Monday 31 October 2011

`~#~WASIAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA~#~

1.   Anakku,suruhlah orang melakukan kebaikkan, tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala ujian yang menimpa

2.   Anakku, ingatlah ALLAH banyak-banyak, sesungguhnya ALLAH mengingati hamba yang mengingatiNYA.

3.   Anakku, janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak dicipta untuk dunia dan ALLAH tidak menciptakan sesuatu pun yang lebih hina daripada dunia.

4.   Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.

5.   Anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan redhalah dengan apa yang kamu dapat.

6.   Anakku, bersahabatlah dengan orang yang bijaksana dan redhalah dengan apa yang mereka kata nescaya kamu akan menjadi bijaksana.

7.   Anakku, bercakaplah dengan perkataan yang baik bersama orang lain dan duduklah dengan ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan rasa khusyuk didalam dirimu.
8.   Anakku, laksanakanlah hajat sekadar yang perlu dan elakkan daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu.

9.   Anakku, perbanyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sekali-kali kecewa kerana diam tetapi engkau akan kecewa kerana ketawa.

10.  Anakku, janganlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu, kerana ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih kepada ALLAH.

11.  Manafaatkan apa yang ALLAH ajarkan kepadamu. Seorang alim tidak sama dengan yang jahil. Sebaik-baik ilmu ialah yang memberikan manafaat  dan sebaik-baik ilmu adalah yang diikuti. ALLAH menafaatkan ilmu bagi yang mengikutinya.

12.  Anakku, sepandai-pandai manusia adalah yang paling takut kepada ALLAH

13.  Anakku, hendaklah engkau sentiasa tawaduk yakni merendah diri.

14.  Anakku, seorang yang keji apabila berkata-kata akan terlihat kejahatan melalui lidahnya dan apabila dia senyap sekalipun, nescaya kejahatannya diketahui juga.

15.  Anakku, fahamilah erti hikmah  dan jadikanlah akhlakmu berhemah dan pentingkanlah ia dan matamu akan sejuk bila engkau mementingkannya. Ketahuilah hikmah itu hanyalah ada didalam kelembutan.

16.  Anakku, kenapakah engkau menghilangkan harta sendiri dan membaiki harta orang lain.

17.  Anakku, sesiapa yang tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihani.dan siapa yang diam akan selamat.  Siapa yang berbuat baik akan selamat dan siapa yang berbuat jahat pasti menyesal.

18.  Anakku, siapa yang bencikan kejahatan akan selamat dan siapa yang tidak menjaga lidahnya akan rugi.



19.  Wahai anakku, jadilah orang yang mudah digauli, manis muka  kerana itulah akhlak orang yang soleh..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers