Saturday 29 October 2011

~~~BILA PeRaSaAn tak TeRuRuS~~~

Perasaan kecewa, sedih dan kesal  adalah sesuatu yang normal dalam hidup insan bernama manusia.  Masalah yang datang dari pelbagai sudut seperti masalah keluarga, kerja, cinta dan gagal dalam peperiksaan. Semua ini akan menjadi sesaorang itu bertindak diluar kawalan perasaan andainya tidak ditangani dengan baik.  Sebesar mana pun masalah kita,  perlu diingat kita masih mempunyai keluarga, kawan guru, dan paling penting kita masih ada Tuhan yakni ALLAH tempat kita mengadu.

Sesuatu yang perlu diingat dan diberi perhatian ialah perasaan kecewa ini boleh mendorong individu melakukan sesuatu diluar batas norma kemanusiaan. Ada yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat pada hal masalah yang dihadapi tidaklah sebesar mana. Ramai remaja yang putus cinta merasakan dunianya sudah gelap sedangkan dihadapannya penuh dengan warna-warna kebahagiaan. Golongan dewasa juga tidak kurang yang gagal menangani masalah dengan baik apalagi melibatkan  hutang dan boleh menyebabkan sesaorang itu hidup dalam kemurungan. 

Bangkitlah dan fikirkan sejenak betapa masalah ini sebenar adalah guru terbaik kita. Kecewa itu adalah sebagai benteng pertahanan untuk kita.Jangan sesekali membiarkan masalah menguasai minda dan perasaan sedih kita. Carilah jalan dengan kembali kepada fitrah yakni maha pencipta..ALLAH, DIA yang mengizinkan semua berlaku dalam dairi kehidupan kita. 

TERIMALAH  KENYATAAN.

Kita hanya mampu untuk merancang tapi takdir Tuhan adalah ditanganNYA. Segala ketentuan ILAHi  wajib kita percaya tanpa mempertikaikan mengapa terjadi pada diri kita. Bila kita berlapang dada dan redha dengan 
bentuk ujian yang didatangkan untuk kita pasti kita merasa bersyukur kerana ALLAH sedang memerhatikan kita. Kita akan menjadi lebih insaf dan menerima  dugaan  malah masih mampu tersenyum.

BERFIKIR

Berfikirlah secara pro dan kontra disaat anda mahu membuat sesuatu keputusan, supaya bila terjadinya sesuatu yang diluar jangkaan kita masih boleh menerima. Biarkanlah dia datang dan tempuhi.

BERFIKIRAN POSITIF

Belajarlah dari pengalaman silam. Memang agak sukar untuk berfikiran secara positif disaat kita berdepan dengan tragedi. Seberat mana pun kesedihan kita diwaktu itu tentunya tidak akan dapat mengubah tragedi.
Apa yang perlu kita buat adalah berfikir dengan rasional tentang kekuasaan ALLAH dalam meletakkan takdir itu untuk kita. ALLAH tidak pernah kejam pada hambaNYA. 


LUAHKAN

Memendam perasaan kecewa dan sedih adalah sesuatu yang amat membahayakan. Sesaorang yang selalu berkongsi rasa dengan individu yang lain akan merasakan kurang perasaan sedih. Tekanan perasaan  yang keterlaluan menjadikan individu mengalami kemurungan. Bagi pasangan suami isteri sikap menerima dan mmeberi adalah jalan terbaik bila berdepan dengan tekanan. Bagi remaja pula hargailah ibu bapa anda dan keluarga. Tidak ada ibubapa yang akan menghukum anak mereka seandainya sianak meluahkan persaan secara jujur dan  mengaku kesilapan.  Nasihat dan dorongan akan dapat dirasai bila kita meluahkan rasa sedih dan kecewa pada individu yang betul.


BERIKAN TUMPUAN 



Usahalah untuk mencapai matlamat dan tempuhi cabaran dengan hati terbuka. Fokuskan pada sesuatu yang menarik. Buangkan jauh-jauh segala perasaan remeh yang boleh menjadikan kita terdorong untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah. Selalu fikirkan kita tidak pernah BERSENDIRIAN... 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers