Friday, 3 February 2012

~~~MAULIDUR RASUL~~~

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulid Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan ALLAH Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah ALLAH SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada ALLAH SWT, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada ALLAH SWT dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang ALLAH SWT.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulid itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Thursday, 2 February 2012

~~AiR dan aPi~~

Dialog mahabbah ibu & anak lelakinya berusia 5 tahun...

Umi: Muhammad, antara air dan api mana yang lebih kuat?

Muhammad: Air *sambil tersenyum* 

Umi: Kenapa?

Muhammad: Kerana air dapat memadamkan api.

Umi: MasyaAllah walhamdulillah, pandai anak umi .
 Ok, antara menegur kesilapan dengan kasih sayang dan menegur dengan kekasaran, mana yang lebih Muhammad sukai?


Muhammad: Dengan kasih sayang

Umi: Kenapa?

Muhammad: Kerana Muhammad sayang Nabi, umi. Umi kan sentiasa ingatkan Muhammad bahawa Nabi kita itu datang membawa rahmat & jiwa Nabi penuh dengan kasih sayang. Nabi menasihati umatnya dengan kasih sayang. Muhammad mahu mencontohi Nabi, Muhammad mahu jumpa Nabi

Umi: Allahu Robbi....[sebak]

Wahai para ibu, ajarlah anakmu mencintai Nabimu. MUHAMMAD SAW

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Wednesday, 1 February 2012

    • Kadang-kadang ...
    • ALLAH S.W.T patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita. 
    • DIA hancurkan hati kita agar kita kembali padaNYA. 
      DIA berikan kita kesakitan agar kita terus bertahan. 
      DIA beri kita kegagalan agar kita tak hilang panduan. 
      DIA beri kita keuzuran agar kita menghargai diri. 
      Kadang-kadang... 
      ALLAH ambil semuanya dari kita agar kita tahu nilai semua benda yang dia beri. Begitulah kasih sayang PENCIPTA....  Maha Esa.... segalanya adalah milikNYA...

      Kita harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma. Itu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihi hambaNYA setiap masa dengan menguji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan. Hanya yang terpilih sahaja di antara berjuta mendapat rahmatNYA. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala takdir. Terimalah dengan hati yang ikhlas. Walaupun terseksa tetapi yakinlah, semuanya pasti ada hikmahnya. ALLAH tidak akan menguji seseorang melampaui batas kemampuannya.

      Syukur dan senyum .... 
      Orang yang bahagia adalah orang yang selalu bersyukur.Melihat apa yang tiada pada kita boleh membunuh rasa syukur. Sebaliknya merenung setiap nikmat yang kita ada akan menyuburkan rasa syukur. Orang yang bersyukur akan ALLAH tambahkan lagi rezekinya. Orang yang bersyukur akan tenang jiwanya. Insya ALLAH.  



Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ...

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA ADA NAMA SYAITAN DALAM Surah AL-FATIHAH

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah
solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.
Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ..............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu 
.....AA...2 harakat, dan MIN ...3 harakat.

Semoga Aamiin kita bersamaan dengan Aamiin para malaikat..... InsyaAllah
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
~~ klau ada apa2 yg salah, kita sama2 perbetulkan..saya bukanlah seorarng ustzh....cuma kongsi apa yg saya dapat dan tahu.. semoga kita sama2 mendapat keberkatan drpd ALLAH s.w.t.

Tuesday, 24 January 2012

~~#~KaULaH TeMaN, KaULaH SaHaBaT~#~~

sesekali ingin aku jadi sekuatmu...
mengukir senyum dalam hela nafas rindu...
tabah dalam menongkah arus kehilangan
senyap dalam melawan ombak rasa...
dingin dalam menahan rasa amarah...


sesekali terasa ingin berdiri disisimu
menumpang teduh dibawah semangatmu
bersimpuh membilang pedih dengan doa
berjalan seiring cerita duka nestapa
tanpa keluh kesah atau titis airmata...


Yan..meski cerita kita tak sama,
namun dukanya tetap dirasa
ALLAH itu MAHA segalanya
dalam tangismu ada tawanya...
putera puteri selalu bersama
dalam membilang  hari 
pastinya sunyi sesekali datang bertandang
menyapa salam dalam rindu dendam.
saat-saat manis semalam 
semakin jauh meninggalkan...
semoga doa ini takkan pernah padam 
buat ALLAHYARHAM RAZALI DAHU
insan yg penuh limbahan kasihsayang 
untuk seorang isteri setabahmu AZIENku.....




 إنا لله وإنا إليه راجعون...اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه...الفاتحة
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ





~~#~ MAKSUD UKHUWAH ITU SEBENARNYA~#~~




SEMANIS UKHUWAHFILLAH, UHIBBUKIFILLAH
 Penulis: miminapis- Jumaat (24 September 2010)
Saya sentiasa mencari makna “ukhuwahfillah”, yang bermaksud “ukhuwah kerana Allah”, dan “uhibbukifillah”, bermaksud “saya sayang kamu kerana Allah”. Tahun lepas sahaja, berpuluh-puluh kali kakak-kakak dan sahabat-sahabat mengungkapkan perkataan itu kepada saya. Secara jujurnya, ada antara perkataan yang diucapkan itu betul-betul menyentuh hati, dan ada juga yang hanya sekadar dibawa angin. Tetapi, apa yang pasti, saya sangat yakin sesuatu ungkapan itu, jika diungkapkan dari hati, ianya pasti menyentuh hati si penerima!

Ada yang mengeluarkan perkataan ’ukhuwahfillah’, tetapi ianya hanya terungkap apabila masing-masing berada dalam kumpulan yang sama. Apabila sahabat ini bukan lagi dalam kumpulan yang sama, hilang sudah ungkapan ‘ukhuwahfillah’ itu. Ada pula ‘uhibbukifillah’ ketika dalam keadaan masing-masing tengah gembira. Apabila sahabat itu bersedih, ‘uhibbukifillah’ itu menjadi suram, sesuram muka sahabat yang sedang bersedih. Semua ini saya perhatikan, langsung terlintas di fikiran saya, “Betul ke ini sebenarnya “ukhuwahfillah”, “uhibbukifillah”?
Tipu!”

Dek kerana pengalaman yang banyak mengajar, sukar untuk saya melafazkan ungkapan ‘uhibbukifillah’, ‘ukhuwahfillah’ itu. Kerana, saya bimbang diri sendiri terjerat oleh lidah yang lancar menuturkan kata-kata. Kata-kata yang keluar tanpa disertakan dengan roh..kerana Allah Ta’alaitu. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sayang pada sahabat-sahabat sekeliling, cuma saya mahu berhati-hati dalam perkataan yang dikeluarkan. Kelak,
lidah ini yang akan disoal oleh Allah SWT, sejauh mana diri ini ‘wallk the talk’.

Perkataan…kerana Allah itu sendiri membuatkan saya bermonolog dalaman. “Berat tu…sebab ianya ‘kerana Allah Ta’ala’…”. Kemudian, saya bertanya kepada diri, “Kenapa kau kata berat?”. Diri menjawab,“Sebab kadang-kadang kita lupa apa yang kita buat tu perlulah di niatkan ‘kerana Allah Ta’ala’..”. Melihat sahabat membuat kesalahan, hati terkadang takut untuk menegur, kerana? Mahu jaga hati. Saya terfikir, “Tak boleh ke sambil jaga hati tu, sambil tu kita jaga juga sahabat kita daripada melakukan sesuatu yang dilarang Allah?”..”Boleh! Cuma perlu lebih mujahadah. Yakin pada pertolongan Allah SWT!”
Apa yang saya faham dengan frasa…kerana Allah Ta’ala tersebut? Saya selalu berfikir tentang frasa tersebut. Saya berpegang pada satu jawapan, “Melakukan sesuatu kerana Allah Ta’ala itu adalah, apabila anda melakukannya, ianya mendapat ganjaran pahala, redha dan keberkatan-Nya.” Itu yang saya pegang.

Macam mana tu?
Masa berjalan, dan semestinya hidup manusia ini penuh dengan ujian dan cabaran. Disebut oleh-Nya dalam Al-Quran, pada Surah Al-Mulk, ayat 2,
“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun,”
Sepanjang tahun ini, saya dapat merasakan hampir setiap minggu, Allah SWT menunjukkan kepada saya, apa dan bagaimana “ukhuwahfillah” dan “uhibbukifillah” itu sebenarnya.

Satu hari saya dan sahabat bergurau. Mungkin pada masa itu, saya tidak sensitif dengan keadaan semasa sahabat ini, tanpa sedar, saya telah memerli sahabat ini. Niat saya tidak lebih, hanya untuk bergurau. Tapi mungkin tidak kena tempat. Kemudian, sahabat ini berkecil hati. Dia tidak memberitahu kepada saya yang dia berkecil hati, tetapi, saya sendiri dapat mengagak daripada tingkah laku dan perbuatannya. Sebagai sahabat, sudah pasti saya terasa bersalah. Sungguh, terasa sangat kekok. Kami yang selama ini rapat, tiba-tiba selepas perkara itu, intonasi percakapan menjadi tegas dan tidak lagi mudah untuk bergurau.

Saya mula bersangka-sangka. Astaghfirullahal’azim. Langsung, peringatan daripada Allah SWT tiba,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al-Hujarat , ayat 12)
Terdetik di dalam hati saya, “Allah SWT sedang menguji sejauh mana dahulunya kau kata pada dia, ‘uhibbukifillah’! Zahirkannya sekarang. Jangan hanya pandai bermain dengan kata-kata, menyedapkan bicara, hakikatnya, fitnah semata.”

Ayah pernah berpesan, “Hidup kat dunia ni, kalau sombong dan berlagak, sampai bila-bila orang tak suka.”Jadi, saya jadikan itu sebagai peringatan kepada diri. Lagipun tak salah untuk kita memulakan perbicaraan, mencari titik penyelesaian kepada permasalahan. Dalam masa yang sama, saya sentiasa mengingatkan diri,“Tegur kerana kau sayangkan sahabat kau, kerana Allah SWT! Jadi, teguran tu kenalah keluar dari hati yang betul-betul ikhlas, untuk membetulkan kesalahan. Bukannya teguran memerli yang akhirnya akan menimbulkan kebencian di hati sahabat.”
Ukhuwahfillah, disandarkan kerana Allah SWT. Pada saya sesuatu yang disandarkan pada Allah SWT itu adalah suatu yang suci, jauh daripada noda dosa. Sekaligus, ia sebenarnya adalah sejauh mana kita mahu bersama-sama sahabat kita dalam mencapai redha Allah SWT, yang akhirnya syurga Allah menjadi tempat tujuan bersama.

Bagaimana saya terinspirasi tentang ukhuwahfillah, uhibbukifillah ini?
Satu hari, seorang wanita berbangsa Jerman, penganut agama Kristian. Dia berkata, “Saya sedih melihat sahabat saya yang tiada agama (atheist). Saya nak mereka tahu tentang kewujudan Tuhan. Saya nak mereka sama-sama masuk syurga!”
Allahuakbar! Saya terdiam mendengar kata-kata itu, langsung memuhasabah diri, sejauh mana saya berusaha untuk bersama-sama rakan-rakan saya, dalam menuju syurga Allah? Sedangkan saya kata, saya sayang mereka kerana Allah.
Alhamdulillah, daripada Allah SWT

!

Kata-kata Nasihat Imam As-Syafie R.A 

1. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasannya, ditutup kekurangannya dan diampun kehinaannya.

2. Sesiapa menasihati saudaranya dengan sembunyi sesungguhnya ia menasihati dan menimbangnya, dan sesiapa menasihati saudaranya dengan terang-terang, sesungguhnya ia telah memalukan dan mencelanya.

3. Sesiapa mendengar dengan telinga ia adalah seorang pencerita dan sesiapa mendengar dengan hatinya ia adalah seorang sedar dan sesiapa memberi nasihat dengan perbuatan ia adalah seorang petunjuk.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers