt...


Photo: Paling terbaik dalam setiap perhubungan adalah berbincang.... cari kesalahan & perbaiki diri...
tetapi jika ada 'EGO' yg menguasai diri...segalanya menjadi tidak bermakna ...
Janganlah terlalu merasakan kita telah mempunyai segalanya lalu rasa sombong menghias diri...
sedarlah betapa kita tidak pernah sempurna
sesungguhnya kesempurnaan itu milik ALLAHswt

Tuesday, 11 December 2012

~~*MuHaSaBaH DiRi & HaTi*~~

Embun dipagi hari

Menyejukkan relung rasa

Namun terungkap satu makna

Titis-titis jernih yang gugur

Adalah ingatan tentang batas umur


kita tak punya ruang kembali kebelakang

secebis waktu inilah bernama peluang


Agar jalan kita tidak tersasar

Sesungguhnya detik berlalu jadikan ikhtibar...Photo: Embun dipagi hari
Menyejukkan relung rasa
Namun terungkap satu makna
Titis titis jernih yang gugur
Adalah ingatan tentang batas umur
Sesungguhnya detik berlalu jadikan ikhtibar...

Sunday, 9 December 2012

~~* TAMAN ARKED - JASAMU DIKENANG *~~

Rentetan msg dari Puan Latifah selaku S/Usaha Jiran WANITA Taman Arked..."Assalamualaikum dan salam perpaduan...Diminta semua AJK Jiran Wanita untuk menghadiri mesyuarat dirumah Puan Pengerusi pada pukul 5.00petang 26hb November 2012... Kedatangan adalah diwajibkan..." 

Syukurlah semua AJK sangat prihatin walaupun ada AJK yang tidak dapat bersama dalam mesyuarat tergempar ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun kedatangan sangat memberangsangkan. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk  mengadakan majlis
* Penyerahan CEK Tuntutan Insuran Kematian AJK RT/PERONDA SRS Untuk Daerah Kuala Muda/Yan*.... Arahan dari Jabatan Perpaduan Negara Daerah KMY agar Jiran Wanita KRT Taman Arked menjadi tuan rumah untuk majlis ini dan membuat persiapan tempat dan juga menyediakan jamuan minum petang. Majlis akan berlangsung pada hari Isnin 3hb.Disember 2012
ALAHAMDULILLAH semua tugasan yang diamanahkan telah berjaya disempurnakan oleh semua AJK Jiran WANITA juga  bantuan ahli SRS.KRT Taman Arked

2.30 petang - kehadiran tetamu jemputan dan keluarga penerima Sumbangan Cek.


AJK JIRAN WANITA KRT TAMAN ARKED BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PEN. PEGAWAI PERPADUAN PUAN HANITA AHMAD SEBELUM MAJLIS DIMULAKAN

Majlis yang telah dirasmikan oleh
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ENCIK MOHD SAIDI BIN MIDIN turut dihadiri bersama Pegawai Perpaduan PUAN JIM CAROLINE, Penolong Pegawai Perpaduan PUAN HANITA BT AHMAD  serta Tuan Haji AHMAD KAMIL SARAIDIN bin SHAMSUDIN Pengerusi KRT Taman Arked Sungai Petani Kedah.

Ketibaan Tuan Pengarah JPNDIN ENCIK SAIDI BIN MIDIN serta PUAN JIM CAROLINE disambut oleh Pengerusi KRT Taman Arked Tuan HAJI AHMAD KAMIL




Wakil Adun Bakar Arang, Puan Hanita, Puan Jim Caroline, En Mohd Saidi b Midin, Tuan Hj Kamil Saraidin dan Tuan Haji Yusuf Ahmad

Puan Rokiah @ Azah selaku Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Arked bertindak sebagai Pengacara Majlis

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Yusuf bin Ahmad


Ucapan alu-aluan dari PENGERUSI KRT Taman Arked                                                     Tuan Haji Ahmad Kamil Saraidin

UCAPAN yang ditunggu2...
Ucapan dari yang Berbahagia TUAN PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTERGRASI NASIONAL NEGERI KEDAH                       ENCIK MOHD SAIDI BIN MIDIN


PENERIMA SUMBANGAN CEK TUNTUTAN INSURAN KEMATIAN AJK RT/PERONDA SRS 

balu ALLAHYARHAM SAFARLY  B. HAMID peronda SRS serta  AJK KRT Taman Arked 




balu ALLAHYARHAM SHAHIDAN  B MOHAMMAD anggota SRS KRT Taman Semarak



balu ALLAHYARHAM AZIZAN B. ABU AJK KRT Kariah Masjid Setar YAN.


Bergambar kenangan penerima sumbangan dan PEGAWAI JPNDIN


Encik Mohd. SAIDI bertanya kabar pada balu ALLAHyarham

TEMUBUAL DARI WARTAWAN AKHBAR HARIAN METRO DAN SINAR HARIAN




Menjamu SELERA 


SENYUMAN MANIS PUAN HANITA AHMAD -                                                         PEN PEGAWAI PERPADUAN



WAJAH-WAJAH CERIA


INTAN, KAK NORIZA, SITI KHATIJAH, SITI AISYAH, NAZURAH

 

Saturday, 8 December 2012

~~*ULaNG TaHuN KeLaHiRaN*~~

Seawal lepas maghrib, 29hb November 2012 sudah ada pun yang mengirimkan ucapan.... Ucapan selamat Ulang tahun Kelahiran.. begitulah jua dengan abah...sekeping kad ulang tahun, penuh puitis buat mama...sebak dengan ucapan abah... 
ucapan dari Umairah, Fauzah, Zurah....masing2 mahu menjadi yang pertama mengucapkan buat mama.. TERHARU benar rasa hati.... Kak long awal2 lagi biarpun jauh telah bersusah payah kirimkan buat mama sepasang baju dan sehelai tudung berwarna ungu ...

cantik sekali...terimaksih banyak....

Pagi 30hb November,  ada majlis mengacau bubur asyura anjuran JIRAN WANITA Taman Arked... seawal 7. 30 pagi mama sudah pun berada ditempat yang ditetapkan. 9 pagi dapat panggilan dari abah, ada sesaorang mahu berjumpa mama... mama disuruh balik segera. Agak terkejut bila sesuatu yang tak disangka, jiran baik yang selalu menemani tika diri terlantar berdiri didepan pintu pagar. Terharunya dengan pelukkan dan ucapan dari SIS Halijah Bibi 
sepasang kain berwarna biru... bergenang airmata ini, teringat bagaimana SIS bersusah payah menghantar durian crepe airtangan Wanie, puteri SIS yang cantik dan baik... berpayung ditengah hujan semata2 mahu mama merasa kelazatannya... memang sedap durian crepe airtangan Wanie...

 Alhamdulillah...

Ucapan dari semua cukup bermakna... Terimaksih semua yang mendoakan... Alhamdulillah atas limpah rahmat dari NYA
3hb. Disember 2012 ulangtahun perkahwinan mama dan abah yang ke 26 tahun.. pantasnya masa berlalu.
Sesungguhnya sangat2 teruja bila sesuatu yang diluar jangkaan menjadi milik kita... Petikan loceng pagar dipagi 3/12/2012 membawa pada gugurnya airmata... terharu benar hadiah dari ayah, ibu dan kak long Aizeela.... SWEET TABLET berwarna PINK
REZEKI yang tidak pernah diimpikan... syukur Ya ALLAH...dan semestinya abah juga tak pernah melupakan...hadiah AL-QURAN Digital dan kad ucapan ...
sangat bererti dalam usia yang semakin menginjak keangka emas... ALAHAMDULILLAH, atas segala kurnianMU YA ALLAH... 
dan panggilan telefon juga tak putus2 mengucapkan ucap selamat dan buat sahabat yang tak pernah putus dalam doaku  NURasaina NZA... kiriman pos sepasang baju bercorak abstrak cukup menyenangkan hati



terasa dihargai... airmata kesyukuran membasahi pipi atas kurniaan buatku dipenghujung usia ini...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers